Sunday, June 02, 2013

SongFiraLai



Assalamualaikum lovely readers! Semoga anda sihat walafiat dan ceria selalu. 









Hujung minggu yang awesome! Sebab dapat outing dengan bestie. Macam biasa la derr. Kitorang outing Kuantan, lepak kat Berjaya Megamall ngan East Coast Mall. Banyak gile sales memandangkan da dekat nak Ramadhan pastu tak lama lagi Syawal (kepada sape-sape yang tak habis ganti pose sila ganti cepat!!!!)












Dating kali ni bukan dengan Faezah Elai sahaja. Song Hye Kyo dan Elfira Loi pun ada sekali. Ha, kelas kau jah outing ngan artis bhahahahaha.










Main motive untuk keluar outing is to release tension. Huhu. Sampai je Kuantan, memang tak ada plan pun nak beli apa-apa. Tapi cam berkenan nak cari comforter nipis sebab nampak ada sale. Namun, sales pun harga dia tetap mahal. Shoot. Memang padam ah niat nak beli kahkah. You can say I am being a cheapskate (thrifty la sopan sikit).











I enjoy window shopping. Somehow it makes me happy. Although some people might say it is a useless  time-wasting activity, to me it does help me release my tension. A lot of people have a lot of ways of releasing their stress aight? To me, window shopping is one of the effective ways.  The only consequence is that I tend to have bloated feet at the end of the day due to long walk in the mall haha. So unbearable meh.












Introducing the best roti canai ever!!! Memang crispy dan juicy!!! Sedap!!!! Lima bintang!!! 10 out of 10!!! *esaited okay i know*









Kalau singgah Kemasik, jangan lupa berenti makan roti canai kat kedai nie. Murah dan sedap! Orang Melayu kita yang tebar roti tu okay? Lepas je traffic light MesraMall, berenti belah kiri. Memang banyak orang berenti sebab memang sedaaaappppppp! Aku suka order roti kosong plus roti bom. Memang meletoPPP! Selama 24 tahun aku bernafas atas muka bumi Allah ni, ni la tempat roti canai paling kawwww! Kalah mamak-mamak Manusalwa kat USIM tu.









Yang tak tahannya kisah roti canai ni la. Aku ingat nak suh pakcik drebar berenti kat kedai ni sebab memang tak lengkap if tak pekena roti canai sini once da datang Kerteh. Sebelum aku sempat bagitau ajushhi, ada la sorang mamat ensem ni tetiba datang dari seat jauh belakang aku and duduk kat seat belakang ajusshi drebar. Mamat tu cakap kat pakcik tu "Tolong berenti kat bus stop lepas traffic light skoloh depang nung," aku ingat tempat tu sama ngan tempat yang aku nak turun. Babtu I kept mum. Rupanya, bus stop tu jauh depan nun lepas post office. Aku da cuak da bila pakcik tu tak berenti after traffic light pertama. Yang mamat tu maksudkan traffic light kedua. Aku salah paham der (talking about my noobness kehkeh). Memang hampir melepas merasa roti canai super yummy. Hampir melepas, sebab pastu Jil datang amik and bawak aku makan roti canai. SEDAP! 








Thanks youja chingu.










3 of the pictures were snapped at FOS. Aku ngah cari belt sebab seluar londeh saiz XXXXL kot. Well salah aku sebab underestimate diri sendiri ahahha. Sebenarnya aku taklah segemuk yang aku sangkakan sampai terbeli size gedabak. Kalau ada anjing kejar pahtu gigit seluar aku Ya Allah gerenti londehhhh. Gile malu. Habis RM7 untuk tali pinggang. Yang tengah tu mask. Saje nak try. Murah siot mask tu. Hehe.











Masa ni kat Pizza Hut sebab aku ajak diorang makan pizza (padahal dalam hati nak makan Spaghetti Prawn Olio yang super amazingly delicious). Jilal yg belanja ngehngeh. Wahh bersilau-silau efek time edit gambar nie. Ehem-ehem, mungkin sebab ada aura special yang terpancar dari orang tu. 








Phone strap as a present from Song Hye Kyo










Kucing-kucing yang comel tomey vomey komey. Yang putih tu jantan. Yang hitam putih tu betina. Ya Allah gelabah macam ape kucing jantan tu. Aku gerpok skit dah terkejut beruk. Dahla berlari macam kuda. Bontot melayang-layang kiri kanan. Hahaha! Tak macam yang betina tu, cool ajerrr. Hehehe (gerpok=acah)









Happy outing. Time baik bagai nak rak je outing sama-sama. Time gaduh, cam nak runtuh langit ngan bumi. Hahaha!









Lastly, gambar yang super tidak ada kaitan. Enjoyyyy. Hahah!





















Ok tak funny. Bye.





p/s: bimbang sebab selalu sakit perut after kenyang makan. is it a symptom of a disease??? takuuuuut.....



No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers