Thursday, May 09, 2013

Subliminal Message: Hydromancy

One little thing that could ever tarnish those good dramas or movies is the mere fact that it is almost impossible for the directors not to include their subliminal messages. We as audience need to bear in mind that not everything portrayed in movies/dramas are good for us. Never let our guards down and do not buy their shits.  







Okay. I want to rant about the subliminal message detected from a Korean drama, Bogoshipda (literally means I Miss You)






Satu perkara yang menarik minat aku masa tengok drama I MISS YOU ialah kisah Jung Woo dan Soo Yeon masa kecik-kecik. Ada lah satu tabiat Soo Yeon masa dia tunggu Jung Woo kat taman permainan. Soo Yeon akan duduk atas buaian dan akan cecah hujung kasutnya dalam lopak air sambil sebut, "Saya suka dia, saya tak suka dia, saya suka dia..." dan berterusan selama beberapa kali. Then Soo Yeon ada tulis dalam diari dia macam ni "kalau setitik air hujan menitis dan membentuk 5 riak air, maksudnya saya suka awak." 






Memangla mende tu macam main-main. Mainan budak-budak. Just like if someone nak buat decision whether to go or not, dia akan amik sekuntum mawar lalu cabut kelopak mawar tu satu persatu sambil sebut, "Nak pegi, taknak pegi, nak pegi,..." sampailah ke kelopak yang terakhir. Dan pilihan yang jatuh pada kelopak terakhir tu lah yang akan digunapakai untuk judgment and decision making dia. Seriously, cara ni bukan cara Islam. 







Apa yang aku nak bebelkan kat sini ialah pasal hydromancy, sejenis tilikan air. Orang putih panggil water divination. Just so you know, tilikan air ni salah satu cabang ilmu tilikan yang biasa dibuat oleh ahli-ahli sihir, bomoh dan penilik nasib. Mereka melihat perubahan yang berlaku di sekeliling mereka melalui 4 jenis unsur utama iaitu air, udara, tanah dan api. Macam dalam filem-filem Melayu yang biasa kita tengok. Kalau sesiapa perasan la, ada certain citer Melayu yang menyelitkan scene tok bomoh jampi serapah dalam mangkuk berisi air, lalu muncullah sesuatu yang hanya mampu ditafsirkan oleh tok bomoh tu sendiri lalu keluarlah segala macam tilikan dan ramalan melalui warna air atau pergerakan lopak air. Itulah dia hydromancy.










Jari si Jung Woo apabila ia menyentuh permukaan air untuk mempamerkan cara melakukan tilikan air (hydromancy)






Betapa liciknya golongan tertentu dalam kerjabuat mereka sehari-hari. Dalam pada keseronokan penonton melayan plot drama yang semakin berkembang dan penuh saspens, boleh pula diselit unsur-unsur tidak elok untuk tatapan penonton. Minda kita yang separa sedar biasanya tidak akan membuatkan kita alert dengan menda-menda macam ni. Sebab tu kena selalu berhati-hati dalam menonton segala apa yang ditayangkan di internet mahupun televisyen. 






Dalam drama ni, pada mulanya aku anggap mende tu sekadar permainan budak-budak. Tapi bila muncul perkataan hydromancy kat subtitle, aku pun ape lagi, mulalah mencari apa maksud mende tu. Aku kan curious orangnya. Curiousnye! 









Drama yang penuh saspens dan kepiluan. Tips berguna: sediakan tisu sebanyak mungkin sebelum tengok drama ni.




p/s: yang baik ditelan, yang buruk diluahkan...






sekian bebehs!

1 comment:

MalayScientist said...

x la...kene sediakan rumah baru...sebab akan banjir...

ingatkan pergi tak nak pergi mende biaser je...saja wak main...ast2 itu jadinya..hoh

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers