Saturday, September 07, 2013

Namplohnam & Bad Drivers








Hari ni aku pegi buat medical checkup. Esok kan da nak daftar masuk belajar. Esok akan bermulanya bahagian serius dalam hidup aku. Kalau sebelum sebelum ni, memang otak mode nak berjimba je. Hahahaha. Skang kene press pedal lapanbelas. Hamikao.








Tadi timbang berat. Sedih sebab berat tak turun-turun. Kira masa bulan pose maybe ada decrements skit tapi masuk bulan Syawal, perut disumbat bermacam jenis makanan makanya berat badan naik ke titik asal semula. Sia-sia puasa hahahaha (err maksud aku sia-sia sebab gagal capai matlamat diet melalui ibadah puasa tu). Puasa is never sia-sia okay sebab poser memang wajib dan berdosa if tinggal. 







Masa nak settlekan urusan aku tadi, Allah telah permudahkan perjalanan aku. Dua kali dapat parking dengan mudah. Alhamdulillah. Huhu. Tapi yang bikin aku panasss dan berasap otak ialah bila aku come across those bad drivers while driving on road. Memang dahsyat ah dorang bawak keta. 








Golongan bad drivers ni memang spesis yang suka jeopardize keselamatan orang lain (aku tak hirau keselamatan diorang sendiri sebab diorang buat diorang sendiri tanggung ah). Masuk lane kanan tak bagi signal sedangkan kereta kat lane kanan tu sebelah dia je kot. Masuk macam tu je. Dahla masuk lane kanan tu dengan ketiba-tibaan yang tak masuk dek akal. Kesian kat keta yang kat lane kanan. Terus terbrek mengejut. Tak reti nak pandang side mirror ke? Lagi satu, tak reti nak jeling sebelah tingkap ke? Sebab if kita tengok side mirror je, bahaya jugak. Why? Kan ada blind spot kat situ bila kita tengok side mirror. Apa yang kita tgok kat side mirror tu, kita hanya boleh nampak orang yang belakang kereta kita. Dan bukan kenderaan yang betul-betul jalan beriringan sebelah kita. Kena beringat hokayyhh????







Satu lagi. Spesis bagi signal sampah. Sebab apa aku panggil sampah? Sebab signal yang dia kasi tu memang langsung tak boleh pakai. Kenmain liplapliplap bagi signal nak pegi kanan, last-last sampai sudah dia tak masuk pun kanan. Boleh paham tak perasaan geram tu berkepul-kepul macam hape? Rasa nak muntahkan segala cursing words yang bersarang dalam kamus kepala aku nih. Tu tak sebut lagi pasal drivers yang bawak slow macam siput. Kalau tak sebab tengah baca mesej, dorang accept panggilan masa tengah driving. Memang aku rasa nak bawak kereta kebal pahtu langgar bontot kereta manusia yang drive tapi pakai lesen terbang macam nih. Hishhh. Menyusahkan orang ramai lahh. 










Tadi ada dua insiden yang hampir kene kat aku. First, masa keluar dari Giant pas makan pizza. Kawasan tu dahla sempit. Dia boleh pulak overtake kereta kat depan dia pashtu termasuk lane kanan. Aku masa tu baru nak pulas stereng ke kiri, dan aku tak nampak kereta MyVi putih tu overtake sebab ada lori besar gabak parking kat simpang jalan (lori ni pun satu hal dah tau situ simpang masuk boleh pulak dia pegi park sesuka ati). Sikit lagi nak kene kereta ayah aku. Aku terkejut sampai tak sempat nak hon kuat-kuat (aku kalau jumpa species macam ni memang suka hon kuat-kuat kasi pecah itu telinga). Aku hon macam bunyi kentut dalam kain je, terkejut punya pasal. Masa tu aku tak tahan da. Memang terkeluar jugak cursing words orang Kelantan (sebab terikut spupu aku si Fares yang asyik sebut mende tu). Ya Allah ampunkan aku.








Spot the le 'awesomely' parked lorry. 








Kau bayangkan la macam mana tahap berdebar aku masa ni. Sikit lagi nak kena. Mana boleh potong kalau keadaan jalan macam tu punya sempitttt. At least beringat lah orang dari lane kanan. Ni tak, suka hati je masuk lane kanan macam tu je. Arghhh!!! Stresss!!!







Insiden kedua masa nak pegi bank in duet nak bayar yuran adik aku Nodin. Biar la aku lukis skali lagi baru kome paham. 













Masa ni aku nak pegi ke kanan. Bank Islam belah sana. Pastu tak semena-mena ada kereta Viva hitam (represented by the red car) datang dari tepi and nak masuk ke lorong aku tengah duduk tu. Aku taulah kau Viva kecik molek boleh celah macam tu je. Tapi yang menjadi masalahnya ialah bila aku tak boleh nak tengok kenderaan dari kiri aku sebab kau block view aku. Dahla duduk lane salah. Weyyyy nape weyyyyy??? Mu tak pegi kelas memandu ke???!!!! And aku takleh kuar selagi mu tak masuk lorong tu sebab tak nampak kenderaan belah sana. And mu pulakk tak leh masuk sebab mu duduk lane kanan, bukan kiri!!! At the end aku terpaksa masuk lane kiri sebab pakcik tu punya pasal! Pahtu kene uturn jauh pulakkkkk. EEEEEEeeeeeeeeeeee geram lagi ni. Nyesal gi remind balik... Argh stresss!!!











Tengok tu!! Dia dengan selamba tunggu aku kuar. Macam mana aku nak kuar pakcik oiiii. Pakcik block view saya. Dahla masuk lane kanan. Pakcik, ni Malaysia okay? Not German or England okeyyy???????? Urghhhh!!!!! (oppa da jadi pakcik)






Begitulah ragam pemandu-pemandu kereta di Malaysia yang rata-ratanya boleh bikin gua sakit jantung dan darah tinggi. Marilah kita sama-sama ubah attitude memandu yang tak bagus ni agar sistem trafik kita menjadi lebih teratur dan lancar. Sabar sikit boleh tak???








Lastly, gambar yang so unrelated to the above post










Dido!!!!! 






Aik. Jauh termenung?







Ngeeeee









Bagi makanan please.... tak nampak ke aku sakit ni????????












Okay Dido. Enough with the drama.... 





p/s: gigih aku lukis gambar semata nak menggambarkan apa yang berlaku. Sabar je lahh...

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers