Friday, August 23, 2013

Angkut-angkut


Dulu aku pernah merasa hairan dengan kejadian Allah yg satu ni iaitu sejenis serangga yang suka buat sarang dalam rumah. Sarangnya pulak berupa tanah yang rapuh. Sekali penyek, mesti hancur luluh. Diriku yang pada ketika itu merupakan seorang budak kecil dan innocent yang ingin tahu serba-serbi mengenai perkara yang menjadi persoalan di benakku telah mengajukan soalan ini kepada ibu bapaku;




"Binatang apa yang duduk dalam sarang camtu?"





Ibuku menjawab;





"Angkut-angkut."






Hah? Menatang hape pulak angkut-angkut? Nama pun pelik. Tak pernah kudengar. Dan yang paling aneh, sebab tak pernah jumpa spesis sebegitu dalam mana-mana buku teks sekolah rendah hatta menengah sekalipun. Spesis barukah? Ibuku menyambung,








"Angkut-angkut ni spesis tebuan."







"Hah? Tebuan? Tak sengat orang ke?"







Aku menggaru kepala. Aku ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu mana nak kenal internet. Kalau ada internet, mungkin lagi senang nak rujuk apa-apa yang aku nak tahu. Tadi je aku surf kejap dalam internet pasal serangga nie sebab tiba-tiba rasa nak tahu. Angkut-angkut (nama lainnya Potter wasps atau Mason wasps) merupakan spesis tebuan yang jarang menyengat. Patutlah sepanjang hidup aku, memang tak pernah kene sengat pun dengan serangga nie.







Sudah berapa kali aku meminta ayahku membuang sarang angkut-angkut yang menempel di beberapa bahagian rumah kami ni. Kau tahu apa jawapan power ayah aku bagi? 






"Ala, dia bukan kacau orang pun," 





Lol. 





Ye, aku tau angkut-angkut memang tak kacau orang. Tapi aku ni spesis yang cepat geli kat serangga yang terbang. Lagipun, bagi aku, sakit mata tengok species tebuan ni buat sarang merata-rata. Aku dalam hati mengomel, ape agaknya fungsi makhluk Allah yang satu nie ye? Pada masa tu aku punya persepsi tentang angkut-angkut ni ialah serangga ni kerja dia hanyalah menyemak kat rumah orang sebab dia buat sarang sesuka hati je tanpa mengambil kira tentang aspek aesthetic value rumah orang. Cruel gile judgment itu (sila maafkan judgment seorang budak kecik yang hanya tahu makan minum tido)





Sampai suatu hari tu, apabila aku menginjak usia dewasa, aku sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada ibuku.






"Ma, amenda la fungsi angkut-angkut nie eh? Dahla buat sarang merata-rata. Serabut mata ni tengok. Hish!"




Ibuku pun jawab;





"Jangan kata gitu. Angkut-angkut nie, sarang dia boleh buat ubat KANSER tau."




What?????!!!





It was so shocking. Rupanya sarang angkut-angkut yang aku anggap menyemak di celah tingkap dinding rumah tu ada fungsi besar. Ubat kanser pulak tu. Subhanallah!!







Benar apa yang kudengar itu. Dikatakan bahawa serangga angkut-angkut buat sarang menggunakan tanah yang terpilih. Khasiat pada sarangnya sangatlah baik untuk merawat beberapa jenis penyakit. Kalau seseorang dikatakan menghidap kanser, baiklah diambil sarang angkut-angkut daripada rumahnya sendiri untuk rawatan kansernya itu. Dengan campuran beberapa jenis bahan lagi, in sha Allah akan sembuhlah penyakit yang dihidapi. Ameen.








You can see the wasp nest perching precariously on the slim wire of my house


















This one is pretty big.










Benarlah setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia.... 








p/s: angkut-angkut digelar mason wasp atau potter wasp dalam bahasa Inggeris. Mungkin sebab sifat serangga ni yang buat sarang guna tanah liat, sama macam para pembuat pasu tanah liat (potter) dan juga orang yang membina (mason) bangunan batu pada zaman dahulu. satu lagi, spesis tebuan ni bukan jenis yang hidup berkoloni dan diorang tak defend sarang diorang. kalau kita hancurkan pun, diorang buat dekkk je... pasrah je kan serangga ni? tapi janganlah suka2 hati je penyek sarang dia. tabaik.



p/s/s: kepada sesiapa yang tengah cari sarang angkut-angkut nie, bolehlah datang ke rumah. boleh buat  ubat kanser iye dok?

2 comments:

AZHARI AZLI said...

Assalamualaikum , hai jannah .. Satu lagi fakta menarik tentang angkut² ni, dye selalu "ANGKUT" anak²(larva) kumbang , labah² , ulat dan lain² dalam sarang untuk berkhidmat sbgai makanan kpd anak² dia . ajaibnya larva tu dye boleh lumpuhkan .indah ciptaan tuhan .

Jαnnαhツ said...

waalaikumsalam... wow. hebat... baru tahu... hmm... Allah maha besar... :P

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers