Thursday, March 14, 2013

Cantik vs Sihat




Assalamualaikum







Semua orang nak jadi cantik kan? Ai pun same. Hihi. Sebenarnya semua orang diciptakan Allah cantik seadanya. Cuma kita yang tak hargai. Tak merenungi kecantikan itu dan mensyukuri nikmat kecantikan itu. Cantik itu bukanlah berdasarkan rupa luaran semata-mata. Cantik adalah satu sifat yang amat general. Apa yang si A cakap cantik, si B tak semestinya akan setuju. And it also goes vice versa for B.





Cantik di mata A mungkin sukar dimengertikan oleh B. Cantik itu sesuatu yang abstrak. Sesetengah perkara itu memerlukan masa untuk difahami barulah layak ia disamakan dengan istilah cantik. Aku bukanlah ahli falsafah mahupun ahli linguistik. Aku cuma manusia biasa yang suka berkongsi ideologi dan perspectives. Ada sekelumit perasaan pejuang dalam diri. Walaupun sekelumit, perasaan itu sentiasa menggetarkan segenap sel-sel dalam diri yang membawa kepada pencetusan idea dan perkongsian rasa. 






Geli pulak aku rase dengan ayat sendiri. buwek.






Elemen simpati dan empati itu amat penting dalam diri kita. Hidup mesti berakhlak baik, barulah layak digelar cantik. Cantik bukanlah sekadar menempek dua inci bedak di pipi. Cantik itu lebih kepada situasi hati. Hati bersih, hati suci, sinarnya memancar di wajah nan berseri. 








Acewah macam penyajak pulok aku nie. Ehehhe (malu)







Untuk menjadi cantik, seharuslah kita bermula dari dalam. Idea ini bolehlah dihuraikan secara literal mahupun figurative. Meaning, luar dan dalam. Kecantikan dalaman iaitu inner/innate beauty is far more paramount. Why? Coz inner beauty is so valuable. It shines a person from within. Accidentally, it will promote one's outer beauty. This is magical right? Inner beauty projects your outer beauty. It kinds of having the power to accentuate your skin. That's why I disagree with the idiom saying beauty is just skin deep. No! It's deeper into the very core of your foundation. It's the heart that counts. Never let the appearances deceive you.





All in all, kalau nak cantik, kita kena sihat dulu. Dan kesihatan bermula daripada perut. Kalau kita jaga perut,  insya-Allah takkan sakit. Rasulullah s.a.w sendiri bersadba, 90% sakit berpunca daripada perut. 





Wow, sungguh ironic apabila nasihat itu diberikan oleh orang yang sakit perut sejak sekian lamanya. Huh. Dasar...






Namun, memang sudah tanggungjawab manusia untuk saling menasihati ke arah kebaikan walaupun keadaan diri sendiri tidaklah sehebat ustaz ataupun ustazah, apatah lagi ulamak. Bak kata Hassan Al-Basri:












p/s: aku bukan melayu. kita semua bukan melayu. tapi kita melaju.








1 comment:

SemuanyaOK ^^ said...

Melaju tu huruf besar la...
Amboi...guna bilogy words bagai~falsafah sain?
Biasa ar tu...
Nak cantik luar...personaliti dan akhlak dulu kene cantik,

cantik neelofa

p/s : roommate yg tidur atas lantai mu cantik tak?
hwahwahwa

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers