Wednesday, October 24, 2012

No Coffee Day Challenge

Hari tanpa kopi. Mungkinkah? Boleh je sebenarnya. Atas kemahuan kita la, sejauh mana nak sekat diri kita dari mengambil sesuatu. It's all about being abstinent. Ala, lagipun kafein kan tak elok untuk kesihatan. Iye ke? Atau pun itu hanya sekadar satu propa yang digemburkan oleh pihak-pihak tertentu yang berniat tak elok? Bagi aku, kopi ni sesuatu yang sangat enak dan menenangkan. Kalau stress minumlah kopi. Kalau dahaga minumlah kopi. Kalau rase lapar pun minumlah kopi (hehe). Tapi kopi tanpa leche tak sedap and aku takkan minum kopi tanpa susu. Hehe. 



Kalau dulu-dulu masa mula-mula berjinak ngan kopi, aku terpengaruh dengan someone yang selalu minum kopi. Katanya boleh elakkan mengantuk time study. Aku pun try la dek kerana aku selalu je mengantuk dalam lecture halls. Masuk kelas lima minit da setat tersengguk macam belatuk. Malam-malam macam tu gak. Selalu tertidur awal. Siang dah lentok, malam pun lentok, dah tu camne kau nak jadi student mithali kalau macam ni lah ghupernyer??



Okay. Lalu bermulalah misi mencari kopi yang sesuai. Sekali lagi aku terpengaruh. Kali ni dengan iklan tv pulok. Hari tu tertengok iklan kopi Power Root Kacip Fatimah. Wow, memang tersangatlah akan ia menggoda imanku (bahasa apakah ini??). Masa tu Linda Onn yang jadi spokesperson kopi kacip timah nie. Aku pun beli and once da minum, memang tak tido malam. Hahahahaha!! First time je lah. Lepas tu kan, tiap-tiap kali minum kopi tu, dah jadi macam biasa balik. Entah kenapa badan aku jadi acclimated dengan kopi ni. Aku minum pun, tetap tido macam bese. Heran kan? 




Seperkara lagi yang menghairankan aku. Kopi tu tak sedap pun sebenarnya. Maybe sebab dah namanya pun kopi, once da kenal memang susah nak lepas. Kenapa? Sebab dia ada kafein! Kafein kan dadah. Ade ke orang isap dadah berhari-hari pastu senang-senang je dia berenti? Tak kan? Tapi kopi ni tak sekuat dadah but still dapat bikin ketagih yang melampau. Aku kadang-kadang 5 gelas sehari (tu maksimum la). Dahsyat!!! Yer aku tau dahsyat. 




So sekarang, aku berazam da tak nak minum kopi. Ma aku pun dah tak beli kopi da. Just so you know, kitorang satu rumah ni memang hantu kopi. Kalau beli Nescafe Ipoh White Coffee yang ada 15 sachets of 30 g/sachet tu, 2 hari tak sempat, memang habis satu plastik!! Ha, kalau hantu beramai-ramai lagi dahsyat. Memang mengketedarah kopi la jawabnye. 




That's why sekarang kami bertukar kepada koko! Coklat ku lazat yeah! Aku suke minum VICO. Sedap. Tak minum kopi pun tak de masalah dah. Huhu. Harap-harap azam untuk tak minum kopi ni berlarutan la. Lagipun, dengar citer orang resdung tak elok minum kopi banyak-banyak. Weeeee~






Vee ai see owh, VICO!



No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers