Monday, August 19, 2013

Api Dendam

Kerana asalnya dirimu sebahagian dari juzuk fizikal manusia yang lemah. 
Manusialah punca kamu membiak rakus dan bebas.


Keberadaanmu di mana-mana. 
Dinding, rak buku, langsir, kerusi, meja, kotak, gobok baju, kipas. 
Malah lantai juga terbiasa menjadi mangsa kewujudanmu.




Selagi manusia bernyawa, memang kewujudanmu itu pasti. 
Populasimu takkan musnah melainkan dengan izin Dia.

Manusia sendiri sukar mengekang spesismu yg saban hari 
makin degil menggugat kehidupan mereka. 
Makin dibuang makin lekas bertandang.




Ma sha Allah.




Zarah halusmu gagah menakluki tubuhku
Butir nano-mu merobek rongga bauku
Serbuk femto-mu menyesakkan dadaku
Saat kau menusuk laju ke celah alveolus suciku
Kecil dan halusmu sepedas cili api
Kesannya cukup menusuk hati




Lekangmu hanya sementara. 
Hadirmu untuk menyebar sengsara. 
Runtun jasadmu bak petaka. 
Menginjakkan bala ke seluruh rongga deria.



Andai kau tahu siksa batinku
Menahan segala onar bawaanmu
Akan kau lekas pergi membawa diri
Tak kan pernah kembali





Keberadaanmu memberiku gundah
Hari-hari ku kian gelisah
Resahku menongkah fitrah alam ini
Kerana wujudmu itu atas kehendak Ilahi
Bukan kerna hendakmu sendiri





Aku mencuba sekuat kudrat
Menahan segala siksa dan azab
Walau kutahu kau musuh terkuat
Akan ku lantang menentangmu 

hingga ajalku terpahat di liang lahad




-Debaran Dendam Debu







Mangsa pertama






Mangsa kedua

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers