Sunday, October 14, 2012

Farewell

13 Oktober 2012. Inilah tarikh keramat yang menyaksikan berakhirnya tugas kami sebagai assistants for examination invigilators di UNISZA (nama asyik nak gempak aje, pembantu pengawas exam sudah). 



Kitorang kerja separuh hari je hari ni. Lepas gedegung-gedegang buat kerja yang bersisa dalam bilik mesyuarat yang sejuk ngalahkan bilik mayat (exaggeration), kitorang makan nasi lemak free and karipap free dalam pantri. And before balik, ada sape entah yang belanja ayam kepsi spicy. Sedap! Dapat la rembat seketul peha. Ces, hancus diet aku (wait, kau penah diet ke Jannah oi?)



Before balik umah, masing-masing start keluarkan kamera masing-masing nak snap photos. Well, nak mencipta kenangan la katakan, mestilah nak kena amik gambar. Sayang sekali aku tidak membawa kamera adikku. Jikalau bawak, sudah pasti penuhlah kamera tersebut dengan gambar menggediks dan menggeli. Kekekeke. 



Dan seperti biasa, setiap gambar mestilah ada lagunya (ecewah macam ayat Yuna je), so lagu untuk gambar-gambar kali ni ialah Untuk Dia nyanyian Sleeq featuring Najwa Latif. Haha, entah nape aku stat suka lagu nie right after working at the place with these bunch of peeps. Maybe aku stat suka after terdengar lagu ni masa aku jaga exam first day hari tu kot. 



Mula-mula bukan main kutuk lagu tu tak besh la, macam haram la, basi la, hampagas, cipan, tenuk, asbestos (and bermacam jenis carutan lagi). Last-last ko sendiri angau ngan lagu ni, siap download video klip yang HD lagi tu. Kuang kuang. (Pengajaran: jangan terlalu suka atau terlalu bencikan sesuatu. Nanti kita yang menanggung akibatnya di kemudian hari.. hehehehe. ape jenis pengajaran daa....)



Sayang bukan semua masuk frame. Ramai yang tetiba hilang tak dapat dikesan. 
Dahlah gambo berat sebelah Sigh.



Ahjumma berbaju kuning berkaca mata awww!



Smile and be happy...



All in all, they make such a good memory. I'll treasure this memory for life. Gonna miss you guys. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



pics are credit to Pqah

1 comment:

Anonymous said...

howah, Kakak ak jd pengawas. ad kena usha dop hahaha -adik Giant

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers