Saturday, September 28, 2013

Night Walkerz

Rasanya dah masuk kali ke-3 aku masuk lab waktu malam. Seriously, it was spooky to be at UMT during night. It was so dark okay? Lagi-lagi area lab siswazah tu. Meremang bulu roma. First night was Thursday night. I texted Mai, asking whether she was still in the lab doing her things (Mai ni memang suka buat labwork sampai malam). After receiving a reply saying she was still in the lab, I rushed to the lab with my dad, mom, and lil bro. Lols semua nak ikut. Tapi yang masuk lab tu aku je lah. Berani la sikit sebab ada Mai dengan Taqiah. 







Masa tu nak dekat pukul 11 malam. Taqiah duk baca jurnal pasal normality, molalilty and molarity. Aku pegi timbang apa-apa yang patut pastu chow. Mai sengeh je nampak aku siap awal. Dia da agak da aku sekejap je singgah lab malam tu. Yelah memang sekejap pun. Macam tak berbaloi datang lab tapi kejenye sekejap sangat. Tapi nilai dry film yang sekecediput itu sangatlah bermakna okay? So nak tak nak, kena gagahkan diri pegi jugak.






Malam kedua, aku masuk lab dengan ayah aku, siap bawak lampu suluh lagi hehe. Malam ketiga baru je tadi la kiranya. Masa masuk lab, memang gelap gilos. Aku nak capai suis lampu pun berdebar-debar. Adik aku yang teman, nak tengok lab katanya. Bagus jugak budak nih. Curiosity tinggi. Ade la jugak yang boleh tolong suakan lampu kat aku. Tapi bila masuk je lab, dia cakap "Bau mende ni?" Biasalah lab kimia memang la bau bahan kimia. Takkan bau pizza. Ngehehe. 






Lepas ni kalau boleh nak elak lah daripada pegi lab malam-malam. Tak kuasa aku nak ngadap kegelapan yang sama lagi.









Even laki pon tak digalakkan pegi lab malam-malam. Apatah lagi perempuan? Fikir-fikirkan.

1 comment:

hydrogenbond said...

huhu...dulu time fyp slalu stay lab gak..sampai kul 11..kdg2 seram gak rs...tp sbb nak siapkan..terpaksa gigihkan

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers