Wednesday, March 28, 2012

Trainee Day

The trainee day was marvelous! It was so meriah you know? Hanging around with those peeps really wrapped me in the essence of belonging-ness. Gonna update soon....

Monday, March 26, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Aku sayang belog aku. Kau sayang belog aku tak?

Maafkan daku jikalau tajuk tiada kena mengena dengan entri.

Aku sedang merasa tension, sangat tension. Maka tiada kehairanan lagi fikiran bercelaru dengan segala kemusykilan dan permasalahan, lalu membawa kepada penulisan entri ini. Sila baca dengan nada serius. 

Ayat quran kat bawah ni sangat sesuai dengan situasi aku sekarang nie. I'm sad, pathetic, loser. I feel useless. Please help me everyone. Help me overcome this situation.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Al Baqarah ayat 216


Attention to all HATERS!!!

Don't HATE nor LOVE anything in your life too excessively. Coz there's a daleel (proof) that things you may dislike are actually good for you and vice versa. I hate the fact that I HATE SOME ASPECTS OF MY LIFE. You got what I mean? Please advice me bebehs....

Sunday, March 18, 2012

Make me some sushi, onegai!


Nyam nyam. Delicious. 



Tempting enough eh? Drooling yourself eh? Slurp, slurp *swallowing hard*

I don't know how sushi tastes like. Never had one. But the look sure is tempting! They look delicious with the fresh-looking thin slices of fish, typically salmon or tuna. I used to imagine the taste of the nigiri sushi salmon to be sweet coz the orange topping looks so dangerously sweet. But when I grew up, I realized that it is actually a salmon slice so it wouldn't taste sweet, honey. In fact, it makes you smell fishy. Hohohoho.

 
Meet the salmon nigiri sushi. The orange-y look is beautiful and it makes this nigiri sushi looks so tempting. It must be sinfully deliciousoo too!


I don't know why but I'm craving for some sushi right now!!! Can somebody make me some sushi pleaseeeeeee!!! I hate this craving. Ugh!



Waah, miss sushi the loli-shotas, you all sure can make me drool!!


p/s: all pics are courtesy of Mr G aka Mr Google

Wednesday, March 14, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Roll with punches

When things don't go your way and you adapt to the changes and keep moving ahead instead of flipping out.



That's the meaning of the idiom. Found it in Japanese drama. I thought the word punches was literally punches (tumbukan) but it's actually an analogy. Punches here basically means the adversities or obstacles we face in life. So just bear with those things and try your best to adapt to such situation so that you will feel more comfortable and happy. 

Memang. The more you persevere, the more you get tested.... 

Sunday, March 11, 2012

Ter-gangue

Disebut terganggu, bukan tergenggu. Apatah lagi terengganu. 

Aku rasa diri aku terganggu sekarang nie. Seakan seluruh jiwa raga aku terkesan sebab gangguan nie. Why? Sebab aku dengan bangganya ingin menyatakan bahawa aku tak ade mood nak bekerja. Semacam ada gangguan dalam diri. Gangguan halus? Gangguan kasar? Entahlah labu...

Gangue tu ape? Gangue tu sebenarnye perkataan English, yang bermaksud bahan yang tak bernilai dalam bijih logam. Contohnya, dalam ore aluminium iaitu bauxite, bahan-bahan selain aluminium yang terdapat dalam bauxite tu lah dipanggil gangue. Menda-menda yang tak berguna tu mesti dibuang untuk hasilkan logam aluminium yang pure lagi berkualiti tinggi unggul bestari. Wakari maska?

Sekarang ni aku rasa aku nie macam gangue, rase tak diperlukan. Rasa diri ini harus dibuang jauh-jauh. Rasa tak bermakna. Rasa terhina. Rasa cam bodoh je. A total idiot.

Aku tak faham nape aku cam emo gile skang nie. Perasaan rendah diri tu makin melampau-lampau walhal empunya badan memiliki ketinggian 168 cm aka 5 kaki 6 inci mengalahkan model Tyra Banks (perlukah state ketinggian kau kat sini). Yang part lagi tinggi dari Tyra Banks tu tipu kot. 

Back to being emotional. Nape aku mesti dilahirkan untuk menjadi emo? Kenapa ya Allah?? Please la Jannah. Stop the emo of yours. It's sickening.


Don't pretend to be happy coz you are actually not happy at all

Monday, March 05, 2012

Imaginasi perut

You are what you eat. 

Biasa dengar mende nie kan? Tahukah anda bahawa 97% penyakit berasal daripada perut. Maka adalah menjadi satu kewajipan bagi kita menjaga kesihatan perut kita sekaligus menjamin sihatnya tubuh kita. Apa definisi perut sihat?

Bagi aku, perut sihat ialah perut yang mampu menghadam makanan dengan baik dan juga mampu mengeluarkan najis dengan efficient and sempurna. Ecewah da macam doktor da rase. Hahaha. *doktor Jannah. Sedap je bunyi. Eheheh*

Untuk pengetahuan anda, orang sihat akan berak 3 kali seminggu (at least). Even orang tu berak selalu, dia still tak bebas dari masalah yang berpunca dari perut, especially usus besar aka kolon. Pernah dengar najis longgok? Najis longgok ni macam sisa najis yang melekat dalam dinding usus kita. Najis longgok ni akan membebaskan toksin ke dalam sistem darah kita. Memang akan sebabkan pening kepala, cepat letih dan sebagainya. Menda ni lama-lama akan jadi tumor. Tumor ni plak boleh jadi malignan dan juga benigna. Yang benigna tu takde masalah la coz it is harmless. It's just there. But the malignan ones will become cancer! Scary...

That's why kita dengar ada orang kena kanser kolon. Nauzubillah. Silap haribulan kena potong kolon tu. Dah tu kau nak berak pakai saluran mana? So pegang perut anda sekarang and say ALHAMDULILAH sebab ada usus yang masih berfungsi seadanya. 

So, macam mana nak buang najis longgok tu? Ha, aku ada idea selain ubat-ubat detoxification yang kat pasaran tuh. Nak terima tak idea gempaks aku nie? 



Crazy ideas on relieving stomach pain resulting from constipation and diarrhoea. 


Oit, mentang-mentang lah kau belajar pigging kat tempat kerja, habis kau apply pigging sampai dalam perut kau skali. 


Ah, persetankan. Itu hanya idea gile. Gila, tapi tak mustahil aku rase. Cuma berisiko tinggi. Lagi-lagi part bedah pakai scalpel. Brutal betul kan? Yes of course la kalau bedah tu kan mesti pakai ubat bius. Kalau tak, mau meraung kau dalam bilik bedah tu. 

Yang pakai alat ala-ala pigging tu, aku rase berkemungkinan untuk berlaku. Cuma scientist kena reka la mende tu. Tapi kan, ramai yang cakap kalau nak treat sakit perut macam nie, baik makan ubat herba. Buat homopati ke. Makan buah dan serat banyak-banyak ke. Minum air sampai terberak ke (ops). But the thing is, aku dah cuba buat mende tu. Siyes. Tak menjadi pun. Takde pulangan. Maybe sebab tak consistent. Maybe, just maybe. Maybe jugak sebab aku tak ikhlas. Haha. Puasa la sebenarnya ubat terbaik. Cuma aku nie insan lemah. Tak mampu nak puasa selang sehari macam Nabi Daud a.s.. (correct me if I'm wrong). Apatah lagi puasa hari-hari. Isk isk isk. 


Note: pigging di sini bukan babi okay? haha

Saturday, March 03, 2012

Macam ni rupanya

Assalamualaikum.

Just wanna share about my internship. Lepas 2 minggu bekerja di syarikat ni, barulah aku dapat merasa penatnya bekerja. Yelah. Keluar awal pagi, punch card tu plak kalau boleh nak before pukul 8 pagi. Balik plak dalam pukul 5 lebih. Balik pun aku kena drive sendiri, bila da sampai rumah tengok jam dah pukul 6. Letih sangat-sangat. Pahtu rasa cam nak tido je. Perut lapar toksah citer la tapi dek kerana mata yang tersangatlah mengantuk, katil yang dicari. Pastu mulalah sakit kepala sebab perut kosong masuk angin. Isk isk isk. 


Ya Allah, penatnya. Macam orang tua dah rasenye.

Balik umah ujung minggu, mak ayah aku cakap "Muka kak nor bellang doh," Pada sapa-sapa yang tak tahu, bellang tu maksudnya berbelang. Macam zebra daa....

Memang muka aku dah stat jadi macam lintasan zebra. Tu pun tak masuk site lagi tu. Haha. Habislah kau Jannah. Habis itam muke kau nanti. Oh mengapakah ini harus terjadi? Wuwuwuwu~

All in all, bekerja memang mencabar. Lagi-lagi dalam industri macam nie. But it's good to experience those things. There are times when we have to face difficulties in our life. Face them head on and persevere. Never give up and always be optimistic. There's still light even in the darkest time of your life if you are willing to find it. Insya-Allah, all will be sailing smooth. Just put your best foot forward and try your very best. SHOW THEM WHAT YOU GOT! Yeah...

Thursday, March 01, 2012

Pigging

Macam-macam istilah aku jumpa bila da masuk praktikal nie. Antaranya ialah pigging. Pigging? Apa kebendanya tu? Khinzir? Meng-khinzir? Mengkhinzir buta? Atau pengkhinziran?? Dulu pernah dengar masa lecture metallurgy pasal pig irons. Tapi kat sini mana ada buat metallurgy. Hm, confused la jugak....

Blurred, but still happy

So apalagi, kenalah tanya akak-akak wa abang-abang engineer, tak pun surf je la. Lepas mengorek info sana sini, dapatlah serba sedikit maklumat berguna tu. Huhu. For your info, pigging sebenarnya adalah satu proses menggunakan alat yang bernama pig a.k.a khinzir. Dah tu, dia guna khinzir ke dalam site? Najis kot! Adakah ia sekadar metafora? Bukan, ini kenyataan. Memang ‘babi’ yg digunakan. *oops maaf, pencarutan tak dapat dielakkan*

Pig atau B.A.B.I (eja je tau, jangan sebut) ialah alat yang digunakan untuk mencuci pipelines. Pipelines ni kan, bila dah lama digunakan untuk transfer liquid whatsoever, mesti akan ada scale (deposit). Ala, macam gigi kita gak, ada scale. Dah bertahun-tahun hidup macam-macam jenis makanan masuk ikut mulut so macam-macam benda dah terkumpul kat gigi lalu jadi scale (tahi gigi). Sebab tu kena selalu pegi jumpe dentist buat scaling nak buang tahik gigik, iye dop? Kalau tak, mau nye gigi kau busuk bersepai ngan tahi. Ew!


Okay back to business. Scale dalam piping systems ni pulak boleh akibatkan clot (proses penyumbatan) berlaku. Yang paling teruk sekali, scale ni berkemungkinan membawa kepada pengaratan. So sangatlah penting si pig ni digunapakai untuk tujuan mengeluarkan dan membersihkan sisa-sisa yang terlekat di bahagian dalam piping itu agar perjalanan fluid menjadi lancar. Once the scale is removed, maka akan terjaminlah integrity of pipelines (elak berkarat yang boleh membawa kepada failure). Faham anak-anakku sayang?


Kegunaan lain adalah untuk inspection of pipelines, yakni si pig ni akan digunakan untuk memeriksa keadaan pipelines samada dah berkarat atau tak. Pig ni gak berfungsi untuk mengukur ketebalan pipelines. Pipelines yang berbeza ketebalan nya boleh menahan pressure yang berbeza nilai. Kalau pipelines tu makin kurang ketebalannya, mestilah nak kena ganti menda tu. Hebat kan si KHINZIR, besar peranan dia dalam maintenance sistem paip dalam industri. Kekekeke.

Actually, orang bagi nama dia PIG sebab bila alat nie digunakan, dia keluarkan bunyi ala-ala khinzir menguak (betul ke tak perkataan menguak utk khinzir) hish susahlah eja khinzir!! Teori lain ada mengatakan bahawa alat ni digelar sebegitu rupa sebab ia merupakan singkatan kepada Pipeline Intervention Gadget. Nak tau camne rupa si Pig tu?




Ha, ambik kao!! Nampak tak menda warna putih tu? Besar gedabak PIG nie. 
Boleh sampai bertan-tan kot menda alah nie.




Aku bagi korang tengok PIG yang kecik plak. Ni ha...


Comey skit kan?


p/s: aku rasa aku dah pernah buat pigging nie, masa aku cuci bahagian dalam tube furnace yang tersumbat ngan activated carbon. Aku guna rod besi mase tu.



Tu lah dia, cerita pasal PIG. Harap perkongsian ini bermanfaat. Sekian assalamualaikum. Salam sayang dari Jannah

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers