Saturday, July 28, 2012

Friday, July 27, 2012

Epic Fail *Lemon Chicken*

I was so excited to try on new recipes for fast breaking. Up till now, I had cooked several recipes like Siakap 3 Rasa and, and..... and what ah? Huhu. That's all? What a lame. Hahaha. Okay. Today I cooked Lemon Chicken. It looked so tempting. Nevertheless, things didn't go as planned. I had wished to prepare Lemon Chicken for the main menu but it did not come out well. It tastes too milky! Eww...

I don't know where is my mistake (my sister suggested the absence of honey caused it). The marinated chicken were smelling so good when I was doing the frying process. They smelled so sweet with the harmonious mixture of marinating gravy made of lemon juice, soy sauce, sugar (substitute for honey) and olive oil. But when it comes to the sauce, the epic fail is created. Wuawuawua!

Instead of using coconut milk, the recipe stated the usage of evaporated milk (susu sejat yuols). Maybe because I am a noob cook, the gravy/sauce became too 'muak' (do you know what's muak in English). Even my sister said so. But my parents say okay (maybe they want to keep me at ease so that I'll always do the cooking with no fuss , bahahah).

Lesson learnt, never give up. Always look forward to trying new things. Assalamualaikum. Don't use bye or hello coz these words aren't meant for muslims. Till then.

p/s: tak epic sangat pun fail yang nie. still habis se mangkuk. tehee!


Okay Nichkhun, no more Lemon Chicken for you! Hate you!!!!




Gonna Try Cooking This

Simply tantalizing!

Ayam lemon *taken from rasa.com.my *

Thursday, July 26, 2012

Wednesday, July 25, 2012

SERIAU

Tadi masa ma aboh balik umah semayang Zuhur, aku duduk ngan ma kejap borak-borak kosong.  Eh, nak kata kosong tak jugak sebab topik yang dibincangkan memang berisi dan paling penting, bisa buat kamu rasa seriau.

Ma cite kat aku tadi, beliau cerita kat sorang ustaz pasal gangguan kat umah kitorang nie. Sebabnya kitorang dah beberapa kali mengalami peristiwa aneh selama mendiami rumah nie. Ayah aku pernah nampak 'ma' jemur kain malam-malam walhal ma cakap dia tak keluar pun malam tu. Adik aku Deyn tu, cakap pernah nampak orang berbulu kat pintu cengal umah kami. Pintu cengal tu lah yang pernah melukakan jari aku. Masa tu aku terkepit pintu time main bola sepak time kecik2 dulu (takde kaitan dengan gangguan rasanye).

Deyn pernah cakap, ye nampak ada lembaga hitam masuk bilik ma abah aku. Seriau nyer! Meremang bulu. Alhamdulillah, setakat ni aku tak pernah nampak la menda-menda tu. Maunya boleh pengsan 3 hari 3 malam. Ma ngan abah pun pernah cakap diorang macam kena kacau malam-malam. Macam-macam mimpi pelik time tidur (yelah mana ada mimpi time tak tidur). 

And as for me, aku memang akan rasa kehadiran menda tu bila aku sorang-sorang. Kadang-kadang dengar macam derapan kaki seseorang berjalan atas lantai kayu walhal aku sendirian time tu. Meremang bulu roma! Masa tu barulah ingat nak pasang ayat quran kuat-kuat kalau boleh nak kasi bergegar rumah. Adik aku si Koyah plak cakap pernah kena tindih. Macam-macam. Baru-baru ni, aboh cakap dia dengar macam ada sesuatu ketuk siling bilik air. Degang!! Kuat bunyinya. Atas dasar husnu zzon, ma aboh conclude tu bunyi musang. 

Hari tu masa sepupu aku datang umah, ada 'sesuatu' menarik tangan isteri sepupu aku masa diorang lalu kat pokok nyior depan rumah kitorang. Menjeritlah dia sebab tergezut. Aku takdop masa kejadian berlaku, and ni pun aboh yang citer. Seriau lagi!

Okay. Kita sambung balik cite pasal ma borak-borak ngan al-ustaz. Ma pun cakap la nama anak-anak dia satu demi satu. Pastu ustaz tu ambik tasbihnya and maybe dia baca sesuatu sebelum berkata, "Suami awak, dan dua orang anak awak yang terkena gangguan tu,"

Lebih kurang macam tu la. Aku paraphrase je. Ustaz tu cakap aboh kena sakit-sakit sendi. Dia cakap anak ma hok nama Nor Jannah tu sakit perut sokmo (seriau bila terpikir camne ustaz tu bleh tahu!!) Sorang lagi nama dia Noruddin. Babtu la adik aku tu sokmo nampak kelibat menda2 tu. Astaghfirullah!

Tak tahu la ilmu apa yang dia pakai, harap-harap ilmu yang benar la. Bila dengar ma cite gitu, aku pun rasa ada logiknya. Dah lama aku menderita sakit perut. Dan dah banyak cara aku buat demi nak ubati menda nie. Tak satu pun bertahan lama (kecuali aloegel tapi tak sanggup beli lagi coz mahal). Aku minum air banyak, makan buah, makan itu makan ini, memang susah nak betul-betul atasi masalah perut. Kalau orang lain, senang je nak ilang sakit perut. Aku? Hanya Allah yang tahu penderitaanku. Huhu.

Ma cakap ma nak cari ubat untuk gangguan ini. Insya-Allah akan selamat. Ameen.


takutnyer....

Pseudo Artist

You know what's pseudo? Pseudo is like urm.....you know, mimic. Pseudo means similar, but not the same. And sometimes it reaches to the extent of mocking or impersonating. You got what I mean???

The picture below is one example of it. :D


Ada persamaan dop?? Koya artis sungguh. Bhaha

Monday, July 23, 2012

Birthday's Eve

Yeay, tomorrow is my birthday!!!

Nothing much. Except for the fact that I'm gonna turn 23!!!!

Abaikan minah senget nie



Sunday, July 22, 2012

Birthday Blog

Hello guys!

On 15th July 2009, I started to blog. And I only realize my blog had turned 4 after 7 days!!!! Sorry my dear blog! I forget to wish you birthday! Happy belated birthday to my dear bloggie. Muah.

Muka tuan blog lambat wish birthday

Saturday, July 21, 2012

Of Bless and Alter Ego

*picture durian yang baru dibeli*

Ku teringat lagi peristiwa semalam apabila seorang aku mengeluh saat melabuhkan punggung di dalam kereta abah. "Busuknye bau durian!" sambil menekup hidung. Memang aku kurang suka durian. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab baunya yang terlalu kuat sehingga susah untuk mengelakkan diri daripada terhidu baunya yang kadang-kadang masih boleh dikesan hingga beribu batu  jauhnya! Persetankan exaggerating statement itu. 

Di rumah, aku melihat abangku memakan durian dengan penuh berselera. Dalam hati terdetik, "Eiii, sedap sangat ke durian? Dah lah busuk," Kejam betul judgment aku. Dah nak buat macam mana memang kenyataan la kan durian busuk. But the problem is it becomes wrong when you ridicule other's right to indulge the kelazatan of durian coz it's personal preference. If you tak suke, tak payah la nak makan. And pada masa yang sama, tak payah nak kutuk-kutuk kegemaran orang lain, kan??? Take it or leave it.

Namun, nak dijadikan cerita, petang tu aku rasa nak makan durian (tiba-tiba). Pastu ayahku mengoyok a.k.a mengopek durian tersebut. Pada santapan ulas yang pertama, aku terpesona. Wow, sedap jugak durian nih!! Lalu tangan kanan laju mencapai seulas lagi. Berselera tak pasal-pasal. Hahaha.


Then , aku try nak ambik ulas ketiga. Dah habis?? Argh!!!! Sebelum ni bukan main cakap tak suka durian, busuk la, ape lah. Last-last aku makan dua ulas pun tak cukup. Sedih lol. My alter ego suka durian rupenya. Tehee~

Lalu, aboh dengan inisiatif seorang bapa mithali, telah ke kebun kami di ceruk sana bersama spouse-nya. Tanpa disangka-sangka, berbondong-bondong motorsikal yang keluar dari kawasan kebun sambil membawa durian berbakul-bakul banyaknye. Daebak! Lalu ibu dan ayahku membeli durian dengan harga yang amat berpatutan and membawa balik ke rumah. Hepi rasa hati melihat longgokan durian yang gebu dan menggiurkan tersadai di dapur. Kecur air liur ramadhan ku. Ahaks!

Aboh siap panjat pokok durian kat kebun kami untuk memetik beberapa biji durian Bangkok yang hampir gugur. Mujur pohonnya rendang, kalau la pohon tu tinggi, naya nak kena panjat. Kalau jatuh, sakit. Menangis tak berlagu la nampak gayanya. Huhuhu.


Rezeki bulan puasa. 

Down the Memory Lane

the little me being model of cutlery

miss lollipop?? masa kecik suke gile makan lolipop perisa nanas. Sedap woo!

If only I could remember why we laughed so hard at that time

guess where was me?

deng!!

Anak aboh

Thursday, July 19, 2012

Oh Jubah Hoodie

Oh no dalam kesibukan job hunting, aku pulak masih sempat menyinggah di sini untuk menjadi wartawan tak berbayar. Kesian belog sebab kena jadi mangsa luahan hati. huhu...

Aku ada beli jubah hoodie hari tu. Berkenan sangat sebab jubah itu labuh yuolls and kaler dia memang sesuai ngan jiwa maknok nie *ahak*. Kaler dia CokBu. Apekah itu??!! Coklat campur kelabu.  Suka-suka je reka warna sendiri. Bhahahaha!

Namun apakan daya kalau tuan empunya diri memang bukan jenis fashionistah apatah lagi hijabistas memang akan rasa kurang yakin nak memakai baju jubah itu. Why? Coz it's got HOOD for crying out loud! Oh no!!

Susah kot nak pakai jubah nie. Sebabnya, mostly kalau tengok orang yang dah biasa pakai jubah spesis camni, memang akan pakai tudung belah dalam. Panas yaw!! Dahlah pendek. Sah-sah nampak k****. Yelah, dah nama pun tudung ber-hood, so memang kena selit ke dalam baju sebab hood tu yang akan meng-cover kepala si pemakai. Aduh, rungsingnyer! 



Bestfriend aku cakap baik potong. Tapi aku rasa sayang nak potong. Tapi kalau tak potong susah nak pakai tudung puleekkkk!! Argh, I hate dilemma.



Me and my ambivalence


Monday, July 16, 2012

Dinner


Blues selamanya...


Makan


With Prof J

Sweet memories with you guys

Sweet homemade chocolate

Sweet recipe


Sedih bila dah habis pengajian kat Nilai. Lepas ni struggle cari kerja pulak lah. See you all masa KONVO nanti.

Monday, July 09, 2012

Sang Setia


Of Driving and the A-lettered word

Holla. 


Today I would like to tell story regarding my new interest; driving. All of you who had already taken driving lessons should have been warned regarding the risk of driving and using the roads, right? We all know what it is. We all aware of it coz everyday we heard of the news regarding this driving hazard. You know what I'm talking about do you?? I'm talking about ACCIDENT. 

Sepanjang hidup aku la selama 23 tahun nie, aku dah terlibat dengan 3 accident. Accident yang pertama masa belajar dulu, yang kedua dan ketiga pulak masa kat intern. Masa intern ni la dia nak jadi accident. Dala aku baru stat nak memahirkan diri dalam pemanduan. Tapi syukurlah, tiga-tiga tak melibatkan kemalangan jiwa. Kereta je yang rosak. Wuwu. 

Yang paling kelakar ialah masa aku terlanggar bontot kereta MyVi masa aku pegi pasar malam hari tu. Time tu gua cakap sama lu, gua syok sangat reverse sampai tak perasan kereta dah rapat gilller dengan bontot MyVi tu. Tiba-tiba "DEGANG!!!". Ya Allah, sentap gile masa tu!! Aku langgar orang ke?? Bila aku mengundur balik, aku nampak bontot dia melantun semula. Ya rabbi, mujur la dia tak kemek. Mujur aku langgar bahagian yang dibuat daripada fiber. Kalau kena body metal, mau beratus aku kena bayar sebab nak kena ketuk dari dalam. Phew~

I actually love driving. Mula-mula dapat lesen tu kenmain seronok sebab dah boleh bawak kereta. Namun apakan daya, disebabkan aku takut nak drive keta manual, aku tak berani nak jeopardize the probationary state of me licence. Ko tau kan kalau nak jadi competent, kena tunggu 2 tahun baru dapat upgrade lesen P? Ye, selama dua tahun itu lah aku cuba mengelak daripada pegang stereng. Aku bimbang takut-takut la berlaku pape lalu menyebabkan lesen aku ditarik. Tak sanggup mak nok. Tak sanggup nak belajar bawak keta kali kedua. Seksa! That's why after dapat lesen competent, aku tak berapa mahir sebab da lama tinggal stereng. So it took quite some time to really get to drive the car, again.

Memang masa intern la aku dapat asah kemahiran memandu aku. Area Kerteh tu memang sarat ngan lori, van, kapal, beskal, moto, keta bagai-bagai that's why memang mencabar. Memang mencabar and rasa tercabar. Lagi mencabar sebab laluan aku pergi tempat praktikal pun memang da banyak kes kemalangan, sampai ada yang terputus kaki kau tahu! Seriau bulu roma. Tu la, sapa suruh dia merempit, orang lain ada moto gak, takdela sampai nak rempit camtu sekali. Tsk.





Tapi alhamdulillah, aku da pun menghabiskan sisa hidup di Kerteh sebagai seorang intern dengan jayanya. Kehidupan di sana mengajarku hidup berdikari you alls. And aku pun belajar dari pengalaman sendiri yang kita kena selalu ingat Allah. Before start keta kena baca doa siap-siap. Pernah sekali aku lupa nak baca doa, memang hampir-hampir berlaku sesuatu yang tak diingini. That's why kena selalu baca doa and tawakkal kepada Allah. Baru pemanduan selamat. 


Akhir kata, biar lambat asal selamat, pandu cermat jiwa selamat.






yezaaaaahhh





Ooops, da nak pukul 2. nak gi anto mak keja jap. tehee~ 


Ciao.





kereta idaman dulu2







Kereta idaman sekarang


CRV putih!!!!!




Why do I blog?

There are plenty reasons of it:

1) I just simply love writing. And blogging is the best way of quenching my love and unbridled passion for writing. I just love WORDS!

2) Blogging is fun. I get to tell stories of my own and also others.

3) It enhance my writing skill.

4) It's been a hobby since I was in my primary school. Err, I mean writing was my hobby that started around that age. But I started to blog 3 years ago, when I was introduced to blog by una amiga, Farah Azmi namanya.

5) I am kind of jiwang person so I tend to reminiscent about old things and rewrite my line of thoughts into words in my blog.

6) I love language. I once thought of making writing as my career. Well, it doesn't go that way. I took Chemistry though. Huhu. It's okay, I got both; English and Chemistry.

7) I love telling stories in weird ways and making jokes. Coz it makes people happy. Some may not be happy. Apa aku peduli, aku punye blog. Wahahaha!




Blogging is good for me. Whenever I got stressed, I will write. It somehow gives me relief. All in all, blogging is a very good hobby coz by blogging I think I have come to be a better person. Yabedabeduuuu!!


Okay bye, I nak tido now. Ciao.


Sunday, July 08, 2012

Bila da takde kerja

Sedutan dari filem Pirates of Carribean; The Curse of the Black Pearl



Gilo. Yes, I crave for Cool Blog right now. Grrr...

New Project




coming soon...

Estoy en casa!

Yes, I'm home you alls! Saje je nak beghadong cakap Spanish. Now I'm so happy coz I am home. So heaven. Tapi Khamis nie kena pegi Nilai balik coz pada hari Jumaat kami akan present industrial training. Bedebor rase.


Jemputlah datang ke rumahku *hehe*


K bye.

Thursday, July 05, 2012

Constantly Moving

Yes currently I am constantly moving. No rest for me coz I do things at last minutes. Procrastination does no good to human. And it really bugs me. When you have to do things in a limited time frame, you feel so burdened. You force yourself into doing it even though you are very tired of it. No matter how much you despise doing things forcefully, you still have to do it since it is an obligation. 

Last time, I was so stressed when having to complete montage within a very short duration. I even slept at 4 am but when I woke up to see Haji K, he commented on a lot of things. It felt like a big chunk of rock was dropped on me. I was so stressed. But at the end alhamdulillah I managed to complete it. 

But two days ago I repeat the same mistake. I did my report also at the very last moments! What a weird way of repenting. Repenting you say? Duh!

Pengajaran: Jangan buat kerja last minute........



gambar xde kaitan

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers