Sunday, October 21, 2012

Balanceiaga




Aku telah menemui cara baru untuk mengurangkan berat badan secara fun. Senaman ini sebenarnya adalah sejenis sukan yang agak ekstrem untuk perempuan sebab tu biasanya nampak budak laki je yang main. Tapi game ni tak bermakna akan mengganggu-gugat keperempuanan seseorang jika beliau memilih untuk memainkannya. Malah seorang cewek tak perlu solok cowok untuk memainkannya (haha, tetibe ngomong indon). 




Sukan ni da bertapak lama dalam budaya Melayu. Tapi aku adjust skit la permainan ni sebab kalau ikutkan idea asal, memang sakit la kaki. Hahaha. Nak tau ape sukan entahapeape rekaan aku tu? Well, aku siap bagi nama kat sukan rekaan sendiri ni. Kekeke. Aku namakan Balanceiaga!!! Wait, macam kenal je nama tu?





Balenciaga, anyone????




Sebenarnya ia gabungan BALANCE + SIAGA (which end up to be Balanceiaga). Kalau balance tu, semua tau maksudnya seimbang. Kalau siaga, maknanya siap sedia. So, dengan menggabungkan dua perkataan ini, kita dapat, SEDIA SEIMBANG ataupun SEDIA untuk MENGIMBANG. Okay, nak seimbang ape pulak nie? Dalam game ni, kita nak seimbangkan pergerakan vertical bola getah yang lembut guna kaki. Camne nak main? Well senang sahaja. Bayangkan anda sedang bermain bola sepak takraw tapi the bola is not that bola rotan. Instead, use bola tampar pantai! Ha, magik kan? Sounds doable? Yeah, it is!!! Try and find out the awesome-ness of the game!!! Hahahahaa!!!!!! 




Kalau guna bola raga macam dalam sepak takraw sakit oh. Bola tu keras. Sama kalau guna bola sepak ataupun bola tampar padang. Memang merah kaki kau. So baik guna bola getah yang lembut (tapi pastikan siap dipam untuk kelantunan yang dinamik semasa bermain). To me, memang bagus game nie. Memang berpeluh. Tak perlu main dalam team. Main sorang-sorang pun boleh. Actually sebab tak boleh nak capai synchronization masa main ngan adik-adik la aku jadi mari idea nak main sorang-sorang. Sadis oh. Huhu. Hahaha. 




How do I come up with such idea? Okay, sebenarnya aku berkenan ngan Nakatsu Shuichi yang pandai balance bola sepak dalam citer Hanakimi. Memang awesome! Tapi pompuan tak sesuai main bola sepak, unless main futsal tu lain la citer. Tapi futsal tak best. Ngehehe. So aku pikir nak bersukan cara Nakatsu tu, tapi semestinya kena adjust cara permainan. That's why I end up with my own style of balancing ball on my ankle. You kick, and the ball hovers in the air for split second, it came down due to gravity pull, and you get ready to hit it again by using the ankle. Repeat it dashi do dashi (again and again). Got the game? Easy as pie.







Hunh???!!!





Setakat ni dapat kick bola sampai 5 kali sahaja. Lepas kali ke-5, bola tu melantun entah ke mana. Hahaha. And, satu hal lagi, pastikan sekitaran anda tak ada pasu bunga atau piala-piala kemenangan supaya bola itu tidak mengenai barang-barang berharga tersebut bagi mengelakkan kemarahan ibu, bapa, adik atau abang. Muawahahahahha!! Talking about experience. Hehe.








Ini sepak takraw yang awesome. Siap pulas body 360 degree tuh. Fuh, hebat!



Game ni ganas sket ah. Memang kena sound sebab nampak cam jantan. Hehhe...

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers