Wednesday, December 05, 2012

Durian Crepe!


At last they are here! Bukan main je beria cakap nak buat sendiri, last-last beli je. Hahahaha! 




Tadi aku surf la kat internet pasal durian crepe nie. Kot-kot la ada orang jual durian crepe area KT nie. Boleh la beli, tak payah buat. Kang buat kang tak menjadi, naya. Surf punya surf, banyak rupanya orang buat bisnes durian crepe kat Kuala Terengganu nie. Ada kat area Kampung Nibong and Batu Buruk. Yang aku beli ni daripada Lieya's Bakery & Catering. Dia bukak bisnes kat area Kampung Nibong. Ofis dia kat umah je. Kira buat bisnes dari rumah la. Haha. Semangat kaw-kaw jugakla aku ajak ayah aku pegi beli durian crepe sampai ke Kampung Nibong! Gila la jugak idea tu. Nasib baik ada, tu pun sebab call dulu, tanya Kak Lieya ada ke tak kuih nie. Kalu tak call, kira gamble la pegi tanpa plan. Hahahaha.




Komen aku, durian crepe nie memang the bomb! Sedap! Memang perfection! Sekali ngap memang rasa durian! Yelah dah nama durian crepe takkan rasa buah pelam kot. Kahkah. Abang aku cakap, baik makan durian. Hahahaha! Yelah, dah memang inti dia durian, sah-sah le rasanya pon durian lols. Tapi inti dia sekali ngan krim putar so ada rasa ala-ala krim sekali. Sedap. Memang syok. Power! Seme yang makan pon cakap sedap. Kalau jual area Gong Badak pun boleh untung nih. Hehe.




Aku beli 2 peket. Sepeket RM10 ada 6 ketul. Berbaloi la jugak. Kalau nak beli ngan Kak Lieya, call number 0129865746.




p/s: tak pasal-pasal jadi promoter durian crepe tak berbayar. kahkah!




No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers