Sunday, July 14, 2013

Garlicious

Assalamualaikummmmm bloggers and readers. J t'aime mi amor. Ehe.

Salam Ramadan semua. Dah lama rasanya tak berblogging. Ni pun terdetik rasa nak post something kat blog sempena bulan keberkahan ni.


Semalam aku masak ayam celup tepung. Ala yang celup guna tepung segera Sri aji tu je. Wakakaka. Tapi sebelum celup ngan tepung, aku marinate dulu ayam2 tu (ai, nak celup tepung je pun nape kene marinate bagai?). Nanti, nanti. Sabar sikit nak ceghite la nih.


Erm. Begini.



Kalau sebelum ni, mengikut pengalaman aku buat ayam celup tepung dan juga pengalaman makan ayam celup tepung yang dibeli dari kedai, memang rasa crispy kat luar ayam tu je lah yang boleh dibanggakan. Isi ayamnya rasa tawar. So berlaku ketidakharmonian rasa di situ. Ecewah.
Lainlah mcm kepsi. Dek kerana tepung tu ade resepi rahsia, ayamnya tetap terasa oomphhh. Hahahaha. Dan dengar citer ayam kepsi diperam jugak dengan sejenis bahan ni sebelum dicelup tepung. Babtu rasanya sodap. Dengar khabar ayam tu diperap dengan monosodium glutamate before digoreng. Kalau betullah, memang bahaya. Carcinogenic tu.


So untuk mencapai taste synchronization atau keharmonian rase (wow synchronization bagai)  aku ambil keputusan nak marinate dulu ayam tu. Nah ini resipinya!!!



12 ketul ayam (dikelar)
Setengah sudu kecil garam halus
Sesudu kecil oregano
5 ulas garlic
4 biji lada jarum
Setengah sudu kecil minyak jagung (olive oil pun bagus)
Serbuk tepung goreng ayam seri aji (ni aku ambik yg spicy)



Haa.... bawang putih tu tumbuk dengan lada. Then campur semua bahan dan gaul ngan ayam. Then perap untuk beberapa jam (kali ni aku peram start pukul 3.30 ptg sampai pukul 6 ptg)



Dalam pukul 6 macam tu, aku amik putih telur, celup ayam yang diperap tu dengan putih telur itu, dan salut dengan serbuk seri aji. Then terus masuk dalam kuali berisi minyak panas. Goreng sampai keperangan.  Wallah! Senang kan?



Alhamdulillah. Rasanya sedap!!! Bukan sekadar rangup di luar, malah enak isi ayam. Mungkin dek kerana herba oregano dan bawang putih sebagai penambah rasa telah memperkaya kualiti ayam celup tepung ini. Natijahnya, semua ayam goreng celop tepung aku habis!!! Hehehehhe. 



After this nak guna resepi ni untuk goreng ayam celup tepung.







Okay that's all for now. Paipai.

2 comments:

ermafatiha said...

owh sedapnye..patut letok gambo la sekali..baru jeliro aku melihatnya...

Jαnnαhツ said...

sedappp... tapi dok dang amik gambor la ema... hahhah

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers