Tuesday, March 11, 2014

Kaki Jeli Jeni


Ouch.... sakitnyeee!



Hari ni hari kurang bernasib baik. Dua kali terserempak makhluk aneh atas jalan raya (pelik = drive recklessly) lepas tu terjelopok depan lab. Yang part jatuh tu malu gile!!! 




Pagi ni aku ke sana ke mari sebab nak prepare enzyme solution. Agak mencabar tugasan kali ini sebab lab sebelah lab Koloid sedang direnovate maka banyaklah debu berterbangan sana sini, menyesakkan nafas orang yg lalu lalang. Tak sebut lagi laluan banyak ditutup utk keselamatan orang ramai. Maka sesiapa yg mahu ke Lab Koloid seharusnyalah melalui jalan panjang aka long cut. 




Lab Koloid dengan Lab Siswazah jaraknya lebih kurang 800 meter. Tak jadi masalah untuk ulang-alik, tapi bila kena bawak botol air 5 L sejauh itu, dengan keadaan laluan yang dipenuhi student2 degree yang sedang lepak, makan, dan potostat dokumen etc, sememangnya mencabar wa cakap sama lu. Budak2 ni pulak, pola pergerakan masing-masing sangat random dan rapid; sukar diprediksi. Dengan besen plastik yang dipenuhi radas kaca yang berbagai saiz, keadaan sekeliling dirasakan amat mengancam keselamatan diri ini ecewah. Yelah, sekali depa berjalan tak tengok depan atau berpusing2 mcm ketam for sure bleh langgar aku yg sarat bawak macam2 barang. Lewl.





Lepas siap keje, aku mengheret sekujur tubuhku yang keletihan lantas masuk ke dalam lab MKO, cuci radas. Lepas tu, aku angkut besen plastik beserta perkakas yang siap dicuci sambil tangan kanan diselit botol sabun basuh, tangan kiri kepingan borang penggunaan lab. Punyalah tamakk nak angkut semua skaligus. Sebaik sahaja kaki kanan melangkah ke luar pintu lab, kaki aku tiba-tiba melonglai macam jeli lalu terjelopoklah seorang aku ke atas lantai. Mujur sahaja sempat mendaratkan besen itu. Tapi, natijahnya aku jatuh terduduk. Malu!!!! Lama jugak aku terkedu dengan kejatuhan aku itu. Aku jatuh??? Kelakarnya *getus hatiku*. Tak sakit, cuma rasa kelakar. Kasut tumit tinggi terpeleotkan aku. Hahahha. Pandang kanan, alhamdulillah- takde orang. Hela nafas lega. Tapi, bila pandang kiri, ada 3 lelaki yang sedang gelak2 tengok aku jatuh terduduk atas lantai. Ya rabbb malu siottttt!!!!!!!!





Aku cepat2 kutip barang aku lalu masuk semula ke dalam lab. Terkedu. Dan juga malu. Sangat malu. Speechless....







Lol sungguh. Hahahahhahaha......




No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers