Wednesday, October 10, 2012

Busted for cheating

Haha. Tajuk entri cam best je ye?

Tadi masa tengah syok menjalankan tugas sebagai pembantu exam, mataku menangkap satu scene yang amat menegangkan urat leher dan menggelikan ketiak. Lalu dengan langkah ibarat pacuan kuda tanpa bunyi derapan kaki, aku dengan pantas menuju ke scene of crime itu. Aku yang tadinya beria dengan lagak atlet pejalan laju kategori wanita sukan olimpik lantas berhenti agak jauh dari situ untuk meneliti benarkah sangkaan ku bahawa ada kes meniru. Oh ye benar sekali! Seorang pelajar wanita aka perempuan aka youja menjawab soalan multiple answer dengan menghighlight-kan jawapan dengan highlight kaler ungu. Mak aih, besar godang! Who does that if not cheaters? Pastu at the same time, ada budak lelaki aka namja yang duduk sebelah youja itu menjeling manja ala kucing meminta makanan (in this case, meminta jawapan la bro, apa lagi). Youja itu dengan sengaja menyuakan kertas soalan ke pinggir meja yang mendekati meja budak laki tu. Ugh, this is disgusting! I wanna puke!!!

Aku pun bertindak berlandaskan conscience yang masih clean and clear. Aku menghampiri budak pompuan itu lalu mencatat nama dan number matrik sambil berbisik, "Kalau awak bagi kawan awak tiru lagi, saya serahkan nama awak dekat pensyarah awak." Lalu dia tersengih malu and mengangguk tanda paham. Hesh, tau pun takut. Pastu dia nampak macam tak bagi tiru dah. Tapi aku tetap melaporkan ke lecturer sebab lecturer tu mintak nama once aku citer apa yang aku nampak. Maybe this time the lecturers are taking this matter a bit more seriously. Kalau macam before this, they all tak berapa nak cakna ngan kes meniru. Macam menda tu perkara biasa. Maybe sebab lecturer sibuk duk depan tick senarai kehadiran so dorang tak sempat nak mengawasi budak-budak yang kadang-kadang mencecah ratusan orang. Kamilah yang biasanya membantu mereka mengesan gerombolan cheaters ini. Kami ialah polis peperiksaan beramanah lagi cekap yang sedia melakukan rondaan untuk mengesan penjenayah peperiksaan. Hehe.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers