Tuesday, May 21, 2013

Kisah Kulat





Behold the beauty of science





Assalamualaikum....




Bagi yang tahu, aku tengah jadi RA skang ni and in sha Allah by the end of this September aku akan daftar untuk Master. Doa-doakan lah ye?






Dua tiga minggu lepas, aku dah stat dengan research ni yakni development of wound dressing guna polyelectrolyte materials (PEC). Sintesisnya agak mudah, method dan ingredients semua dah diberi berdasarkan proposal supervisor aku. Cumanya, once dinamakan research, mesti memerlukan  researcher itu untuk terus mengkaji dan mengkaji demi mencari formula untuk improve resepi  wound dressing tersebut. 





So research ini bukan sesenang yang aku sangkakan. Haha. 




Resepi tu basic je tau? So aku sebagai anak didik Dr K mesti terus cari jurnal dalam internet untuk cari sejenis lagi ingredient sebagai crosslinker bagi membolehkan chitosan layer jadi lebih stabil dan boleh 'hidup' berjiran dengan gellan gum. Sebabnya, kedua-dua ingredients ini perlu hadir secara harmoni dalam proses penghasilan wound dressing ini. Harmoni bermaksud, kedua-duanya boleh hidup sebelah menyebelah dengan mengamalkan prinsip dan cara hidup masing-masing tanpa kompromi. Namun mereka tidak boleh berkahwin dan memiliki anak. Cukuplah sekadar berkawan baik. Sebab objektif utamanya ialah dual layer ini masing-masing akan memainkan peranan masing-masing once da develop into wound dressing. Waaah how is that for an analogy?





                                   




Wait. Lupa nak explain pasal gambar tadi. Haha.





Kan tadi aku cakap yang chitosan tu antibacterial kan? So behold the miraculous proof of science!! Dalam petri dish sebelah kiri tu, ada gellan gum topped with chitosan. Belah kanan tu, control sample of gellan gum meaning hanya ada gellan gum sahaja. Tengok apa jadi lepas aku biar dalam cupboard selama 3 hari. Sample yang ada chitosan sangatlah suci bersih, sama je macam mula-mula siap prepare. Sample gellan gum tu pulak berkulat teruk. Ugh! Even control sample of chitosan pun tak tercemar jugak. Cantik je rupanya. Hebak mung chitosan, hebak! Suci dan menyucikan. Hehe.





All in all, memang rasa seronok bila dapat observe such miracle. Huhu. Yelah, even if it is a small little thing, it still makes me happy. Selama ni asyik gebang-gebang time presentation yang chitosan tu antibacterial lah, antfungal la. Skang ni baru boleh buktikan sendiri. ALHAMDULILLAH.







Sekian.



4 comments:

Nana Liena said...

nice info..hehe..amek master dah? wah..congrats ya kak.. :)

Nadhirah Ahmad said...

Mster by rsearch ke

Jαnnαhツ said...

ye. master by research. huhu...

Jαnnαhツ said...

Terima kasih sayang

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers