Tuesday, August 13, 2013

Sinfully Delicious Super Chocolaty Cake






"Nor, jom wak kek batik? Jom la Nor, jom la.."





Begitulah rengekan adikku sepanjang keberadaannya di rumah masa cuti raya baru-baru nie. Aku pun hairan nape lah budak nie asyik duk sebut kek batik kek batik kek batik. Mengidam sangat nie apasal? Dalam pada duk mintak aku buatkan kek batik, dia pun surf la resepi kek batik guna serbuk koko. Kitorang tak makan yang guna serbuk Milo. Ada la sebabnya. Kang cakap kat sini kang maunya kena saman ngan Milo, Kebetulan masa dia ralit duk surf tu, aku pulak terpandang skrin laptop dia masa tu. Pastu tetiba aku pun turut sama jadi terliur dengan rupa-rupa kek batik dalam internet yang sungguh menggiurkan, buat aku tergerak untuk segera menjalankan misi membuat kek batik. Lets roll it.








Assalamualaikum. Chef Jannah is in the house!!!!! *masuk perenggan kedua baru sibuk nak bagi salam*







Okay people. Buat kek batik ni senang. Serius tak tipu. Bahan-bahannya mudah. Aku taknak la listkan bahan-bahan. Masuk method terus lahh kahkah. Dasar pemalas.







Mula-mula, amik sepeket biskut Marrie yang tak ada apa-apa perasa. Jangan amik yang perasa kopi mahupun strawberi. Hatta perasa coklat sekalipun jangan amik!!! Hancus kek batik kau nanti hahha. Conflicting tastes nanti kang baru nyesal tak sudohh. Tanpa banyak songeh, gunakan jari-jemarimu itu untuk patah-patahkan biskut itu and ketepikan. Ba'da zalik, panaskan kuali dan goreng badam keping tanpa minyak. Kasi garing sampai keperangan. Badam goreng ni untuk garnish. Kau bebas nak pilih badam keping ke, badam parut ke, badam ketul ke untuk buat garnish. Ini kan negara demokrasi, gitewwww. Next, kita panaskan secawan air masak dalam kuali (kesilapan pertama sebab guna mug instead of a small cup). Lepas air da mula boiling, masukkan 200 g serbuk koko. Aku guna sebuk koko Van Houten. Pastu kacau kasi dia larut. Tang kacau ni la kene beringat. Kacau biar konsisten sepanjang masa sampai serbuk koko betul-betul dissolve. Api pulak janganlah kuat sangat. Nanti hangit coklat tu kang. 




Then, masukkan 250 g mentega. Aku pakai mentega Buttercup. Masukkan dalam kuali pastu kacau sampai mentega cair. Once mentega da cair, bukak satu tin susu pekat F&N pastu kosongkan satu tin susu tu tuangkan susu masuk kuali. Kacau sampai rata. Aku siap masukkan setengah tin air panas untuk dissolve the remaining susu pekat dalam tin lalu tuang dalam kuali (konon nak maksimumkan penggunaan susu last-last kek jadi overly sauced sebab tambah air lagi). Kacau sampai susu dissolve. Pastu jangan lupa rasa sos coklat tu. Sebab once kita guna serbuk koko, sos coklat akan jadi pahit siot. Hahaha. Mula-mula aku rasa, memang pahit bebenor. Allah je tahu. Pastu aku tambahkan secawan kecil gula kasar untuk kasi manis. Pandai-pandai lah korang nak manis level berapa. As for me, 70% manis da okay. Manis-manis tapi ada pahit-pahit sikit. Huhu. 




Okay. Lepas da pasti dah manis sos tu dah cukup, masukkan serpihan biskut Marrie yang sudah dipecahkan dan dikaratekan tadi. Kacau biskut sampai sekata disaluti sos coklat. Kacau dalam 2-3 minit sebab tak nak bagi biskut tu lembik sangat. Lepas da penat kacau-kacau dan balik-balikkan serpihan biskut dalam sos coklat, cepat-cepat tuang dalam loyang atau mangkuk kaca. Mampatkan guna sudip atau senduk atau apa-apa jelah yang sempat tangan kau capai. Bontot cawan pon boleh. Ngehehe. Aaa seperkara lagi. Lapikkan loyang dengan aluminum foil sebab taknak bagi kek tu melekat masa nak serve nanti. Ada yang lapik guna plastik cover makanan tapi aku tak syorkan sebab plastic akan react dengan menda-menda panas lalu release certain chemicals. So akan berlaku pencemaran bahan kimia berbahaya dalam kek. Aku taknak kena mutasi akibat makan kek. Lol. Okay tak lol pun.











Once aku dah cuba mampatkan kek dengan sendat dan padatnya, aku tuang lebihan sos coklat tu atas kek yang tak berapa nak mampat tu. Disebabkan aku punya kek tu dia render sos coklat dengan tersangatlah banyak, maka kek aku jadi super berkuah. Bayangkan even da cuba sekeras hati untuk mampatkan kek tu, dia naik balik ke atas. Terapung mak nok. Ha sudah. Pastu aku biarkan aje. Then, taburkan badam keping yang digoreng tadi ke atas kek tadi. Biarkan sejuk. Pastu masukkan dalam peti sejuk. Lepas sejuk dan keras, silalah makan dengan sopan. Jangan biar kuah coklat meleleh kat pipi. Sememeh sangat apasal?









Kek batik versi berkuah. Kek ni taklah gooey sangat. Maybe kena tambah telur baru jadi gooey. Tapi ingat side effect letak telur ialah kek mudah jadi hanyirun.






Okay sekian saja slot masakan kek di malam hari. Selamat mencuba!







p/s: kek dihasilkan dengan kerjasama adikku Koyah. 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers