Tuesday, July 30, 2013

Flibbertigibbet (Part II)

Writing is struggle against silence (Carlos Fuentes)




Assalamualaikum





TODAY RASA MACAM NAK MERAPU SKET









gambar hiasan







Kenapa istilah GEEK selalu dikaitkan dengan SPEK?? Asal tulis GEEK je kat Google Image mesti kuar gambar orang pakai spek. Apa salah kami golongan yang terpaksa hidup dengan memakai spek nie??? Apakan daya kalau memang dah rabun tu kena jugak pakai spek demi kelangsungan hidup. Please la kami bukan GEEK. No more labels. Have some respect  after this, okay??






Apa kau ingat seronok ke pakai spek?? Serabut tau dok? Once spek ko ilang, memang akan jadi tak tentu arah sebab tak boleh melihat. Buta seketika. Aku slalu je misplace spek pastu mula lah tercari-cari. Hari tu rasa cam nak nangis sebab tak jumpa spek lepas bangun tido. Dekat setengah jam aku meraba-raba lantai bilik tu. Gaya dah macam orang hilang anak da masa tu. Kahkah. Rupanya terselit celah katil je. LOLS. 






Yang paling lollsss apabila spek da pakai, tapi still bleh tanya orang lain "Napok dok spek aku?" Kalau kena molek dalam sehari tu jadi bengong gini, memang kena bahan ah dengan kawan-kawan ataupun adik-beradik. Mak bapak pun tak terkecuali. Sekali lagi lols... Rasa macam nak tukar power spek sebab mata aku macam tak boleh tengok menda jauh even pakai spek. Power makin menaik nampaknya. Ok senang cite beli spek baru terus. Nak buat LASIK, paling komang kena ada RM5K. Kalau tak, sila lupakan angan-angan itu sekarang!!








Bercakap pasal kenapa aku nak merapu sakan nie (maybe sebab bosan duduk dalam lab), actually ada sangkut paut dengan entri yang lepas pasal When Desires Meet the Eyes. Bercakap pasal nafsu nafsi, aku rasa macam nak tambah senarai wishlist untuk raya hehehehhe. Hari tu masa aku jalan-jalan kat Giant aku nampak jam Guess yang super kawaaiii!! Sebab tali jam tu ala-ala bracelet dan nampak so feminine. So macam pakai bracelet lah if pakai jam tu. Ha, kau dapat jam dan bracelet pada masa yang sama!! Harga dalam RM100 (so clearly ni jam tiruan huhu). Selama ni bajet jam aku dalam area tu ah. Takdenye nak beli jam RM200 ke atas. Sayang duet. Well sape tak sayang duet kan? Kalau ada yang tak sayang duet, meh sini aku kasi pelajaran skit. Harhar.






Okay. Dalam pada nak menjimatkan duit kocek, aku bercadang nak pakai baju raya tahun lepas. Sebab ada 2 helai jubah yang jarang sangat aku pakai. Jarang pakai sebab material dia agak tebal so aku akan berpeluh dengan banyaknya once pakai. Lagi satu reason is sebab kena basuh ngan tangan penat owhh. So disebabkan jarang pakai, jubah tu masih elok dan tidak lusuh (sebab basuh ngan tangan kan). Maka bolehlah aku pakai buat raya. Baju raya ada sepasang je yang baru siap jahit. Baju kurung moden (moden la sangat). Tu untuk first day. Second and third day maybe pakai jubah raya tahun lepas. Aku pun ada sehelai baju princess kaler dark blue yang super labuh. Jarang pakai jugakkkk! So boleh jugak dijadikan baju raya. Cuma tinggal beli tudung biru bercorak untuk match ngan blouse princess itu. Baru-baru ni pun aku ada beli jubah jeans. Murah gillerrr... So if aku beli tudung biru bercorak (yg untuk match blouse tadi) boleh jugak match ngan jubah jeans itu. See how fortunate I am? Banyak sangat baju so sila kurangkan beli baju. Awak da banyak habiskan duet untuk baju. Sila berjimat sekarang!!!






Talking about prioritizing needs over desires, I kind of need a pair of new shoes. Sebab nak bergilir dengan kasut yang ayah aku bagi hadiah masa konvo hari tu. Kasut tu agak mahal la. Huhu. So kena cari kasut lain untuk bergilir. 






Kan da kata aku merapu je. Sapa suruh baca?? Bhahaha!







Okay dah la tu merapu. Baik balik umah tolong ma masak. Peace yow selamat berbuka!!!


Monday, July 29, 2013

Count your blessings

Alhamdulillah. I woke up to a bright and shiny morning feeling healthy and peachy. Thanks to Allah coz this country is still blessed with a calming peace. Others may wake up to a day of gruesome blood spilling and merciless massacre;  the panorama nobody would ever ask for. Look at the newspapers nowadays. The murder of Muslims in Egypt is still continued by those cold-blooded douchey scumbags. These people do nothing wrong. They are just asking for justice. But to those eyes of Devils, people standing in the stance of justice are deemed to be the biggest enemies of whom need to be executed.



*break kejap sakit perut*

.
.
.
.
.
.
.
.





Okay sambung balik lecture English kita hahhah...






Actually in order for us to stand still and strong in facing all coming challenges in this life, we need to think of many good things in our life. Remind ourselves what we have instead of what we don't have. Count every single things which happen in our life. Then only we will achieve absolute repose in confronting all obstacles and ordeals in life.



What I am gonna do today is counting my blessings. You should do yours too.


Ehem *clearing throat*



1) I was born with complete set.



Yeah. That  is the most precious. It is such a blessing to be born like this. I have no deformities. If we look at others, there are people who were born without limbs. Some may have distorted body. Some may had been born without eyes, or without brain! Ever heard of a girl who had only half a brain?? But still she gets to survive till this very day. What I'm trying to say is appreciate your body and make sure you make use of it to the fullest!


2) I got family



Family is everything. I'm glad I have siblings and parents who are always there for me. Some were born to be orphans. They lost their parents at such an early age. It's so pitiful. Without family one can barely survive in this life. Coz family could provide you with love and support and guidance. Nevertheless, those who lost without parents tend to grow up being strong adults because they learn to survive on their own



3) I am a Muslim



Muslimah to be exact. Having the faith in Allah is the best thing in a humans' life. Alhamdulillah. I was born being a believer in Islam. Allohumma solli ala Muhammad wa ala alihi wasohbihi ajmain....





4) I got most things quite easily



Now, I'm writing from the desk of my working space in the lab. I'm so glad that I got to secure a spot for myself in this cramped tiny little lab. Yeah at first I got to admit that this lab is wayyy too small to work in. But if I compare to others, there are students who barely got a spot for themselves! Having to sneak in anywhere they find to save a spot is too much for me. As of now, I got my personal space (a shared desk), two cupboards and my own apparatuses!




I live nearby. So I could save rental and food money. Well I'm living with parents. Harharhar. I got to use my father's car. So it's easy to go anywhere I want. Alhamdulillah. This is all blessings.




There are many other blessings which are too much to be ranting about.
So what's your list of blessing?





wow, I am so BLESSED!!!

Sunday, July 28, 2013

When Desires Meet the Eyes

Manusia.





Kita diciptakan dengan kesempurnaan. Namun, kita tidak boleh lari daripada diuji. Allah menguji kita dengan mewujudkan satu lohong yang besar dalam hati kita. Lohong ini sentiasa meminta-minta diisi dengan nikmat keduniaan yang tiada penghujungnya. Nikmat keduniaan ini (worldly pleasure) akan sentiasa melalaikan kita daripada tanggungjawab kita yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi. 





Worldly pleasures always try to divert our attentions from remembering who we are and most importantly, from remembering death. The more worldly pleasures we dive into, the bigger the hole becomes. Ia takkan pernah puas. Bercakap tentang serakahnya nafsu manusia yang tak berkesudahan, moleklah kita kupas dari asal-usul wujudnya keinginan manusia yang menjadi-jadi itu (unbridled desires). 





Nafsu akarnya mata. Percaya ke tidak? 







Dari mata turun ke hati.




Dari kerana mata, 
Yang mempunyai kuasa,
Oh aku tergoda,
Aku tergoda terkecewa






Dari mata lah juga segala nafsu bermula. Bayangkan kau pegi jalan-jalan window shopping dekat mall pastu mata ternampak ada sale 50-80%. Tak ke bergegar jantung, hati dan paru-paru? Kalau kau tanya aku, bukan setakat bergegar jantung. Seluruh tubuh akan menggigil kegembiraan (euphoria). Hina dan hampeh betul kan nafsu serakah manusia macam nie. Ini nafsu kaum wanita. Nafsu kaum lelaki? Usah tanya aku. Kau tau apa jawapannya.





Oleh sebab itulah Islam itu syumul. Islam mengajar kita untuk mencegah lebih daripada merawat. Macam dalam kes zina (forbidden fruit). Allah swt tak larang kita berzina. Tapi ayat-Nya melarang kita mendekati zina. Tengok halusnya kerjabuat Allah. Even daripada step foreplay lagi Allah da forbid kita daripada melakukannya, apatah lagi zina itu sendiri! Apabila seseorang itu menjauhi unsur-unsur yang boleh membawa kepada zina, maka secara otomatisnya beliau akan menjauhi zina. Salah satu unsur yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah zina ialah pandangan mata. That's why kita kena jaga pandangan mata. Jangan pandang aurat orang lain. Kat situ pun da ada saham dosa. 






So untuk kita menahan diri daripada mengikut hawa nafsu, kita kena jaga apa kawan-kawan??? Ya! Kita kene jaga pandangan mata kita.













p/s: sebenarnya aku tulis entry ni sebab nak divert attention aku yang tengah gian nak surf pasal beg raya. dang, this nafsu stuff really gets me!

Friday, July 26, 2013

Bloody

Oh no!




I'm scared. I'm worried. I'm flabbergasted.





For the umpteenth time, they come out bloody! Why did you come out bloody, draped in blood? Why can't you just come out nicely draped in that crispy golden finishing and rolled smoothly into your grave without causing any fuss? That's what your real job is; getting out of the tangled home of yours without harming the other members of this whole system. You should do that!






stomachache is so aching me

Thursday, July 25, 2013

Highlighter Salah

Teringat kata-kata Prof Norita masa aku repeat paper JAVA dulu. Masa tu aku dalam semester pertama tahun kedua. Punyalah merudum pointer semester sebelumnya (first year) sebab fail paper JAVA (java means coffee by the way). Err wait. Aku bukannya nak kupas isu aku repeat paper ataupun pointer turun hatta isu kopi. Tapi lebih kepada isu yang diutarakan oleh Prof Norita pada masa tu.



Prof Norita is a very outstanding woman. She is very responsible, sensible and dependable. Prof Norita is like no ordinary lecturer. Not only did she possess good way of teaching, she also had a great perspective in life. Beliau suka bagi tazkirah every time before start lecture. Memang Prof suka menyampaikan nasihat dan amanat sebelum memulakan satu-satu pelajaran. Ambik berkat katanya.




Satu hari tu, Prof merungut pasal isu orang ramai duk sebut pasal Rahsia Kejayaan Yahudi. Prof kata beliau ternampak satu risalah yang ditampal kat notice board pasal satu buku yang mengupas kehebatan bangsa Yahudi. Beliau merasakan itu adalah sesuatu yang tidak patut. Mengapa nak kupas isu kehebatan Yahudi?Apa orang Islam tak hebat ke? Sapa nak kupas kehebatan orang Islam kalau orang Islam sendiri tidak mahu melakukannya??





Aku setuju dengan beliau. Katanya, kenapa kita kena highlight kehebatan musuh kita sedangkan kita orang Islam sebenarnya adalah ummah yang super hebat. Why should we talk about the greatness of others while neglecting our own? Muslimin pun sebenarnya sudah lama menempa nama dalam pelbagai bidang. Kalau dikaji sejarah peradaban dunia masa dahulu, memang orang Islam yang mula-mula mempelopori bidang-bidang kritikal. Tapi kita duk buat buku pasal hebatnya Yahudi. Patutkah??





She's 100% right. Bila kita duk puji Yahudi ni pandai lah, Yahudi ni hebat la, itulah, inilah, seakan-akan kita da menyerah dalam perjuangan. Macam bila ada orang kata "Ala bangsa Yahudi ni memang hebat so tak guna lah nak lawan dorang ni.". Okay that's rubbish!! As if kita ni belum masuk medan peperangan lagi tapi da berundur awal-awal. Sia-sia je niat asal perjuangan kalau da forfeit senang-senang macam tu je. Takde maknanya. Contohnya macam bila team bola Malaysia nak lawan ngan team Jepun. Pastu coach team Malaysia duk gebang-gebang pasal kehebatan team Jepun sejurus sebelum mereka masuk padang perlawanan. Apakejadah coach tetibe cakap pasal kehebatan skill pasukan lawan? Buang tebiat ke? Mestilah semangat team Malaysia akan merudum kan?  Maunya kalah team Malaysia kalau dapat coach macam tu. Mana idoknya, sengaja nak menjahanamkan semangat team sendiri. Bukan nak puji team sendiri, tapi duk puji team lawan. Naya la kalau macam tu kekdahnya.






So selama ni kita tersilap highlight isu. Bagi aku, better make more books and do more talks about the greatness of Islam. Menda-menda macam ni lah yang boleh bakar semangat umat Islam. Bukannya berkobar-kobar melaungkan kehebatan Yahudi. Apa gunanya berbuat sedemikian? It's pointless. Lagi banyak keburukan daripada kebaikan.










Ada jugak kebaikan kita kaji kehebatan Yahudi ni sebenarnya. Contohnya, bila kite tengok orang Yahudi, lifestyle dorang banyak ikut sunnah nabi junjungan Muhammad s.a.w.. Tanya diri kita, adakah kita ikut sunnah Nabi? Kita umat Islam tapi tak mengamalkan Islam secara holistik sedangkan Yahudi laknatullah yang terang-terangan menentang Islam boleh pula mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian. Ajaib kan? It is ironic, to be exact.





Islam is hebat. Umatnya pada zaman dahulu sememangnya hebat. Teknologi zaman Islam sebelum zaman Renaissance sebenarnya sudah terlebih dahulu menjangkaui Barat. Malah ada sesetengah ciptaan pada zaman kegemilangan Islam dahulu kala yang tersangatlah awesome sehinggakan teknologi Barat moden hari ini masih tidak dapat menandinginya. I'm talking about the sword of Salahuddin al-Ayyubi, the great warrior of Islam. His sword was so sharp that it could penetrate into steels and can cut rocks without any scratch nor dent. Scientists figured out that the sword was made of special type of alloys together with the addition of carbon nanotubes, a technology of which today's prominent metallurgists and technologies are still baffled about. Amazing enough.






Starting from today, lets all focus on the greatness of Islam. Spread knowledge on how great Muslims were and tell people about the teachings of Islam. Islam is peace. Islam is freedom. Islam is LIFE.






Wednesday, July 24, 2013

Turning 24 on July 24

Assalamualaikum. 




I am officially 24! Dah tua da mek nie. Tua bangka. Hahahaha. 





Hari ni pun kebetulan pulak sama ngan hari mengundi untuk puok-puok Kuala Besut. Moga calon yang membawa ajaran Islam yang sebenar yang bakal memperoleh kemenangan.... Ameen~











Diambil dari Facebook page sepupu. This is dunia akhir zaman. Ulamak dipermainkan. Laknat Allah ke atas golongan yg menentang ulamak. Puak-puak takdok modal nak pancing undi. Astaghfirullah.

Tuesday, July 23, 2013

Tululek



Assalamualaikum








Sejak dua menjak nie, bilik aku dihujani kelulut. Eh bukan dihujani, tapi dihinggapi. Ada la sekor dua yang sesat masuk ikut tingkap once every one hour. At first I thought this insect is like bees. Memanglah kelulut ni species lebah dan aku ingat dia nie berbisa. Tapi rupa-rupanya nama kelulut dalam bahasa Inggeris ialah Stingless Bees so kelulut tidak berbisa la kan?? Kan??? Kan?? Aku pun baru tau kelulut ni buat madu jugak. Cuma dia ni species kenit, macam lalat. Kalau lebah besar skit dan berbisa. Sekali sengat memang sakit. Tapi kelulut tak menyengat. Nama pun stingless. 







Tapi masalahnya, si kelulut buat sarang kat celah tingkap bilik!!! Ugh so uncomfortable having them flying in and out my room. Sekali pandang macam lalat hurung bilik. Apa busuk sangat ke bilik aku sampai lalat berkoyan-koyan terbang keluar masuk?? Duh! This is kelulut, not lalat. But still rasa kurang selesa. Tau apa tindakan aku? Aku sumbat lubang sarang dia ngan daun. Hahahahahah!! Kejamnya mek tok nie. Tapi, kelulut tu tetap gagah mengorek balik daun yang aku penyek ikut celah pintu masuk ke sarang dia. Allahuakbar. Hebak kelulut nie. Tapi tak baik ah kelulut wak sarang kat bilik aku... Wuwuwuwuwu






Hari ni aku migraine. Once bangun dari dudukku, aku akan berjalan dan akan rasa denyutan kuat dari dalam otak. Migraine is so painful. Hanya Allah yang tahu. Apa yang aku tahu migrain aku ni datang dari sakit perutku. Hmm... Mungkin balasan sebab rosakkan sarang kelulut. Mungkin.






Wednesday, July 17, 2013

Kucing kebal

Tadi aku ikut kawan aku pegi lab analisis. Saje nak menyibuk tengok dia sieve montmorillonite. Kebetulan aku pun kena submit borang penggunaan uv-vis spectroscopy. Hm skemanya di situ.



Tetibe aku nampak sekor anak kucing yg super kawaiiii duduk atas meja lab. Aku merasa amat hairan. Boleh pulak beliau dengan selamba lepak dalam lab tanpa rasa segan apatah lagi bimbang dengan chemical exposure dalam lab tu. Kucing ni mana pernah pegi dengar OSHA (lols?)



"Eh Wani, pelik kucing ni. Selamba je duk lepak dalam lab ni,"



Wani yg khusyuk sieve MMT tanpa berpaling ke arah aku pun menjawab,



"Memang ah kucing ni. Siap tidor agi kucing tu atas meja tu.  "




Aku macam heran wa ajaib lah sebab tak pernah jumpe kucing tido dalam lab lollllss. Tapi kucing ni comeyl... siyes rasa cam nak kemam jer. Mujur la kucing haram dimakan (kemam takpe kot). Hmmm.






ceh bajet candid lettewww





olololo tomeynye awokkk




cakkk!!! 



Suka tak suka?

Assalamualaikum.









Perasan tak sesuatu benda tu, if kita suka buat, mende tu akan jadi kebiasaan. Sebab kita suka dan ikhlas untuk mencapai end result maka laluan untuk menuju matlamat akhir itu dengan automatik menjadi senang. Ada paham?





Macam nilah, aku bagi contoh. Macam memasak. Kalau orang tu suka makan, dia mesti suka masak kan? Ye ke? Actually tak jugak. Ade je yang jenis suka makan tapi benci duduk dapur. Maybe sebab tak tahan panas dapur dan kelecehan kerja dapur. Tapi anggap jela orang tu dia suka masak sebab dia suka makan (????)






Okay. Once orang tu suka masak, dia akan selalu masak dan lama-kelamaan dia jadi pandai masak. As simple as that. Memanglah nak masak ni bukan senang. Kena cari bahan-bahan yang sesuai, resepi yang best and yang paling penting rajin duduk dapur. Rajin di sini bukan bermaksud rajin masak je, tapi juga bermaksud suka kemas dapur which includes basuh pinggan mangkuk, susun perkakas, sapu lantai dan sebagainya. Tapi dek kerana orang tu enjoy masak and enjoy duduk dapur, dia tak anggap semua tu sebagai obstacles. Dia just buat je semua tu sebab dia tau, selepas semuanya selesai, dia akan beroleh hasil; makanan. Disebabkan attitude ini, hasilnya dia jadi pandai memasak. 






So apa yang aku nak sampaikan di sini, when we love doing a thing, we will get used to it. We will not see it as a burden. In fact we make it as a tool to become a better person. Macam apa yang aku sedang alami sekarang nie. Aku kena pupuk perasaan suka kat benda ni supaya at the end of the day, aku akan selesaikan semuanya dengan jayanya. Once kita da jatuh hati, kita akan bahagia, iya dok? No more stress or pressure.








Just like in the case of memasak. Aku ni malas memasak. Harhar. Tapi once aku kena masak, aku akan masak sungguh-sungguh dan hasilnya alhamdulillah, moderately delicious. Edible la, bak kata orang2 yang tak berapa cukup asam (kuang asam). Practice makes perfect better. So start practicing cooking in order to be a good cook.  And practice to love the other things that you do so that you will be good in doing those things. 








If nak dibandingkan dengan other students (wow rojak india), aku ni dah dikira lucky oh yeah yeah. Chemicals yang aku guna tak banyak and most importantly, harmless. Harmless here means I don't have to go all the way to wear mask as to protect myself. Ha, you got what I mean? Like others, they are using methanol, hexane, benzene etc. These chemicals require different PPE. Some may have to wear respirator instead of mask. Me? I just use gellan gum and chitosan. Both happen to be very harmless coz FDA has approved them as edible!!! Just imagine, my experiments revolves with edible chemicals!! But not all lah..Ada jugak yang non-edible. Gilo ke nak makan hydrochloric ngan acetic acid. Dahlah pekat nak mati. 





Okay tu jela. Sampai di sini saja...






pesanan terakhir: cintailah ibumu... yeah you're number one for mehhh!! (actually nombor 3 after Rasulullohh)

Tuesday, July 16, 2013

brokoli udang


Easy come easy go, that's the way you live owh take take take it all but you never give. ~bruno mars~






Introducing the most tempting side dish ever! Broccoli prawn. Easy to prepare peeps and 
the taste is superbbbb!! Maybe sebab letak bawang putih kot yang menjadikannya sedap. Aku telah melanggar pantang sebagai penghidap resdung tegar dengan memakan udang. Alhamdulillah setakat nie takde after effects lagi la. 

Bocheekibrazenery

Urban dictionary: Bocheekibrazenery - the state of being overly narcissistic and impudent while unnecessarily exposing self photos in public.




Okay jangan percaya.




Saje je mereka perkataan baru hasil gabungan boldness, cheekiness, ngan brazen. Padahal tiga-tiga maksud sama je lol




Muka budak esaited pakai tudung dua alam dari Sahabat Online Shopping. 

Sunday, July 14, 2013

Garlicious

Assalamualaikummmmm bloggers and readers. J t'aime mi amor. Ehe.

Salam Ramadan semua. Dah lama rasanya tak berblogging. Ni pun terdetik rasa nak post something kat blog sempena bulan keberkahan ni.


Semalam aku masak ayam celup tepung. Ala yang celup guna tepung segera Sri aji tu je. Wakakaka. Tapi sebelum celup ngan tepung, aku marinate dulu ayam2 tu (ai, nak celup tepung je pun nape kene marinate bagai?). Nanti, nanti. Sabar sikit nak ceghite la nih.


Erm. Begini.



Kalau sebelum ni, mengikut pengalaman aku buat ayam celup tepung dan juga pengalaman makan ayam celup tepung yang dibeli dari kedai, memang rasa crispy kat luar ayam tu je lah yang boleh dibanggakan. Isi ayamnya rasa tawar. So berlaku ketidakharmonian rasa di situ. Ecewah.
Lainlah mcm kepsi. Dek kerana tepung tu ade resepi rahsia, ayamnya tetap terasa oomphhh. Hahahaha. Dan dengar citer ayam kepsi diperam jugak dengan sejenis bahan ni sebelum dicelup tepung. Babtu rasanya sodap. Dengar khabar ayam tu diperap dengan monosodium glutamate before digoreng. Kalau betullah, memang bahaya. Carcinogenic tu.


So untuk mencapai taste synchronization atau keharmonian rase (wow synchronization bagai)  aku ambil keputusan nak marinate dulu ayam tu. Nah ini resipinya!!!



12 ketul ayam (dikelar)
Setengah sudu kecil garam halus
Sesudu kecil oregano
5 ulas garlic
4 biji lada jarum
Setengah sudu kecil minyak jagung (olive oil pun bagus)
Serbuk tepung goreng ayam seri aji (ni aku ambik yg spicy)



Haa.... bawang putih tu tumbuk dengan lada. Then campur semua bahan dan gaul ngan ayam. Then perap untuk beberapa jam (kali ni aku peram start pukul 3.30 ptg sampai pukul 6 ptg)



Dalam pukul 6 macam tu, aku amik putih telur, celup ayam yang diperap tu dengan putih telur itu, dan salut dengan serbuk seri aji. Then terus masuk dalam kuali berisi minyak panas. Goreng sampai keperangan.  Wallah! Senang kan?



Alhamdulillah. Rasanya sedap!!! Bukan sekadar rangup di luar, malah enak isi ayam. Mungkin dek kerana herba oregano dan bawang putih sebagai penambah rasa telah memperkaya kualiti ayam celup tepung ini. Natijahnya, semua ayam goreng celop tepung aku habis!!! Hehehehhe. 



After this nak guna resepi ni untuk goreng ayam celup tepung.







Okay that's all for now. Paipai.

Wednesday, July 10, 2013

Runaway Project

Seriously I am feeling like I am gonna go crazy soon!!!!! Yeah I am going to be crazy like no other. Coz I am a rebel who repel every good thing that comes near. Ugh ugly ugly ugly!!!






This anger and madness are boiling inside my head. I fear that they will explode soon. Oh Allah help me Allah. I feel like I am directionless.







I feel so stupid coming to lab doing nothing but facing this laptop surfing useless things and posting useless posts and comments in blogs (like what I am doing noww ). This is not supposed to happen Jannah!!!!












p/s: Feeling like running away but needs someone to help me with this runaway project.... but who?

Tuesday, July 09, 2013

Sesungguhnya aku insan lemah...

Astaghfirullahalazim... 





Bila bukak je Facebook, memang banyak yang duk post komen pasal video budak sorang ni. Berkoyan-koyan pulak tuh. Kalau komen membina tu takpe la jugak. Sejuk hati bila baca. Ni idok. Komen cam tak sedar yang dia tu orang Islam, malaikat duk laju catat dosa kat bahu kiri. Sedarlah sikit kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Enough with all those ugly comments. Macam la kita ni baik sangat nak kutuk orang lain kaw-kaw macam tu. Please muhasabah diri kita. Dalam pada duk kutuk-kutuk orang tu, sedor dok dosa kita makin bertambah dan pahala makin berkurang? Renung-renungkan...




Err wait. This is not why I am writing a post in this le blog of mine.





Actually, I am feeling so restless. What am I gonna do? Hm. I am such a coward. Why am I a coward? Because I am afraid of things. What are those things? I got a bunch to tell. But not everything is made to be told to others. 





Life is full of mysteries and miseries. We planned to do A, but we got B at the end. We tried C in order to get D, but we got E (got what I mean?). Things don't always go as we plan. That's the rule governing the universe. We tend to dwell on our miseries, but often forget to reflect on our actions and acts. Why things happen like this? Why doesn't it go the way I planned? Why and WHY???






Some of the whys often ended unanswered. LOLSS. 







Yes, that's me. I was supposed to study on interpreting the graph of my compression test but here I am, getting distracted by the urge to blog. Life is full of distractions. Like when I was so happy to make a post in my blog once an idea struck in mind, my body pumps adrenaline (due to the happy stimuli) which at the end urges the irregular bowel movement. Just imagine where I had to head in the middle of the excitement: yes you are right- TOILET!





Okay enough for today's flibbertigibbet. Ciao for now. Tomorrow never dies (lolllss)






Sunday, July 07, 2013

Kaffarah dosa

Aku demam. Alhamdulillah. Aku rase sakit kepala berdenyut denyut. Alhamdulillah. Aku rasa sakit seluruh badan and sengal sendi dan tulang macam masa kene demam denggi dulu.  Alhamdulillah. Aku rase macam dunia berpusing (vertigo) walhal aku just berpusing 180 darjah untuk bukak peti sejuk. Alhamdulillah. Aku rasa hidung berair macam budak hingusan. Alhamdulillah. Air hidung yang panas menitik laju dari hidung pun alhamdulillah.



Kenapa?




Kerana Allah sayang pada aku. Allah nak kasi aku pelajaran atas sebab dosa yang aku lakukan selama ni. Allah; He is the greatest.  His works are mysterious and surprising. Selalulah bersangka baik pada Allah, walaupun pada hakikatnya senang ungkapan bicara namun sukar pada pelaksanaannya.




Ya Allah. Andai sakitku ini akan menjadi penyebab berkurangnya segala dosa-dosaku di masa lalu, aku mohon agar Kau tanamkan sifat sabar dalam hati yang kelam ini dengan secebis kesabaran dan kekuatan rohani agar dapat kugagahkan jasad ini demi mengharungi dugaan kaffarah dosaku. Hanya pada-Mu hamba berserah.





Ameen

Saturday, July 06, 2013

Slender Weekenders

Salam bloggers kesayangan sekalian!












How's your day? Mine? Alhamdulillah. Spending time with bestie is very much fun. Huhu. I feel down last week since I had my laptop repaired at the NZR computer repair service centre so I cannot actively go online sesuka hati seenak jari (sbb nk buat post dalam blog). Walaupun ada smartphone yang enable users utk online, aku kurang suka online guna le Samsung. Sebab unlike tabs or notes, my s3 mini is small for typing entries for blog (sorry dear henpon sedap je mengata). Dah nama pun mini memang la kecik.






Okay. Talking about spending this weekend with bestie. So what had we done?





1) Jalan-jalan kat Pasar Payang


Erm actually aku saje je ajak dorang pegi pasar payang. Ronda area atas pasar. Tapi disebabkan kami orang Teganu menghormati jumaat as the penghulu segala hari, memang agak lengang la suasana kat bandar Teganu pada hari jumaat (menghormati jumaat means you rest at home to prepare for jumaat prayer).





Atas pasar banyak la baju batik, kaftan, songket dan kain batik but since dorang xde intention pon nak shopping batik stuffs, we ended up going home early.  Aku beli kueh cakar ayam yang sangat comel. Manis rupanya, manis lagi rasanya. Baru kutahu cakar ayam dibuat daripada ubi keledek. Nyam nyam si cakar ayam, sekali termakan terus tertawan *ahaks!*




2) Makan ICT


Hahahaha. ICT tu ikan celop tepung je kot. Hahahhaha. Dzilal ajak la kitorang makan ikan celop tepung kat Pantai Mengabang Telipot. Aku pun tunjukkan jalan. Masa tu pukul 3.30 ptg. Aku pun cakap la maybe takde orang lagi sebab macam terlalu awal untuk makan mende celop tepung ni. But guess what? Sangkaan meleset!!!!! Memang da ramai giler orang masa kitorang sampai!!




Warung Pak Nong ni memang laku giler. Siap ade plaque dari team Jalan2 Cari Makan kat warung dia. Khelasss la Pak Nong. I loikeeee *gitewwww*










Yo wassakkk Pak Nong wassakk??? *wassap versi ganung*





Tapi kat sini dia pakai sistem layan diri. Bagi aku sistem ni kurang bagus la sebab memang tak berapa efisyen. Kau tau la kan attitude orang kita yang tak berdisiplin. Bukannya reti nak beratur. Main redahhh je. Lantak la sape yg cepat dia dapat even though orang tu mari lagi lambat daripada kau. Kejamnya dunia celop tepung. *sigh*





Ha... macam2 adaaaa.  Sotong, ikan,  udang celop tepung, keropok. Just name it. Ikan paus celop tepung je takde ngehehhehe.









Dek kerana duk tunggu sotong goreng tu smpai ke meja pertarungan (sebab dang sampai ke meja, memang kene cepat sambar sotong tu sebab mende memang hot items and fast selling) udang celop tepung da jadi sejuk. ABC pun cair. Kan da kata sistem layan diri tak efisyen. Omaigod.








Muka bestie stress tunggu sotong celop tepung. All eyes on the kitchen lolsss. Alhamdulillah walaupun muka kami stress sebab terpaksa tunggu hot items sampai, muka kembali menguntum senyum saat membayar. Total up RM37. 




Sotong celop tepung: 2 ekor (saiz sederhana)
Udang: 8 ekor (pun saiz sederhana)
Ikan selar: 2 ekor (besar la jugak) 
Mi goreng 1 pinggan
ABC: 2 mangkuk
Air kelapa
Teh peeng aka teh ais





ISN'T THAT CHEAP ENOUGH?!!!!





3) Lepak at the beach














Muka super happy sebab dapat makan celops tepungs with cheap price. Wallahhh













Tadi pekena nasi kerabu Mak Teh. This is awesomeness. Memang favorite sepanjang hayat. 










Budak sengaja buat aku jeles dengan tudung LV lerang besaww.. bagi la yang LV tu kat aku!!!! *gaya meroyan*










Thanks youja chingu sebab bagi ai bracelet. Memang bracing la you punya hadiah. Heheheh






Nota kaki kejang: rasa nak gelak kuat2 bila teringat cerita bestie pasal teh peng. Ada kawan kitorang tu dia org pantai barat tanya peng tu apa. Kitorang cakap la teh peng tu maksud dia teh ais. Then she asked "dahtu ais korang panggil peng jugak ke?" Lolsss (ais kitorang panggil air batu. Peng tu just untuk phrase teh ais atau apa2 minuman berais but still bergantung)

Thursday, July 04, 2013

Membanting tulang

Salam..



Alhamdulillah. Semalam kami sekeluarga selamat sampai di rumah though agak lewat sampai dalam pukul 10 mlm. Letihnya perjalanan itu...




Moga adikku dipermudahkan urusan belajarnya di kolej mara banting. Next two years boleh la fly ke usa... hasta la vista hermana!!! *goodbye sistahhh*





Hahaha, kelakar gaya abang aku. Melentik semacam




 

Inilah budak bertuah yang dapat masuk program IB. Tahniah






 

Muka galok dalam keta sebelum separation. UHUKs 

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers