Saturday, January 28, 2012

bOOks


I'm not a bookworm. Not that I hate books. It's just that I find reading boring doww. JSYK, these two books I bought using the voucher. If there's no voucher, maybe I will not buy them coz I'm not a keen reader that I'd spend my own money on books. Bhaha. I actually prefer reading magz or newspaper, maybe because they are for light readings. But books? Naah.... not my favourite. 

Nevertheless, I love writing. In order to be a great writer, I have to read a lot of books and other reading articles to improve my writing skills in terms of the usage of new words, new sentences and stuffs. So whether I like it or not, I have to accept the truth that I HAVE to read. HAVE to.

Gonna start some serious reading soon...

p/s: by the way JSYK is just so you know la. Hahaha!

Friday, January 27, 2012

NEVER SAY GOODBYE


“Jangan diucap selamat tinggal…..”



Seriously, I hate saying goodbyes. I hate farewell. I tried not to shed my tears this evening but thinking that we are not gonna be together anymore after this, I got sad. Sunken in despair and wild emotions, I finally cried. I was inconsolable at that moment. I hid in the kitchen, tried acting busy by packing the remaining sachets of Nescafe into the plastic bag LOLZZZ. The tears flow so fast that I couldn’t even stop it. It was oozing like ****.

Pagi tadi aku dan Dzilal plan nak pegi Kinokuniya sebab nak habiskan voucher 1 Malaysia tu. Before membeli tiket dua hala ke KL Sentral, aku sempat text abang aku, dah bertolak ke dari Terengganu. Pastu abang aku cakap, mungkin petang tu jugak kitorang akan terus balik ke Terengganu. And I was like,

WHAAAAAAAATTT???

Semalam cakap nak stay kat hotel. Aku iya2 je siap tempeh hotel Nilai ngan amoi si receptionist tempoh hari. Aku tak habis packing lagi dow. Dahlah nak pegi jalan-jalan kat KLCC plak time tu. Masa tu pukul 9 lebih kot. Aku pun jadi serba salah. Dilemma. Nak pegi ke tak Kinokuniya tu? Sempat ke balik umah sewa untuk packing baju yang menggunung tuh? Betul ke pak sdara aku yang ikut skali memang takkan stay kat hotel? Jadi ke nak balik ganu terus? The avalanche of questions were shooting me. Namun, disebabkan ketegaran aku untuk membeli buku kat Kinokuniya, kami tetap meneruskan langkah ke KLCC dengan penuh bersemangat. Coz I thought lepas ni memang dah susah da nak turun KLCC, melainkan ade urusan rasmi (ecewah urusan rasmi apekebendenye kao ingat ko da keje ke ape?)

Many people thronged that place. It was Thurday and I actually hoped that there won’t be so many people there sebab aku ni, kalau nak shopping la kan, aku tak suka ramai2 orang. Sakit kepala (excuse the berlagak kot-ness).  Well, sebab tempat tu memang untuk orang ramai la memang ramai la orang (ayat keling).  Banyak buku kat situ…. Tapi aku beli 2 bijik je. Pening gak duk lama2 kat kedai buku.  Rimas. Rimas sebab tak tau nak pilih mana satu buku nak beli.

Balik je Nilai, aku mula kalut berkemas. Dua tiga kali abang aku texted cakap dorang OTW. Kali ke empat (tak silap aku la), abang aku cakap da sampai. I was sooooooooooo panicked sebab banyak lagi tak disumbatkan ke dalam beg. Waaaa~

Sedih bile melihat diorang berwajah sedih once da tau aku akan balik petang tu jugak. Hancur harapan aku nak join diorang buat farewell party. Athirah siap buat coklat lagi. Seme plan nak makan pizza malam tu. Gecko pun siap suggest lagi aku balik ngan dia keesokan harinya. Tapi sebab aku pun tak plan dari awal nak buat cenggitu, aku kena jugak balik on the same day. Ye la, orang dah bersemangat datang ambik takkan tetibe aku cakap tak nak balik pulak. Tak patut. 


Aku sedih. Memang sedih. Tak tertahan air mata. Eleh, sebelum ni bukan main berlagak cakap taknak nangis masa nak berpisah, last-last nangis jugak. Berjurai air mata aku. Malu kot. Jatuh ego aku selama nie. Hahaha. Maybe sebab aku tak prepare untuk balik secara mengejut petang tadi, lalu my tears tanpa segan silu menuruni pipi ku (alasan…). OOoooo~

Masa time nak berpisah, salam-salam peluk cium ucuk-ucuk tu lah aku rase sebak tak terkata. Laju je air mata jatuh. SUmpah sedih gile. Sayu  je. Rasa sunyi tibe2. Kalau sbelum nie, seme menda nak kecoh, even hal yang kecik2. Skang, masing2 duduk sorang2 je la. Wuwu. Tu la orang cakap, hargai masa yang ade. Don’t take things for granted. Hargai persahabatan kita tu. Pelihara dia. Coz there’s no such thing as ‘bekas kawan’. Once kita da berkawan, that kawan will remain as kawan forever. Bukannya aku nie tak appreciate time yg ade slama ni, it’s just that it felt too soon to say goodbye. Macam terlalu sudden tau mende tu. It felt wrong. ENtah kenapa.  Walhal aku tau that moment will arrive, sooner or later, no matter what.

*Sigh*. Time flies and we have already come to an end. Setiap yang bermula pasti ade pengakhiran. Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah. Manusia takkan boleh lari dari takdir Allah itu. Setiap kegembiraan, akan ada terselit kesedihan walau sedikit. Itu lumrah alam.

Nota kaki lenguh: Kepada penghuni rumah PT 5651, I heart you all!!! Moga berjumpa lagi!! Kawen nanti jangan lupa post kad jemputan!! Xoxoxo!!

p/s: may this friendship last forever. Ya Allah, berkatilah hubungan ini…. Ameen~

p/s/s: don’t worry frens, I’ll be back in 4 months. Don’t say u r tired of waiting, for without you I’m nothing. Please, don’t stop we can’t stop this friendship. I’ll say this again and again, that we are FRIENDS FOREVER!!!



Wednesday, January 25, 2012

Route of Adventure at Bukit Cerakah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Beriadah dan berekreasi di Bukit Cerakah buat pertama kalinya memang seronok. Antara yang paling best kat situ ialah rumah empat musim ngan naik basikal ramai-ramai pusing area taman pertanian tu. Letih giler kayuh beskal tu, sampai berpeluh-peluh. Tapi siyes best giler-giler. Siap berlumba lagi. Hahaha! Berlumba pun berlumba gak, tapi kau mesti hati-hati. Kat situ bukan setakat bas je yang lalu atas jalan yang sempit tu, geng monyet-monyet pun laju gak melintas. Silap haribulan bleh terbabas sebab terlanggar monyet. Haa, terpampang muka student USIM accident beskal langgar monyet lam harian METRO. Malu mak bapak. 

First time sampai ke tempat sebegini memang seharusnya mengikut tips orang ramai yakni travel pakai bas

Sebelum menjejakkan kaki ke rumah 4 musim yang sangatlah sejuk

Di rumah 4 musim. Kenapakah dinamakan empat? Aku lihat ade winter jer. Hmm

Are we in winter now?


Tengok, siap ngan snowman lagi tue


Pingu, anyone?

Ade feel duduk kat Rusia dop?

Gecko happy bergambar ngan Snowman

Happy mode before dapat basikal

Ha, seronok masing-masing bleh pegang basikal


Kitorang ronda-ronda area taman tu ngan beskal je pas tu. Best giler. Masa nie kitorang berenti tengok landak. Masha-Allah, busuk tak terkata! Memang tak betah duduk lama-lama kat sini. Ewwww *berlagak mak nok*



Nota kaki: Terima kasih kat Ira and family sebab jadi host yang best selama 2 hari. Your hospitality is well appreciated. XOXO

Sunday, January 22, 2012

Rahsiakah Resepimu

Makan untuk hidup. 

Itu prinsip orang ramai di luar sana. Tapi prinsip aku terbalik, hidup untuk makan! Wahahaha. So tanpa segan-silu, malam nie aku akan mengepost lagi entri pasal makanan. Makan, makan, makan. Makan je kerjanya. Well, bila lagi nak perabih duit kalau bukan sekarang. Lagipun, ni kiranya dah minggu terakhir kitorang bersama tempuhi segala onak duri ranjau berliku (eceh). So mestilah sama-sama bermurah hati mengosongkan poket sendiri untuk menggembirakan hati masing-masing. Kenyang perut suka hati. Okay, jangan banyak bunyi. Let's roll it!



Ini namanya Thai Seafood Spaghetti. Rege mahal. Rupa cantik. Namun aku hanya mampu mengeluh sebab rasenya tak se-vavavavoom harganya dan rupanya. Macam megi goreng je kot. Huhu. Tapi sebab ade seafood je lah aku order mende nie. Takpelah kan? At least kenyang. AT LEAST.


Ini Lasagna Beef. Sedap. Ade cheese and of course ade daging. 
Harga pulak lagi murah daripada aku punyer spaghetti seafood tuh. Beruntung Gecko. Cis.


Beverage ter'hebat' alaf ini. Haha. Sarcastic di situ. Aku punya kopi ialah Espresso with Macchiato. Gecko order Espresso con Panna. Ingatkan rege 5-6 ringgit dapat la cawan besau-besau, last-last dapat cawan kecik tueekkk. Pahit pulak tu. Mesti malam ni tak tido lah aku. Tobat dah lepas ni tak nak order espresso dah. Aku kalau latte atau cappucino okay la kot. Mocha pun boleh gak. Espresso? No more.

Bye bye espresso, bye bye...

Tadi kitorang keluar sebenarnya berhajat nak habiskan voucher buku RM200. Tapi buku-buku kat kedai buku Popular dekat Giant tu macam tak best je. Tak berselera pulak nak membeli buku walhal voucher beratus-ratus masih belum digunakan. Apakan daya kalau memang dah malas membaca buku macam tulah jadinya beribu batu alasan kau beri. Takpelah. Ade masa pegi MPH aku beli la buku.




the GATHERING.

Assalamualaikum w.b.t.

Time flies without we realizing that all our semesters in USIM had already taken its toll. So no more  EXAMS!! I like it and I'm pretty sure that all of us loooooooove that bold and blatant fact. Hehe :D. But at the same time, there would be no more precious times to spend with those chaotic and happening peeps. Why peeps? Coz we gotta bid farewell (sob*sob*). 

Semalam kami telah berkumpul beramai-ramai sebelum semuanya semi-officially melangkah ke luar daripada USIM. We had a bowling tournament (tournament sounds good what) and a BBQ at Port Dickson. It was   freaking awesome! Actually it was Dr Siti's idea for all 26 of us to get together, having fun and stuffs. I must admit that it was like the end of us after being together for about 4 years. Some may have been around together for 5 years at USIM (those from Tamhidi la kan). Yes, I could say that most of us do feel sad and gloomy but that's the truth. Every beginning has an end right? Nevertheless, I didn't cry nor pull my face coz it would ruin the atmosphere. I even reminded my friends not to cry for it would be a mourning event instead of kecoh-kecoh and kepoh kepochi. Well it's not good la kan. I know women are sometimes emo, and it is inevitable for us to cry in a farewell party yawww. So, no remorse la kan kalau ada yang dah menitiskan air mata tu. It's a preordained nature la wey.

Okay. Please be happy to enjoy the scenes of life. Please do not shed your tears bebeyh...

Rooftop parking area at JUSCO Seremban 2. Susah giler nak dapat parking. 
Berpeluh pusing-pusing satu area. Memang tabik spring ah kat korang 
yang tough dan sabar drive keta.


Lets get bowling!

Aisehmen, santai nampak kaum Adam nie.

Dr Siti, ketua program ICHEMTEch. Suami Dr terer main boling tuuuu....


Hiargh, saksikan perlawanan ulung Izah menentang Ira! Go, go Izah! Go, team GECKO! 

Qaiyum, Kumey, Ema dan Ira

Ain!




Lepas berjimba-jimba di JUSCO, kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson untuk BBQ. Dr Siti tak ikut. Sayanglah jugak. Tapi takpelah Dr. Kitorang pos laju ayam bakar. Okay, tak kelakar.



Tayar kereta menggelembung masa on the way ke PD. Seme cam "Weyh, ni PBL nie, ni PBL!" Kalau nak tau, PBL tu maksudnya Problem Based Learning yang Dr Che Wan ajar masa Kimia Perindustrian hari tu. Dr mintak kite semua bayangkan macam mana nak solve problems based on real situations in life. Salah satunya, kitorang kena buat simulation macam mana kalau kitorang mengalami kerosakan kereta lalu terkandas di tengah-tengah hutan. 

It did happen to us yesterday. Bukan kat hutan la, tapi kat tengah-tengah highway. But at least we got to experience new thing in our life. Memang banyak mende yang kami pelajari time kejadian tu. Kena banyak bersabar, kene bekerjasama, dan kena bertindak pantas untuk menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah, semua dah berakhir dengan selamat.

Misi menukarkan tayar spare

Kami para wanita bersemangat sekali mengarah kenderaan agar ke lane kanan 
supaya kerja menukar tayar berjalan lancar

Pasukan menyelamat ICHEMTECH 

Sane! Sane!


Everything happens for a reason kan? Takpe lah kawan-kawan, at least kite semua dapat memanjangkan masa bersama buat terakhir kalinya. Ada hikmah atas segala yang dijadikan Allah. Ni pun first time bagi kebanyakan daripada kami untuk berada dalam situasi sedemikian. Pengalaman berharga, orang kata. 


Lepas tayar kereta selesai ditukar dan diisi angin, kami solat Maghrib dan Isyak. Then, kami bergerak ke PD untuk BBQ! Woah, awesome!! Ni lah pemandangan malam kami berjimba di PD sambil menikmati BBQ enak. Terima kasih Cik Farah Azmi et. al sebab dah marinate-kan ayam-ayam itu. Memang delicious lah! *sambil jilat jari*


Conversation semasa kejadian membakar ayam



Seronok depa semua bakar ayam. Baju pun dah bau asap dah masing-masing



All in all, it was a beautiful night.  

Indeed the farewell party was a bitter end but we must face the truth that setiap pertemuan ade perpisahan. It was a temporary ending, hopefully, coz we are gonna gather again after completing the internship at respective companies. It was such a good and happening good byes, hug and kisses moments, and at the same time, it had marked the beginning of something new. Something to do with our career. Way to go INTERNS! See ya in 4 months!


PICTURES ARE CREDIT TO ERMA


Omak, tetibe ade ninja! Larikkk!!

Thursday, January 19, 2012

Hooray!

Alhamdulillah. Dah habis pun final paper Oleochem and Petrochem tadi. Gembira! Gembira sebab lepas nie dah takde exam dah. Gembira sebab lepas ni tak payah stadi bagai nak rak dah sebab nak jawab exam. Gembira sebab dah tak payah masuk stadium jawab exam. Aku kegembiraan!

woaah... heaven rase hati!


Namun...

Berakhirnya peperiksaan itu juga bermakna pengajianku di USIM sudahpun melabuhkan tirainya. Lepas ni takde dah kena masuk kelas. Tak de dah la nak kena mengadap buku rujukan tebal-tebal. Takde dah nak setadi sama-sama ngan kawan-kawan macam dulu. Takde dah hilai tawa masa buat setadi group. Takde dah makan malam pukul 7 sambil tengok drama Melayu. Takde dah late night supper bila tibe-tibe rase lapar time stadi. Takde dah outing ngan kawan-kawan bila bosan hujung minggu. Yes, aku bakal merindui saat-saat itu. Saat-saat berharga bersama kawan-kawan aku. Akan ku kenang kamu dalam doaku. Sob, sob.

Lepas ni seme akan mengharungi dunia baru. Insya-Allah nanti seme akan praktikal kat tempat praktikal masing-masing. Moga segala urusan dipermudahkan Allah. Ameen~


Monday, January 16, 2012

last paper

Omo omo. Tadi dah selesai menduduki peperiksaan untuk 2 subjek iaitu Kimia Perindustrian II dan Rekabentuk Reaktor. Lega dah selesai dua paper. Fuh. Sekarang ni, tinggal satu je lagi paper untuk final exam final year aku kat USIM ni. Apa lagi kalau bukan paper Teknologi Oleo dan Petrokimia. Ah, serious kebimbangan! Ya Allah, tolong hamba-Mu yang serba lemah ni. Wuhu.

"Nikmatilah saat-saat terakhir di tahun akhir coz lepas ni dah tak jumpa dah kawan-kawan se-havoc vavavoom macam diorang. Sob, sob,"

Sunday, January 15, 2012

MAKAN BERATAP


Pari before dimasak (ehsan Google)

Last day, we had our dinner at Atap-Atap Restaurant. Where? Di Nilai la, apa lagi. Ala, sebelah Giant je  kot~~ Restoran ni letaknye bersebelahan ngan Q-Thai yang masak steamboat and BBQ tu. Kat Roof-Roof (atap-atap sudah) kitorang order grill seafood masakan ala-ala Portugis. Sedap. Actually rasa dia sama je ngan teppanyaki yang kitorang makan hari tu kat mid. Sedap. Sedap. Sedap dan sedap. Sila pergi dalam keadaan lapar barulah dapat merasa apa yang dimaksudkan dengan sedap itu.

Though aku tak berapa nak layan sangat ikan pari, tapi dek kerana presentation masakan pari dalam lembaran menu tu sangat menggiurkan, ditambah pula dengan sekeping poster masakan pari yang nampak oomph wallah, maka tanpa segan silu bibir laju melaung "Nak order Set Pari satu!" padahal tak perlu melalak pun sebab si pengambil order tetap tak faham bahasa melayu muahahaa. Hari tu masa aku melantak set teppanyaki pun aku pilih pari sebab orang cakap sedap. Alhamdulillah, benarlah kata orang itu kerana memang sesungguhnya set pari teppanyaki itu sememangnya sedap. I give seven stars!

Sebenarnya perut ngah lapar skang ni bab tu teringatkan lauk grilled ray tu. Huhu, kempunan nak merasa kamu. Tengah save duit untuk hard-bound thesis.

Adios

Wednesday, January 11, 2012

Western Style Dinner

Ye ke western style? Kalau tengok tempat ni macam bukan western pun. Ha, ape citer?

Gaya western kah?

Nilah dia Aunty Aini's Cafe Garden, restoran yang menghidangkan western food dan juga masakan ala kampung. That's why la tempat nie nampak village-y sikit, siap dengan pondok kayu and makan bersila bagai. Nama pun Garden Cafe kan, mesti nampak macam garden lah tempat nie. Masuk-masuk pun dah nampak garden, siap ngan kolam ikan lagi. Atmosphere kat sini memang betul-betul homey. Memang boleh buat kau rasa cam duduk kat kampung walhal kedai makan ni kat tengah-tengah bandar metropolitan (Nilai = Metropolitan?) yang sedang pesat membangun. Amacam, ade berani?

And for the rest, layan je lah gambar-gambar nie...


Ahli meja makan:

Ain

Athirah

Farah

Jah

JH and Gecko

Aksi promoter-promoter tak berbayar yang tegar memilih menu western food padahal duduk cantik bersimpuh di meja makan kayu ala kampung. Well tak salah rasenye sekali sekala gabungkan elemen kampung dengan western kan? 

Nih aku punyer order, Meatball Spaghetti = RM 15.50. Memang terangkat!

Aunty Aini's Cafe Garden's Beef Lasagna = RM 14.50. Ni GECKO punyer

Izah order Roasted Chicken = RM 15.50. Besar portion ayam dia.
 Kuah lada hitam dia memang perghhh, sedap!

Menu lain: 
Chicken Bolognaise RM 15.50
 Chicken Chop RM 12.50
Spaghetti Marinara RM 18.50
(harga lebih kurang je)

Beverages:
Jus Kiwi RM4
Barli ais RM2
Peach Tea RM2
Green Tea with Honey RM2
Ice Lemon Tea RM2
Air putih



Ini wajah-wajah kekenyangan dan kegembiraan mereka setelah menjamu selera


Spot the kaki kejang




Nota kaki kejang:  Harap-harap dapat lah kite buat reunion Ichemtech nanti kat sini. It's a very nice place to have dinner in. Nak lunch pun boleh. 

Ada dua jenis masakan plak tuh. Bagi yang suka makanan barat, blehlah order menu seperti spaghetti, pizza, sheperd's pie and lain-lain. Bagi yang suka masakan kampung, blehlah order masakan kampung. So sweet bila bleh makan beramai-ramai kat tempat seindah permai sebegini. 


Pictures credit to : GECKO


Nota kaki #2: Puteri 7 takde malam tadi. Tak lengkap rasanya kalau tak cukup satu rumah. Huhu. Takpe Ira, lain kali kita pergi lagi. 

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers