Itu hari aku punye
section ada buat event kat Bukit Tinggi. Aku pun dijemput sekali la, selaku urusetia.
Nak kate excited tu, taklah sangat. Walaupun that was the very first time I
ever stepped my feet at Bukit Tinggi. Banyak menda yang aku buat first time
kali nie. Naik flight pun first time kot! (haish, malu kot ngaku xpenah naik flight)
Naik MAS lak tuh. Kih
kih. Tempah seminggu sebelum kot, so jangan tanya berapa rege tiket tu.
Warghhh!
Kat Bukit Tinggi,
memang sangat lah ramai orang. Masa tu pun weekend so ramai lah yang bawak
family naik bukit makan angin. Nak kata sejuk tu, tak pun. Lagi sejuk aircond
dalam bilik yang aku stay kat Colmar Tropicale. Woah, nama glamer habis.
Vavavava!
Aku tumpang sorang
engineer pegi sana. Kitorang berempat satu keta. Masa on the way dari Kerteh ke
Pahang, aku steady je lagi. Tapi sampai je kat Bukit Tinggi, jalan
bersimpang-siur habis! Dalam setengah jam kot keta Sufian duk pusing pusing
macam Initial D. Kelajuan kereta
ditambah dengan keadaan jalan sedemikian itu telah menyebabkan perut aku melakukan
somersault lalu mencetuskan rasa loya teramat sangat dahsyat dek angin dalam
perut yang mengalami turbulence pada 5 skala richter . Mujur aku sempat menahan
muntah. Kalau tak, habis satu keta bau PUKE. Ewww, gross!
Kat sana, makanan dia
la best. Tengahari jumaat tu je, penganjur tak sediakan lunch so kitorang makan
je la pape kat sane. Aku order spaghetti marinara yang berharga sangatlah ‘berpatutan’
iaitu RM31. Memang mahal! Jangan cakap aku berlagak okay, sebab makanan itu
memang mahal siot. Memang akan meletup dompet kau bila nak bayar (tapi puas
hati la sebab ada kepah, udang, isi ikan, sotong). Standard rege makanan tu
dalam area RM25-35 sepinggan. Air pulak
RM6, tapi hidang lam gelas kertas yang disposable tu. Memang hangin la jugak.
Gelas bagi yang kertas je? Apa citer bang?
Aku berdebar-debar
bile piker time nak bayar nanti. Pokai aku, pokai! Namun, alhamdulillah, manager kami iaitu Mr G yang bermurah hati tiba-tiba membelanja kami
semeja (ada 4 orang masa tu, seme engineer, aku je trainee). Kak Z cakap “Hish, G ni, tak payah lah
belanja, orang boleh claim la ngan ofis.” Hahah, lawak betul. Kak Z cakap Mr G
memang suke belanja orang even before dia jadi manager lagi. No wonder la
rezeki dia murah, sebab dia sendiri adalah orang yang pemurah. Allah suka orang
pemurah. Aww, aku pun suka lah orang camnie. Thanks Mr G!
Kitorang balik petang jumaat after lunch.
Petang tu, perut aku sekali lagi mengalami somersault yang sangat dahsyat. Sufian
drive laju giler!! Lagi laju daripada masa otw. Aku cuba cool walaupun Kak
Sarah dah pun sua plastic beg lam keta sebab nampak aku cam dah tak keruan.
Namun, aku tak jadi muntah pun. Apalah nasib ku. Sadis.
Sampai je kat Kelana Jaya, aku steady lagi
sebab aku cuba tahan rasa nak muntah tu. I don’t wanna soil people’s car with my frigging puke. AKu ikut sv pegi beli jeruk kat kedai, konon2
nak cover loya. Lepas tu masa turun kat
stesen Hang Tuah, aku terbau macam plastic terbakar. Right after I sensed that fouling smell, I
started to feel dizzy. “Argh, bau amenda pulak nie????”Lalu keloyaan yang tadi
sudah pudar kini kembali menyerang! Argh, tension! “Jangan muntah, please jangan muntah Jannah!”
Aku mengomel dalam hati. Namun, apakan daya, memang sudah ditakdirkan perkara
itu tetap akan terjadi. Memang sudah
tertulis di luh mahfuz. Sampai je kat escalator, isi perut aku dah
menjolok-jolok tengkuk aku dek kerana bau plastic tadi sehingga aku tak
tertahan lagi lalu aku pun ter-puke. Buweeerppp----------
Mujur
muntah tak habis. Aku sempat cover mulut aku ngan tangan. Kak Sarah, sv aku
yang nampak reaksi aku menekup mulut
macam pompuan loya mengandung berkata “Jannah, sabar eh. Nanti kita cari
toilet.” Kak Sarah tenang je. Sebab dia
tahu aku dari tadi dah nak muntah. Dia pun cakap dia ada pening gak masa Sufian
bawak laju tadi. Aku berdebar-debar sebab takut muntah tu terkeluar lagi. Aku tak boleh buka mulut sebab memang dah ada termuntah sket tadi. Kutahan
sepenuh hati sehingga berjumpa ngan toilet. Lalu ku menyambung aksi PUKE dalam
toilet. Buweek, terkeluar pudding kek coklat yang aku makan masa lunch kat
Colmar tadi. Ewwwww.
Teruk
gile la aku nie. Asyik nak muntah je khojenye.
Kat
sana, aku ikut Kak Sarah shopink baju sejuk. Maklumlah orang nak gi business
trip kat London seminggu. Seminggu
yuoulsS! Jealous mak nok. Aku shopink jugak, shopink kasut. Kasut lama buat aku
rasa sakit. Kaki lebar giler tapi beli
kasut ala-ala kasut Barbie. Perasan kurus. Ceh!
Malam tu, kitorang naik flight pukul 10 malam. First time naik flight. Okay jangan gelakkan aku. Kak Sarah pun tak gelakkan aku tau? Dia cakap "Biasa la tu Jannah. Setiap orang ada menda yang dia baru nak buat first time," See what I mean? Best ke naik flight? Biasa je. Kitorang duduk tepi tingkap and sebelah kiri bleh nampak wing aeroplane tu. Perbezaan ketara antara naik flight ngan naik bas selain daripada tiket yang mahal harganya ialah dia lagi laju and ada pramugari cantik ala model tinggi lampai berbaju batik bersanggul tinggi datang hidangkan kau jus jambu batu dan kacang masin. Tu je la yang aku observe.
Dalam setengah jam je dah sampai Kuantan. Masa ye landing aku bleh rasa gegaran tayar kapal terbang tu menghentam landasan. Terkejut aku. Bergegar jantung. First experience yang tak berapa nak best. Huhu.
Tu
je lah kisah aku dan bukit tinggi. Memang spooky and a bit disgusting