Wednesday, October 09, 2013

Getaran

Gegendang telinga bergetar saat gelombang-gelombang stereo yang tak terlihat itu laju menerpa lohong telinga sambil mata rabunku ligat menerkam huruf-huruf pegun pada skrin komputer. Bingit. Agak sukar menghadam maklumat saintifik itu sedang otakku terasa bergema-gempita dengan ratusan desibel irama-irama rancak lagu pilihanku, seperti berada di tengah-tengah konsert mega. Riuhnya jelas terasa. Walau sedikit mengganggu konsentrasi, namun bagiku, lebih baik begitu. Belajar tanpa muzik ibarat meminum kopi yang lupa ditambah susu. Pahit dan tak sedap. Mundane, bak kata orang-orang penjajah sana. Aku mudah rasa bosan tanpa muzik.










Mendengar muzik seakan dapat menggetarkan segenap sel otakku yang terus langsung merangsang minatku untuk terus membaca. Di saat kepalaku pantas diterpa segala macam notes dan pitch lagu-lagu yang membuai, aku merasa seakan berada dialamku sendiri; alam yang terasing dari dimensi ruang dan waktu. Indahnya perasaan itu seakan terbaring di taman damai nan menghijau sambil menikmati pemandangan awan berkepul-kepul di langit tinggi. Maka disebabkan itu, muzik kujadikan unsur pembakar semangatku ketika belajar. Alah, bukankah ianya bosan jika membaca tanpa muzik? Mata cepat layu dan letih dek kerana rasa bosan tak berpenghujung. Muzik boleh membuatku sentiasa terjaga dan bersedia, sama seperti dadah caffeine. Namun, belajar dengan muzik ada buruknya; mudah letih. Kerana tenagamu disalurkan bukan sahaja pada konsentrasi bacaan malah untuk mendengar bunyi-bunyian asing yang rancak dan lansing. 







Muzik juga berkeupayaan memberi kesan seakan dadah. Kau mudah ketagih untuk mendengarnya. Aku tak kata orang lain. Aku rujuk pada diri sendiri, pada pengalaman dan pengamatan sendiri. Di saat lagu terhenti ngaumannya, seakan dunia turut sama berhenti. Kosong. Irama dan lagu seakan mampu membuat dunia terus berputar, seakan mempunyai kuasa magis beribu darjah alam. Aku tidak kata itu fakta, melainkan pandangan picisanku sahaja. Naluri, orang kata. Kau mahu ambil, kau mahu buang, terserah pengadilan akalmu. Aku menyatakan pandangan hatiku. Tidak perlu menangkis apa-apa pun di sini. Ini tempat bebas ekspresi diri.






Muzik dalam hidup ibarat gula dalam kopi,


Garam dalam lauk,


Air dalam nasi,


Cuka dalam jeruk,



Asam dengan ikan,



err... apa lagi analogi selain makanan?





Muzik itu ekspresi diri manusia. Muzik membawa mesej. Pilihlah muzik yang baik dan memberi manfaat kepada fikiran dan sifatmu. Tidak salah menyukai muzik. Namun jangan biar ia menawanmu. Sebaliknya, tawanlah ia.







K ciao.








p/s: berkeinginan untuk menulis entri ala-ala puitis, namun akhirnya terputus di tengah jalan. Kahkahkah :P

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers