Monday, May 27, 2013

Rindu Bertamu di Universiti Malaya

Sebenarnya aku takde mood nak tulis blog. Tak tahu kenapa. Maybe sebab letih kot. Wuhuhuhu. Semalam bukan main esaited edit gambar. Em. Kalau ikutkan gambar dah ada. Let the photos speak for themselves all right?





Pilot Exora







Salad anyone?








Oppa is waiting (eww geli pulok panggil oppa haha)






Moklong kata Damia leklek macam Kak Long masa kecik. Well, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? Hehehe... (ni gambar candid yang paling aku suka!)








Masa ni Rah pegi daftar sorang-sorang.









Itu dia budak UM! Paling kanan pegang file!! That's my sistah. Bila da takde baru rindu-rinduan nak bergelak tawa, bergalok sakan and bergaduh besar even pasal isu sekecik-kecik kuman e coli.









Asrama lelaki yang bersebelahan asrama perempuan








Ibu ibu bapak bapak yang keletihan menunggu anak-anak lepas angkut barang naik tingkat atas sebab lif ada satu so kene berasak-asak beratur naik lif. Penat okay?








Ayah dan anak. Adik aku yang bongsu nilah yang paling kuat ikut traits bapaknye. Baik dari segi inner mahupun outer. Hehe (padahal aku pun banyak ikut paternal side ngehngeh)







Syok sembang nampak?







Kaklong, my cousin yang tunjukkan jalan. Thanks Kak Long. Kak Long makin kurus doh lening. Meh sini Felinna sket hehe







Budak nak kena tinggal UM. Selamat menuntut ilmu... 










Awang ngan Mi Dew





Nice shot of Bangunan er... baca la sendiri kat atas tu....







Kereta idaman!!! Honda CR-V. Cantik siot. Keta sape entah jadi mangsa kamera aku nie haha







On the way balik, kitorang singgah kat RnR. Nampak tak pintu gerbang Pahang tu? 







So apa lagi? Singgah la kejap amik gambar 






Oh my brother. Even dalam gambar pun nak buat muka Sakaki Makio haha!







Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Pekan sebab nak hantar abang aku ke asrama iCAM. Jauh jugak rupanya perjalanan ke Pekan. Wuhuhuhuhu. Sempat jugak le berenti amik gambar.































Alhamdulillah... dah selamat sampai... Cantik kan crepuscular rays ni kan? (crepuscular rays: rays coming through clouds).







p/s: Pics are credit to Nodin Fahmi and Aboh and sape2 yang ada pegang kamera tu peace yooo

Wednesday, May 22, 2013

Convocation UiTM Seri Iskandar, Bota Perak



Tahniah kepada adikku Noruddin yang baru sahaja konvo pada 20 hb Mei 2013. Sayang jugak sebab tak dapat pegi. If not mesti berkoyan-koyan da gambar aku haha.


Tuesday, May 21, 2013

Kisah Kulat





Behold the beauty of science





Assalamualaikum....




Bagi yang tahu, aku tengah jadi RA skang ni and in sha Allah by the end of this September aku akan daftar untuk Master. Doa-doakan lah ye?






Dua tiga minggu lepas, aku dah stat dengan research ni yakni development of wound dressing guna polyelectrolyte materials (PEC). Sintesisnya agak mudah, method dan ingredients semua dah diberi berdasarkan proposal supervisor aku. Cumanya, once dinamakan research, mesti memerlukan  researcher itu untuk terus mengkaji dan mengkaji demi mencari formula untuk improve resepi  wound dressing tersebut. 





So research ini bukan sesenang yang aku sangkakan. Haha. 




Resepi tu basic je tau? So aku sebagai anak didik Dr K mesti terus cari jurnal dalam internet untuk cari sejenis lagi ingredient sebagai crosslinker bagi membolehkan chitosan layer jadi lebih stabil dan boleh 'hidup' berjiran dengan gellan gum. Sebabnya, kedua-dua ingredients ini perlu hadir secara harmoni dalam proses penghasilan wound dressing ini. Harmoni bermaksud, kedua-duanya boleh hidup sebelah menyebelah dengan mengamalkan prinsip dan cara hidup masing-masing tanpa kompromi. Namun mereka tidak boleh berkahwin dan memiliki anak. Cukuplah sekadar berkawan baik. Sebab objektif utamanya ialah dual layer ini masing-masing akan memainkan peranan masing-masing once da develop into wound dressing. Waaah how is that for an analogy?





                                   




Wait. Lupa nak explain pasal gambar tadi. Haha.





Kan tadi aku cakap yang chitosan tu antibacterial kan? So behold the miraculous proof of science!! Dalam petri dish sebelah kiri tu, ada gellan gum topped with chitosan. Belah kanan tu, control sample of gellan gum meaning hanya ada gellan gum sahaja. Tengok apa jadi lepas aku biar dalam cupboard selama 3 hari. Sample yang ada chitosan sangatlah suci bersih, sama je macam mula-mula siap prepare. Sample gellan gum tu pulak berkulat teruk. Ugh! Even control sample of chitosan pun tak tercemar jugak. Cantik je rupanya. Hebak mung chitosan, hebak! Suci dan menyucikan. Hehe.





All in all, memang rasa seronok bila dapat observe such miracle. Huhu. Yelah, even if it is a small little thing, it still makes me happy. Selama ni asyik gebang-gebang time presentation yang chitosan tu antibacterial lah, antfungal la. Skang ni baru boleh buktikan sendiri. ALHAMDULILLAH.







Sekian.



Sunday, May 19, 2013

Bukan Senang

"Dulu masa saya buat research dan bila dah hampir setahun, saya tak dapat-dapat sintesis sample macam yang kita nak dalam proposal. Masa tu memang hampir give up. Tapi sv saya dan saya, kitorang bincang dan ubah sikit haluan research tu. Sampai method pun kena tukar jugak. Hm begitulah research.."




Yeah Dr. That's happening to me. I am quite stressed, to be honest.




Saturday, May 18, 2013

Celebrity Cat


My photo was featured in section .COM akhbar Utusan Sabtu 18 Mei 2013. Kelakar pulak rasanya haha!

Friday, May 17, 2013

Murah rezeki

Alhamdulillah.


Hari ni rezeki dimurahkan oleh-Nya. 



Tadi pegi the Store jalan-jalan cuci mata sambil teman adik beli barang. Aku pun round la area pakaian dan barangan ladies. Banyak sangat harga runtuh. Sampailah dekat satu rak pakaian ni. Aku nampak sign kat situ 50 percent discount and I was like Wow!!



Aku selak-selak la baju kat situ. Ada lah satu baju ni kaler dark purple size M dan labuh sampai lutut!!! (aku mmg esaited sebab jumpe baju labuh dan murah!!!). Tengok price tag RM79.90. Hm... ni before or after discount??



Out of curiosity I walked towards a salesgirl. Dan ternyata harga tu sebelum discount!!! Wahhhhh!!! Suke sangat-sangaaaaat. Just so you know org macam aku yg overly tall ni mmg susah nak cari saiz tau? And once da jumpe saiz yg seswai mmg kena terus amik. If not balik umah kempunan kau jah. Dahlah saiz sesuai, kaler cantik, material pun sejuk ala-ala lycra, pastu harga pun murah pulak tuh. 




Alhamdulillah. Allahu rozzzaaqq..






Thursday, May 16, 2013

Mood Swing

Kalaulah Mood tu benda yang tangible, aku rasa nak khenyek-khenyek sampai lunyai pahtu letak atas Swing and hayun laju-laju sampai Mood tercampak ke laut. Ha, kan senang!










Ada paham khenyek-kenyek tu maksud ape? Khenyek ni adalah suatu perbuatan menenyeh yang melampau hasil dari perasaan yang geram dan marah sangat-sangat. Macam bila kita kena gigit nyamuk, kita akan berasa marah kat nyamuk sebab gatal sangat dia gigit pahtu kite bukan setakat tampar sampai pengsan malah kita amik nyamuk tu pastu kita tenyeh dengan ibu jari sampai leper nyamuk durjana itu. Khenyek = tenyeh. Bahasa Teganu. 













Mood swing adalah sesuatu yang amat memeningkan kepala sebab segala perbuatan harian mesti terjejas dek kerana mood swing ini. 

Tuesday, May 14, 2013

Terbelenggu










Ke kiri salah. 
Ke kanan pun salah. 
Lalu harus ke mana lagikah kaki hamba ini melangkah? 






Keringat perjuangan makin mengering, 
jejak perjuangan itu kian merekah di padang rumput kegigihan, 
yang dahulunya kehijauan; SEGAR. 
Segarnya itu kini layu menyembah tanah,
layu tak kembang dek tumbuhnya tidak berteman. 






Embun pagi menyejukkan jati diri yang goyah diamuk ujian. 
Namun ribut taufan di petang hari melunturkan kembali 
semangat pejuang yang terpendam. 
Oh Tuhan, tabahkanlah hatiku dalam perjuangan ini.







Sometimes






Sometimes I feel like running away.





And sometimes I feel like being here and find ways to embracing the fact I'm already a part of this. 








Never give in to those temptations. 









Struggle and do your best in it. May Allah bless you and me.

Saturday, May 11, 2013

Final Destination

Imagine a world of sweet confectionery and eat-all-you-can place.



I love this whitey mountain! A perfect view for racers in Sugar Rush. On top of that, you can see the 3 standing vanilla ice-cream topped with chocolate sauce. Oh I'm drooling.









See the chocolate chunks on the ground? Simply delicious.









Spot the hot spring diet Cola. Watch out for falling Mentos!









Meet Ralph, the guy who wrecks the building







Ralph the bad guy who wishes to be good but turned everything upside down due to his crazy dream









Meet the Nicelanders, who are actually not that nice.








The real mean guys who bullied Vanelope












If and only if there is a real place like this. Maybe in heaven. Huhu.

Thursday, May 09, 2013

Kucing Nak Solat..

Photo: Insiden semasa solat... pernahkah terjadi pada anda?




Oren suke sembunyi bawah katil bilik aku. Then masa solat, dia akan datang kat aku and duduk atas kain telekung aku. Macam mane den nak solat kalau lagu tu tebiatnya? Tsk.




Boring photo boring.jpg


ooo... kalau da boring tu tak leh ke duduk diam-diam?

Subliminal Message: Hydromancy

One little thing that could ever tarnish those good dramas or movies is the mere fact that it is almost impossible for the directors not to include their subliminal messages. We as audience need to bear in mind that not everything portrayed in movies/dramas are good for us. Never let our guards down and do not buy their shits.  







Okay. I want to rant about the subliminal message detected from a Korean drama, Bogoshipda (literally means I Miss You)






Satu perkara yang menarik minat aku masa tengok drama I MISS YOU ialah kisah Jung Woo dan Soo Yeon masa kecik-kecik. Ada lah satu tabiat Soo Yeon masa dia tunggu Jung Woo kat taman permainan. Soo Yeon akan duduk atas buaian dan akan cecah hujung kasutnya dalam lopak air sambil sebut, "Saya suka dia, saya tak suka dia, saya suka dia..." dan berterusan selama beberapa kali. Then Soo Yeon ada tulis dalam diari dia macam ni "kalau setitik air hujan menitis dan membentuk 5 riak air, maksudnya saya suka awak." 






Memangla mende tu macam main-main. Mainan budak-budak. Just like if someone nak buat decision whether to go or not, dia akan amik sekuntum mawar lalu cabut kelopak mawar tu satu persatu sambil sebut, "Nak pegi, taknak pegi, nak pegi,..." sampailah ke kelopak yang terakhir. Dan pilihan yang jatuh pada kelopak terakhir tu lah yang akan digunapakai untuk judgment and decision making dia. Seriously, cara ni bukan cara Islam. 







Apa yang aku nak bebelkan kat sini ialah pasal hydromancy, sejenis tilikan air. Orang putih panggil water divination. Just so you know, tilikan air ni salah satu cabang ilmu tilikan yang biasa dibuat oleh ahli-ahli sihir, bomoh dan penilik nasib. Mereka melihat perubahan yang berlaku di sekeliling mereka melalui 4 jenis unsur utama iaitu air, udara, tanah dan api. Macam dalam filem-filem Melayu yang biasa kita tengok. Kalau sesiapa perasan la, ada certain citer Melayu yang menyelitkan scene tok bomoh jampi serapah dalam mangkuk berisi air, lalu muncullah sesuatu yang hanya mampu ditafsirkan oleh tok bomoh tu sendiri lalu keluarlah segala macam tilikan dan ramalan melalui warna air atau pergerakan lopak air. Itulah dia hydromancy.










Jari si Jung Woo apabila ia menyentuh permukaan air untuk mempamerkan cara melakukan tilikan air (hydromancy)






Betapa liciknya golongan tertentu dalam kerjabuat mereka sehari-hari. Dalam pada keseronokan penonton melayan plot drama yang semakin berkembang dan penuh saspens, boleh pula diselit unsur-unsur tidak elok untuk tatapan penonton. Minda kita yang separa sedar biasanya tidak akan membuatkan kita alert dengan menda-menda macam ni. Sebab tu kena selalu berhati-hati dalam menonton segala apa yang ditayangkan di internet mahupun televisyen. 






Dalam drama ni, pada mulanya aku anggap mende tu sekadar permainan budak-budak. Tapi bila muncul perkataan hydromancy kat subtitle, aku pun ape lagi, mulalah mencari apa maksud mende tu. Aku kan curious orangnya. Curiousnye! 









Drama yang penuh saspens dan kepiluan. Tips berguna: sediakan tisu sebanyak mungkin sebelum tengok drama ni.




p/s: yang baik ditelan, yang buruk diluahkan...






sekian bebehs!

Tuesday, May 07, 2013

Sunday, May 05, 2013

Debaran



Salam semua!!






Mengundi sudah. Dicalit dakwat biru 'kekal' pun sudah. Malam ni kite semua akan tahu keputusan pilihan raya ke-13. Berdebar kan? Huhu.







p/s: Yang kekal sampai bila-bila hanyalah Allah swt. 





Imej takde correlation whatsoever with entry. I really love this btw. Teka apekebendanya nie?

Saturday, May 04, 2013

Jangan lupa 4 Mei 2013




Adoi tajuk entri nak gempak je.






Sebelum aku merapu, aku nak ingatkan diri sendiri beberapa keypoints tentang peristiwa yang berlaku hari ni. Perbezaan masa selama 6 jam, pisang berbuah dua kali, dan aftermath effects.







Apa tu?








Hari ni aku mengalami kejadian yg sama seperti dulu. CB. Abbreviation for cirit birit. Englishmen say diarrhea. I say sakit perut yang sangat dasyat, perut seperti ditoreh dengan pisau. SAKIT!







The only other person who experienced the same thing, is my mom. But my mom has cleaned her stomach this morning, around 7 am she says. Me? I only experienced the pounding ache in my left abdomen at 11 am.  The pain started to attack my stomach, then it spread to the upper part of my thorax. It was excruciating. Around 12 noon, I was urged to go back and forth into the jambs because the irregular bowel movement had triggered extreme pain due to its violent turbulence. Wow, I felt like dying. 









Things that made me wondered is the fact that I experienced the pain 6 hours after my mom did and the same thing had already happened before when I was at my rented house in Nilai. Masa tu, seme orang cirit-birit, termasuk aku. Sebab makan makanan basi. Ade jelah beberapa ketul perut buaya yang langsung tak terkesan dengan makanan basi tu. Yang hairan, rata-rata stat sakit perut dalam pukul 6-8 malam. Aku pulak tetibe buat magik. Dalam pada orang keluar masuk jambs, aku rilek je duk lam bilik main laptop. Bajet selamat la sebab aku memang tak rasa sakit pun. Happy tummy? Absolutely NOT. 






Malam tu just before aku nak lelapkan mata dalam jam 12 tgh malam, perut aku mula sakit. Memulas macam ada ribut taufan dalam perut (see the 6 hours difference??). Masukla seorang aku ke dalam jambs. Namun apakan daya, nothing happened. Only selepas beberapa kali ulang alik barulah ada hasil. Ya Allah, sakitnya toksah cite. Aku x tido rasanya malam tu. Sampai pukul 6 pagi baru hilang sakit tu. Just imagine betapa siksanya aku terpaksa bertarung seorang diri dalam kegelapan malam. Malam tu menyaksikan aku menyabung nyawa untuk melepasi satu dugaan yang amat dasyat. Mujur at the end aku survive sehingga ke hari ni. Namun, survival seorang aku ke hari ni tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengalami trauma kali ke berapa entah dengan ditimpakan dugaan yang sama. Ya Allah, selamatkanlah aku. 








Pisang bukan sahaja berbuah dua kali, malah lebih daripada 3 kali. Subhanallah! Sampai sekarang episod hitam  tu masih terasa. Perutku seakan bloated dengan angin. Sebab aku tak makan pape sejak sarapan pagi tadi. Sakit dow. And as of now, rasa macam menggelegak dalam perut. Skali skala ia growling dan aku tak leh nak pastikan samada growling tu disebabkan sakit ataupun lapar. 







Ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu ini Ya Allah!








The end

Hajimemashite, saya pengundi baru!

Assalamualaikum!







Walaweh, 5 Mei da dekat. Bahang PRU13 pun dah makin hangat terasa. Tahun ni kira first time bagi aku untuk membuang undi. Wow, nervousnya rase!












Pesanan ringkas: Undilah calon yang berwibawa dan berakhlak mulia. 




mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers