Thursday, October 10, 2013

Apakah?

Hari ni tarikh cantik. 10 hb 10. Cuma tahun je tak 10 kat belakang tu. Teringat kawan aku besday dia 6 Jun. Masa kitorang form 5 tahun 2006, lawa siot tarikh lahir dia. 060606. Triple six dowh. Six pack kah? Siz pack apanya da nama pon pompuan mana ada nak pasang six pack eight pack.  Huh.





Takde apa pun dengan number nieh. Dalam dunia ni, mana ada istilah tarikh keramat ke magis ke ajaib ke. It’s just an array of numbers okay. Nothing special. No need to be taksub whatsoever. Some cultures out there are obsessed with dates and numbers that they often become extra careful in choosing dates to carry out ceremonies. Even number plate kereta pun diorang tak pilih sebarangan. Macam Chinese, diorang suka number 8. Lapan kan kalau kita peteh dia, dia jadi lambing infinity. So Chinese percaya yang number 8 boleh bawak longevity dan tuah. Hohohoho. Fengshui fengshui.  Tapi olang Cina talak suka itu lombor empat ahh. Lu tau kenapa? Olang cakap nombor 4 tu nombor mati, nombor boleh kasi sial. Gua talak paham la. Ni semua kepercayaan diorang la. Kita kepercayaan kita. Mana sama.






Wait, apa point aku sebenarnya ni?




*krik krik*






Hari ni aku buat FTIR. Fuhh kemain berpeluh aku masa nak loading sampel. Sample aku tu hydrogel yang luarannya agak licin. Masa nak press sampel guna sharp probe tu, masalah timbul sebab licinnya sample aku yang comel itu. Sampel itu sesuka hati je avoid probe tu. Probe tu pun asyik tergelincir sebab sampel tu licin. Errr… redundant kah?





Memang menguji kesabaran la jugak. Huhu.






Em. Tadi masa aku tegur En Jamal mintak dia ajarkan cara operate instrument, dia tanya aku. Mungkin sebab dia terpandang logo USIM kat lab coat putih aku tu (er labcoat ada ke hijau).






“Awak dari USIM ke?” aku pun angguk la. Then dia tanya balik,




 “USIM ada subjek sains ke?”




LoL






 





Ada la Encik Jamal. Tsk. Bukan salah beliau, da memang USIM ni tak glemer dengan subjek sainsnya. Berapa ketul je kot course sains yang ada. Takpe Encik Jamal takpe. At least En Jamal tahu USIM tu wujud. Setengah orang ada yang tak tahu menatang hape la USIM. Oh rupanya sebuah university.






“Awak felo ke?”





Errr… ye.  (terpaksa jawab ye. Nak tipu dosa plak kang)






Aiseh. Apasal la dia tanya soalan macam tu. Tsk. Felo tak felo. Sama je semua kalau da memang namanya penuntut university.






“Dah tu napa belajar UMT? Nape tak pegi oversea?”



Grrr. Another provoking question. Hahaha. Actually memang la boleh je if felo nak apply universities kat overseas. Bolehhhh sangat. Macam Kak Tasnim belajar US. Tapi aku tak nak. Tak berani. Boleh dikatakan aku ni pengecut. Takut untuk hadapi challenge dunia luar. Bodoh kan? Boleh je if kau nak pilih uni mana pun. USIM ke, UKM ke, UNISZA ke, UPM? USM? UNIMAS? Anywhere bebeh. Bukan dalam negara je. Kau nak fly sampai ke hujung kutub pun boleh (er wait, ada ke uni kat artic/antartic?). Exaggerating kot.





Ini jawapan aku.





“Saya sengaja nak duk dekat umah, babtu pilih belajar sini,”




Dia pun mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan aku. For sure lepas ni kena cop dengan dia suka duduk celah ketiak mak ayah kahkahkah. Ada aku kesah?????




Buat research mana-mana pun, yang penting kau kena ada attitude yang bagus untuk complete study. Ha tu diaa. Aku dan mereka semua sama sahaja. Sama-sama menuntut ilmu. Malah ada areas yang aku rasa aku masih lemah gemalai dan perlu guidance kawan-kawan dan supervisor. Aku memang lemah especially tang labworks. Ya itu dia. Macam research yang aku buat ni la. Ada result yang precise tapi tak accurate. Ada yang accurate plak, result tak precise. Kehkeh.




Bak kata Prof Jailani, kalau buat research takde problem, get ready, kamu akan nangis masa viva. Ya! Baik ada masalah sekarang daripada masa viva nanti. Yabedabedu. Even ada problem masih boleh menjerit keriangan. Yupe.



Hm.



Dahla. Ciao. Penat menulis.






No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers