Thursday, May 31, 2012
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 27, 2012
Makhluk kurang ajar
Penat jugak semalam. Pegi 2 buah kenduri
kat kerteh and dungun. Memang meriah la kan, nama pun kenduri. Zaman-zaman cuti
sekolah nie lah ramai yang nak buat kenduri nikah bagai. Senang. Ajak lah
sedara-mara konpem datang walau seceruk jauh mana pun mereka berada.
Dalam pukul 10 malam camtu, aku sampai umah
after makan dinner ngan dzegecko (whatde?) Aku pun landing la atas katil
bercadar pink ku itu (ceh jiwang cam bapuk).
Dalam pada enak-enak ber-landing, tiba-tiba
mata aku terpandang sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Argh, tidak! Dia
berak lagi! Selalu je dia berak atas katil aku. Geram nyer!!!!
Fgdfssbcvasxaegdghahgxjjxkayue!!!!!!!!!!!
Kucapai secebis tisu lalu menyapu cebisan
tahi yang jijik lagi menjijikkan. Dahlah tahi tu lembik, sah-sah baru habis
membuang. Kurang asam. Orang dahlah penat. Dia nak menambahkan penat aku pulak.
Cadar pink kegemaran tu wajiblah dibasuh. Penat la. Selalu je jadikan katil aku
tu jamban dia. Ya Allah, aku benci spesis cicak rumah camni. Memang patut lah
sunat membunuh cicak-cicak bajingan ni. Hesh. Bikin panas jer.
Ko ingat ko comel ke?? Berak merata-rata. Cis!
p/s: tapi bestie aku pun cicak. Tapi dia
tak macam cicak rumah. Dia cicak ada kelas (hahah!)
Thursday, May 24, 2012
Senamrobique
Sila abaikan ejaan perosak bahasa.
Sempena program JOM PAKAT SIHAT anjuran PMO, acara senamrobik telah diadakan di hadapan Kompleks Operasi Petronas (KOP). Memang berpeluh! Seronok la jugak. Hehehe. Antara yang lain ialah satu lif akan ditutup dan sarapan yang disediakan adalah sarapan sihat. Menu: sandwich + epal hijau + mineral water.
Wednesday, May 23, 2012
aloeffect
Alahai perut...
Hari ni, perut aku meragam gila-gila. Daripada semalam aku dah stat rasa that slight bowel movement indicating the urge to go to toilet, tapi bleh relax lagi. Pastu bila bangun pagi, aku minum 5 sudu Aloegel. On the way nak pegi keja (dalam pukul 7.15), perut aku sakit. Argh, sakitnyer! Dahlah aku tengah drive. Pastu sakit tu hilang. Dalam beberapa saat je dia memulas. Mujur.
Selesai bab 1.
Then aku pegi breakfast makan roti kosong ngan roti bom. Sedap gila. Lupa sekejap perihal sakit perut. Lepas makan and bila nak masuk ofis, aku sampai terduduk sekejap sebab perut sakit lagi. Lebih violent daripada tadi. Lalu dengan cepat kaki melangkah ke toilet tanpa menoleh ke belakang lagi.
Selesai bab 2.
Kemudian, masuklah ofis. Lepas dah buat kerja sikit, sakit itu menyerang lagi! Argh tidak! Ke mana lagi harus kutuju jikalau bukan ke tempat syaitan suka. Terpaksalah bertemankan tempat yang kotor lagi jijik itu untuk hari ni dek kesakitan yang dialami (anyway toilet kat sini bersih bersinar okay?)
Selesai bab 3.
Aku pun duduk lah dekat kubikel aku tu sambil buat kerja-kerja yang diamanahkan supervisor. Tibe-tibe, sakit perut tu datang pulak. Kali ni menjalar sampai ke ulu hati. Sakit gile. Ya Allah, hanya Dia yang tau sakit tu macam mana. Sampai rasa cam nak balik rehat kat umah pun ada. Ingat nak amik emergency leave je. Tapi nak drive balik pun tak mampu rasanya. So, bertahan je lah.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, dah tengahari. Walaupun aku selalu lapar even before waktu tengahari, I didn't bother to eat today. Sebab kesakitan itu meragut nafsu kelaparan aku. Sampai tak boleh nak telan nasi time lunch. Gilo. Lepas tu aku beli lotion pati halia untuk redakan sakit ni. Harap2 berkesan lah.
Adomak, sakit nye perut!
p/s: aku rasa aloegel tu bagi efek la kat aku. harap-harap Allah izinkan aku sembuh dengan ubat nie.
Lidah Buaya
Bukan! Saya bukan minyak pelincir!
Tada! Rupanya saya nie produk minuman aloe vera. Kelas gitu...
Aku beli Aloe Vera gel nie dari akak ofis aku. Saje nak try. Katanya aloe vera nie banyak khasiatnya. Baik untuk penyembuhan. Memang dari dulu lagi orang dah duk sebut-sebut pasal aloe vera a.k.a lidah buaya nie yang berkhasiat untuk kesihatan.
Dulu aku pun selalu gak amik daun lidah buaya yang mak aku tanam pastu lenyek-lenyek isi daun tu pastu letak kat muka. Gatal wo! Mesti sebab aku ni ada resdung so gel aloe tu bertindak kat kuman-kuman atas kulit muka.
Dulu pakai untuk luaran je. Skang nie aku minum pulak. Rasa aloe gel ni masam-masam pahit skit. Harap-harap kesihatan aku bertambah baik lah lepas nie.
Tengok lah macam mana perubahan nanti.

Note: stat minum 21 Mei 2012. Katanya tahan 1 bulan untuk 1 liter
Saturday, May 19, 2012
Kemasik
I tot tak ramai yg singgah Kemasik petang-petang Jumaat. Rupenye, ramai amat orang kat sana. Takde privacy langsung. Peh! Kat tempat kitorang nak amik gambar kat batu besar tepi pantai tu plak ramai yang mandi-manda walhal sudah terang lagi bersuluh ada papan tanda yang larang orang ramai daripada mandi. Aku perasan paras air dah makin naik. Tak macam dulu. Berani kot diorang mandi kat situ. Ada parti bbq siap. Meriah betul.
Takde muka orang lain dah. Dua orang nie je kot. Hehehe...
Friday, May 11, 2012
BAYAM
Hari tu ada majlis tilawah al-quran peringkat PMO kat KOP. Pastu diorang ajak UAI sebagai penceramah jemputan. Aku tak sabar-sabar nak jumpe ustaz secara live. Yelah, selama nie aku tengok dalam youtube je kot. Lagipun ustaz kan glemer gila skang nie so memang susah nak jemput dia datang bagi ceramah, tak macam dulu, bak kata Dzilal. Ustaz bagi ceramah bertajuk "Menterjemahkan Akidah kepada Amal". Ramai orang masuk dewan time ustaz nak bagi ceramah. Penuh satu dewan. Aku perasan trainee yang ramai tengok tilawah, yelah trainee kan selalu free and available. Hahahaha.
Tempat khas untuk Ustaz Azhar
Hah! Tu dia ustaz kita
Ustaz terima cenderahati dari PMO
Antara pesanan UAI yang paling best ialah jangan menyumpah seranah orang, binatang atau benda-benda kat sekeliling kita bilamana kita marah. Macam masa kita marah bila kita tengok orang drive lambat kat lane kanan ke, janganlah cakap "Basse dok reti basse betak benor!" ataupun mesin fotostat tak bleh jalan ke. Contoh yang paling best ialah, bila nampak ayam jiran naik lambong umah kita, jangan la plak cakap "Celaka ayam babi mana plak nie!" Sebab ayam tu akan cakap "Kita ayam, bukan babi,"
WAHAHAHAHAHAH!!! (aku dah cuba tahan gelak tapi lawak ustaz memang tak bleh blah okay)
Subscribe to:
Posts (Atom)











