Sunday, January 27, 2013

Raksasa di Butik Pakaian Muslimah







Ayark, raksaksa lah!!



Situasi 1

Situasi ni berlaku di kala aku tengah kalut-kalut nak tutup kedai. Maklumlah jam da pukul 5.45 petang. Seorang wanita bersama seorang lelaki menghampiriku. Suaminya barangkali (husnuzzon). Wanita itu lantas bertanya,


"Kak, mana butik yg tengah cari pekerja tu?"


"Sini la kot,"


Aku jawab sambil garu kepala.



"Kat area nie, ni je butik yang ada. Kitorang memang tengah cari pekerja, kak."


Hahaha, selambe badak je aku panggil dia kak balik. Kahkahkah.Why? Sebab aku yakin aku yg patut panggil dia kak. Sebab mukanya lagi matured daripada aku. Memanglah tubuhnya kecik, tapi gayanya matang. Memanglah aku ni badan besaw dan tinggi ngalahkan otromen tapi aku muda lagi kot. Tapi sanggup dia panggil aku kak?



Makan dalam wooo.



"Akak duduk dulu, isi borang nie, nanti saya panggil,"


Ceh dengan konfiden aku terus panggil dia kak. Kehkeh. Lantak la dia nak pikir apa. Pastu lepas dia siap isi borang, aku sempat menjeling ke arah borang tu, nak tengok number IC. Hah! Sah-sah dia memang lagi tua dari aku okay? Dia lahir tahun 1981! Aku lagi 8 tahun muda kot. Please la please. Don't judge how old I am by looking at my physical body okay. Terasa mak nok. And maybe sebab aku pakai glasses kot nampak lagi tua matang. Cam kawan aku selalu cakap la, aku ni macam nenek. Huhu.


Situasi 2


4 orang customers masuk kedai. Semua lagi berusia daripada aku sebab aku dapat cam gaya orang yang da keja nie. Student mana mampu masuk butik ni, coz aku sendiri pun tak mampu beli baju sini. Mahal dow! Hahaha..... Yang ahjumma sorang tu macam over 50 years old. Rombongan ibu dan anak-anaknya lah kot, memborong baju. Huhu.


Salah seorang daripada mereka yang lebih kecik tubuhnya menghampiriku,


"Kak, yang ni ada size S tak?" sambil menyuakan sehelai baju labuh.
Akak?? Aku mengomel dalam hati. Padahal tadi aku dengar dengan jelas mak dia cakap kat aku dorang datang nak beli baju ofis. Hmph!!


Sabar je la. Memang orang tubuh kecik molek ni orang anggap muda walaopun umoq mak orang. Yang badan besaw gabak macam aku nie, kompem orang cop budak tua... Stereotype sungguh. Pui!





Hey baby I'm not a monster!

5 comments:

Maiya said...

Haha...Gaya tua bangka jer bunyi nyer..

Kebahagiaan Hidupku said...

amboi...marah nampak...
eleh, org lain pun kengkadang tu anggap ak camtu gak, huuhuu...walhal aku ni baru high school student..mase tu lar

Nana Liena said...

sama la.. kita..badan besar.. (*sikit ja..) tak gemuk..! ahahah.n pakai spek.. orang igt kita tua..tapi lag muda ada la..LOL.. kadang2 nak ja tunjuk ic ..tempek kat muka..

Jαnnαhツ said...

em, sedih kan Nana Liena? takpe la. redha je la... huhu


aku bukan marah, rah. aku cuma emo. aik, macam same je... akekekek!

Jαnnαhツ said...

maiya, sape tua bangka tu?

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers