Saturday, August 31, 2013

Of Mason Wasp and Homo Sapiens


Assalamualaikummmmm. Hari ni rasa nak tempek gambar jer. Malas nak describe panjang-panjang der. Tapi sebab macam tak logik je buat entri tanpa ayat, meh sini aku kasi caption je lah kat gambar. Pun bolehhhh~









Tebuan tanah ataupun angkut-angkut sedang gagah menyangkut semula telur anaknya kat jeriji sliding doors rumah aku selepas seseorang tu tegar mencabut sarangnya. Hmm




Cantik telur dia. Hijau pucuk pisang giteww








Go go tebuan! Chayokk dlm membuat sarangmu itu





Err ni plak adik aku yg da terlebih absorbed ngan game DOTA







 Yang ni pulak kena kerah stadi baru boleh main game

Wednesday, August 28, 2013

Membudayakan Bento

Aku rasa sangat salute dengan budaya Jepun, especially bab makanan. Kalau korang selalu layan drama Jepun, memang korang akan perasan betapa diorang suka bawak bekal makanan kalau pegi mana-mana, even masa DATING! Yes, betul tu. Siyes tak tipu. Kalau orang kita, jangankan nak bawak bekal masa dating, pegi sekolah pun rasa malu nak bawak bekal kan? Kat negara matahari terbit ni, bukan setakat budak pompuan je, budak laki pun bawak bekal kau tau? Ajaib tak ajaib. Kalau kat Malaysia nie, memang susah nak nampak laki bawak bekal pegi sekolah atau keja. Macam mustahil gile. Tapi kat Jepun, bawak bekal nie memang budaya diorang.






Kalau kat Jepun dorang panggil bento (lunchbox). Mostly bento dorang memang sangat comeyllll 











Apasal comel sangat nie??








Gagah diorang hias makanan sampai rupa da jadi macam ni. Hahahaha.









Wow, yang ni macam nasi kerabu sebab warna biru!!!










Cuteness overloaded!!








Budaya bento ni sangat bagus sebenarnya. Sebab makanan dijamin BERSIH sebab kita prepare sendiri. Lagi satu BERKHASIAT. Disebabkan kita buat sendiri jugak, kosnya MURAH. 






Jom budayakan BENTO. Jom!


Tuesday, August 27, 2013

Sebulan Sekali

I was told that after seseorang da bergelar master student, every month kena present progress research. Perghhhh!!! Masak la aku...

Monday, August 26, 2013

kATA-kATA iTU


Aku telah luahkan apa yang aku rasa kepada supervisor. Aku cakap yang aku ada masalah nak bergaul ngan orang dan aku ada masalah nak faham method yang ada dalam research tu. Aku agak terharu dan tersentuh dengan takdir yang Allah tentukan untukku. Allah menemukan aku dengan seseorang yang sungguh baik. Dengan attitude aku yang serba hampeh dan suka skip labworks, masih boleh lagi beliau cakap dengan lembut dan tidak meninggikan suara. You know what?? I feel like crying. Tadi masa jumpa chit chat ngan dia, air mata da bergenang time aku cakap pasal aku ni inferior dan jenis pemalu ala-ala mimosa pudica (reference sains lagi haha). Aku kalau cakap pasal kelemahan aku dengan orang lain, memang akan terasa muzik korea (yang kuar time scene sedih dalam drama tu) mengiringi. Sedih wohhh. Sensitip sangat la aku nie. Menyampah.




Kalau bukan kerana supervisor aku ni baik sangat orangnya, lama da aku angkat kaki. Tapi dek kerana kebaikannya dan kesudiannya menerima student yang banyak kekurangan macam aku nie, aku jadi tak sampai hati nak lari. Mana lagi nak cari orang macam dia? Aku rasa supervisor aku nie seorang yang understanding dan sangat berlembut dengan students dia. Da macam pangkat abang da. Sama macam supervisor aku masa USIM dulu. Supervisor aku dua-dua laki masa research final year kat USIM hahaha. Sorang GEN-Y sorang GEN-X  Supervisor aku yang GEN-Y memang sempoi dan tak lokek markah. Umur pun tak beza sangat. Macam abang adik. Yang sorang lagi GEN-X. Beliau memang da macam ayah bagi kitorang semua. Arwah (may him rest in peace) seorang yang agak tegas dalam pemarkahan huhu tapi beliau pun sempoiii okay?? But in his own way lah. GEN-X memang berbeza dengan GEN-Y. SV sekarang ni GEN-Y jugak. GEN-Y memang sempoi. And nasib aku dapat supervisor laki pah cerohhh. Sampailah ke praktikal. SV laki jugak!!! Kenal Eruwan Gerry Norsen??? Raja Lelong Malaysia tuu!!!!





Aku lupa dah apa aku punye point sebenarnya. Ehem. Tadi bila aku cakap aku ni pemalu dan susah nak bergaul, beliau kata macam tak kena je ayat aku tu dengan appearance aku. Beliau cakap aku ni ceria orangnya (hahahahahaha lol). Ceria la sekali sekala. Bukan ceria sokmo. Luaran macam ceria, dalaman gundah gulana caca marba. Haha. Aku memang pemalu. Aku ni suka duduk diam tak tegur sapa-sapa. Lagi-lagi bila ada masalah. Susah dekpong rasa nak open up myself to others. Lolkah aku? Se lagi, aku cakap la, aku ni lemah bab labworks. Kalau bab menulis in sha Allah takde masalah. Dr kata ape? Yang labworks boleh paksa. Yang writing susah nak paksa. Writing ni macam skill la. Kalau cakap pasal skil, kene acquire for a long time baru dapat grasp the skill. Yes aku akui itu. ALHAMDULILLAH sebab tang writing Allah bagi aku lebih. Terima kasih Allah, terima kasih. Dek kerana kata-kata itu, aku rasa bersemangat sikit. Err, sikit je???





Yang paling lol ialah apa yang beliau rasa pasal masalah pergaulan aku tu masalah kecil je. And pandangan yang sama turut diberikan oleh seorang kawan aku. Hahahahahahaha.....









Okay dah dah. Sambung kerja.






Bukti inferior. Gamba asyik nak blur je hahahaha



Philosopher in Me

"Vortex of life. Your life is a mixture of all those good and bad things that are stirred vigorously by destiny which eventually settles down to a harmonious blend of joy and happiness. that's the bittersweet of life.."







Itu kata-kata yang terungkap saat aku melihat vortex hasil dari putaran magnetic stirrer yang ganas dalam larutan kalsium klorida. Aku terus digelar philosopher oleh seorang senior setelah mata beliau menangkap statusku itu di mukabuku (lol mukabuku, nak jugak refer Najwa Latif). 







Ya. Itulah aku. Jiwang tak habis-habis. Hehehehe. 









Ya. Ini dia vortex tersebut. 








Pusaran dan putaran hidup... 
hidup bagaikan roda. 
Putarannya kadang2 perlahan, 
kadang2 menggila. 
Ada atas dan bawahnya. 
Ada suka dan dukanya. 
Dalam putaran itu ada pusarannya. 
Terkadang aku terjatuh dek kerana pusarannya. 
Terkadang aku tercampak dari landasan. 
Pusaran kuat itu harus kutempuh. 
Kerana kutahu,
 manis kan menjelma di akhir garisan .... 









WOI, JIWANG SANGAT APASAL???!

Sunday, August 25, 2013

Pretend and Persevere

All I can say is I feel like quitting doing it. 




















I wanna start being honest with myself

Saturday, August 24, 2013

Big Love for Big Apple


Manis. Berlemak. Cepat muak la derr. Makan dua keping sudah kenyang. 









Err entri agak irony dengan post yg lepas. Kata nak diet. LOLSSSS

Ritual Memecahkan Lemak

Misi terkini ialah hendak menjadi kurus dengan melakukan senamrobik setiap hari. Kenapa nak jadi kurus? Sebenarnya ada beberapa reasons. Satu, sebab memang terasa lemak da berkepal-kepal kat bawah kulit. Dua, badan da selalu jer rasa lesu everytime bangun pagi. Maybe sebab banyak toksik, garam, lemak dan asid dalam salur darah. Rasa sluggish je pagi-pagi. Tak energetic. Tiga, sebab nak sihat. Bila kita bersenam, badan jadi sihat. Toksik akan senang keluar ikut peluh. How to achieve the mission?




Bukak video senamrobik pastu pasang lagu rentak disko and joget sorang-sorang dalam bilik. Hehehe. Ko ingat senang ke nak buat? Bergegar rumah aku tadi sebab lompat-lompat atas lantai kayu bilik aku tu. Wakakakaka. Tak sampai 5 minit da kelelahan. See the weak stamina??? Gotta do this frequently.

Friday, August 23, 2013

Handsome Boys

Aku suke snap gambar bila tiba hari Jumaat. Rasa tenang je bila dapat round round area depan rumah. Jiwang pulek. Huhu. Anyway sape handsome boys tu? Jeng jeng jeng. 








Pokok lidah buaya. Nak kata hensem, taklah sangat. Nak kata boy pun x sure. Sebab tak tahu jantina dia apa sebenarnya hahahaha.









Encik kumbang. Tak suka dekat dengan encik 'sorang' ni tapi sebab semangat nak amik gambar, kugagahkan juga. Hehe.











Meet the hensem cat, DIDO!!












Huarghhhh, hensemnye awokk! Nguap tutup mulut boleh? Senonoh sikit.













Dido mata berair. Tak tau nape. 











Kalau nak tahu ni muka lapar Dido. Kalau dia kenyang, dia takkan ada di rumah. Asal kenyang je, pegi tengok awek. Lol betul la Dido nie. 
























Meet the cousin of Dido, OREN! Bekeng muka mu Oren. Chill la Oren. Amik gambar je kot.












Dido mata besaw sebelah. 











Tau tau je aku ngah snap gambar. Pandai pulak dia stand still. Muka tak bleh blah. Masam gile.










Pandang kiri










Pandang kanan











Pandang depan dan cakap: Bagi aku makanan please....














reaksi beliau bila ma aku ajak makan (lewl). just so you know di sebalik kereta tu lah pintu rumah. ma aku da get ready dengan makanan untuk dorang nie uhuks











Satu lagi makhluk ensem atas muka bumi.





Yamapi des!











K takde kaitan.






Pffftt

Angkut-angkut


Dulu aku pernah merasa hairan dengan kejadian Allah yg satu ni iaitu sejenis serangga yang suka buat sarang dalam rumah. Sarangnya pulak berupa tanah yang rapuh. Sekali penyek, mesti hancur luluh. Diriku yang pada ketika itu merupakan seorang budak kecil dan innocent yang ingin tahu serba-serbi mengenai perkara yang menjadi persoalan di benakku telah mengajukan soalan ini kepada ibu bapaku;




"Binatang apa yang duduk dalam sarang camtu?"





Ibuku menjawab;





"Angkut-angkut."






Hah? Menatang hape pulak angkut-angkut? Nama pun pelik. Tak pernah kudengar. Dan yang paling aneh, sebab tak pernah jumpa spesis sebegitu dalam mana-mana buku teks sekolah rendah hatta menengah sekalipun. Spesis barukah? Ibuku menyambung,








"Angkut-angkut ni spesis tebuan."







"Hah? Tebuan? Tak sengat orang ke?"







Aku menggaru kepala. Aku ingat lagi zaman aku kecik-kecik dulu mana nak kenal internet. Kalau ada internet, mungkin lagi senang nak rujuk apa-apa yang aku nak tahu. Tadi je aku surf kejap dalam internet pasal serangga nie sebab tiba-tiba rasa nak tahu. Angkut-angkut (nama lainnya Potter wasps atau Mason wasps) merupakan spesis tebuan yang jarang menyengat. Patutlah sepanjang hidup aku, memang tak pernah kene sengat pun dengan serangga nie.







Sudah berapa kali aku meminta ayahku membuang sarang angkut-angkut yang menempel di beberapa bahagian rumah kami ni. Kau tahu apa jawapan power ayah aku bagi? 






"Ala, dia bukan kacau orang pun," 





Lol. 





Ye, aku tau angkut-angkut memang tak kacau orang. Tapi aku ni spesis yang cepat geli kat serangga yang terbang. Lagipun, bagi aku, sakit mata tengok species tebuan ni buat sarang merata-rata. Aku dalam hati mengomel, ape agaknya fungsi makhluk Allah yang satu nie ye? Pada masa tu aku punya persepsi tentang angkut-angkut ni ialah serangga ni kerja dia hanyalah menyemak kat rumah orang sebab dia buat sarang sesuka hati je tanpa mengambil kira tentang aspek aesthetic value rumah orang. Cruel gile judgment itu (sila maafkan judgment seorang budak kecik yang hanya tahu makan minum tido)





Sampai suatu hari tu, apabila aku menginjak usia dewasa, aku sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada ibuku.






"Ma, amenda la fungsi angkut-angkut nie eh? Dahla buat sarang merata-rata. Serabut mata ni tengok. Hish!"




Ibuku pun jawab;





"Jangan kata gitu. Angkut-angkut nie, sarang dia boleh buat ubat KANSER tau."




What?????!!!





It was so shocking. Rupanya sarang angkut-angkut yang aku anggap menyemak di celah tingkap dinding rumah tu ada fungsi besar. Ubat kanser pulak tu. Subhanallah!!







Benar apa yang kudengar itu. Dikatakan bahawa serangga angkut-angkut buat sarang menggunakan tanah yang terpilih. Khasiat pada sarangnya sangatlah baik untuk merawat beberapa jenis penyakit. Kalau seseorang dikatakan menghidap kanser, baiklah diambil sarang angkut-angkut daripada rumahnya sendiri untuk rawatan kansernya itu. Dengan campuran beberapa jenis bahan lagi, in sha Allah akan sembuhlah penyakit yang dihidapi. Ameen.








You can see the wasp nest perching precariously on the slim wire of my house


















This one is pretty big.










Benarlah setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia.... 








p/s: angkut-angkut digelar mason wasp atau potter wasp dalam bahasa Inggeris. Mungkin sebab sifat serangga ni yang buat sarang guna tanah liat, sama macam para pembuat pasu tanah liat (potter) dan juga orang yang membina (mason) bangunan batu pada zaman dahulu. satu lagi, spesis tebuan ni bukan jenis yang hidup berkoloni dan diorang tak defend sarang diorang. kalau kita hancurkan pun, diorang buat dekkk je... pasrah je kan serangga ni? tapi janganlah suka2 hati je penyek sarang dia. tabaik.



p/s/s: kepada sesiapa yang tengah cari sarang angkut-angkut nie, bolehlah datang ke rumah. boleh buat  ubat kanser iye dok?

Wednesday, August 21, 2013

Nobody

I got nobody to care for me there.
Whenever I am not around, no one
 would even bother asking why.





Is it hard to send a piece of message asking
where I am?  Or why wasn't I coming to the lab?
If you are being a major cheapskate,
just email me or maybe Wassap me.
It's free but still acceptable.





Being treated like this makes me much sadder.
It felt like they don't even care about me. 
As if they had not even a speck of worry on my absence.
As if whether me being absent or present never change
their existence. Come on peeps, I need some
ATTENTION right now








Or else I cannot move on





This thing makes me realize
 that I don't
belong there.
Sayonara guys.
Hope you will be happy
without me




p/s: this is how master students are. masing-masing dengan hal sendiri. tak care pun pasal aku. huh!

Monday, August 19, 2013

Api Dendam

Kerana asalnya dirimu sebahagian dari juzuk fizikal manusia yang lemah. 
Manusialah punca kamu membiak rakus dan bebas.


Keberadaanmu di mana-mana. 
Dinding, rak buku, langsir, kerusi, meja, kotak, gobok baju, kipas. 
Malah lantai juga terbiasa menjadi mangsa kewujudanmu.




Selagi manusia bernyawa, memang kewujudanmu itu pasti. 
Populasimu takkan musnah melainkan dengan izin Dia.

Manusia sendiri sukar mengekang spesismu yg saban hari 
makin degil menggugat kehidupan mereka. 
Makin dibuang makin lekas bertandang.




Ma sha Allah.




Zarah halusmu gagah menakluki tubuhku
Butir nano-mu merobek rongga bauku
Serbuk femto-mu menyesakkan dadaku
Saat kau menusuk laju ke celah alveolus suciku
Kecil dan halusmu sepedas cili api
Kesannya cukup menusuk hati




Lekangmu hanya sementara. 
Hadirmu untuk menyebar sengsara. 
Runtun jasadmu bak petaka. 
Menginjakkan bala ke seluruh rongga deria.



Andai kau tahu siksa batinku
Menahan segala onar bawaanmu
Akan kau lekas pergi membawa diri
Tak kan pernah kembali





Keberadaanmu memberiku gundah
Hari-hari ku kian gelisah
Resahku menongkah fitrah alam ini
Kerana wujudmu itu atas kehendak Ilahi
Bukan kerna hendakmu sendiri





Aku mencuba sekuat kudrat
Menahan segala siksa dan azab
Walau kutahu kau musuh terkuat
Akan ku lantang menentangmu 

hingga ajalku terpahat di liang lahad




-Debaran Dendam Debu







Mangsa pertama






Mangsa kedua

Saturday, August 17, 2013

Mystical Scent that Fades Away

Assalamualaikum les incroyables.






Here I am, ranting on how I keep mustering the receding ambience of Eid by going to open houses and walimah with my dearest family. I just happen to be someone who love telling stories and sharing things that happen in my life and portray all these memory lanes inside this little blog of mine. Please do not ridicule me. If you do not like my blog, please leave. I never force anyone to read my blog. I just love writing and this is a way I release my tension and be myself. Writing is hard but it's invigorating to me. Coz I get to express certain things I cannot express by talking so I'd rather go for writing posts like one I'm doing now.







Some people love to talk. Some others love to remain silent. Some may prefer writing rather than talking as a way of informing other people news or stories. One of the reasons I opt for writing is because it's a hobby. Everyone has at least one little hobby right? Errr actually I know one person who has no hobby at all and it quite baffles me because most of the times, people would have at least one hobby they love to do. Having a hobby that you can be crazily passionate about is so good. It makes you reach a total freedom of expressing yourself through the ways you seem fit for yourself. It makes you feel great when you can be so engrossed doing something you enjoy the most. You will feel AWESOME! Hah, yeah that's how I feel. 






I love writing and I love take photos of scenery and people. Photography is another platform where one's hobby plus talent can be seen and appreciated. I'm not saying I am talented. Maybe if there's any, it would be only a speck of talent, flickering inside me like a small candle fleeting in the wind. Acewah the analogy is too melancholic hahah. Taking photos require innate talent and also interest. If you are interested in photography, it would be a good way of expressing yourself. Why? Coz what always been said by people out there, picture speaks thousands of words. 






Durian is the King of fruit. Mangosteen is Queen of fruit. Together they make a good couple heheh *coconut pun nak interframe*










Sweet little flower












I love these pics. You loathe this thong? No!! The song! *quoted from Supernatural parody*










Bila bosan kita main buai. Hehehe






Haha to Chichi. Aishiteruyoo!!













From left: Dekmat, Koyah and le super narcissist














Siyes gelang bff bagi mmg cantik. Tapi sebab dia suka melonggarkan dirinya, aku takut nak pakai sebab takut hilang. So ko better duduk diam-diam dalam bekas brooches okay?






p/s: suka mengenangkan kembali 2 minggu yg lepas masa tengah sibuk sambut raya. rasa macam nak ulang lagi saat-saat itu. ecewahhhh

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers