Wednesday, April 23, 2014

Sambil

"Ni semua draf manuskrip Wawan ke?" Tanya Jajan sambil membelek lembaran kertas results testing Wawan yang dirasakan berkepuk. Dahinya berkerut, wajahnya kusut, pipinya berkedut, tanda insecurity yang jelas. Jajan mula merasa bimbang. Dia sendiri belum pernah submit draf manuskrip kepada supervisor nya. Parah ni! Getus Jajan dalam hati kusutnya.

"Eh mana ade awok. Ni results hok saya tunjuk ke Dr masa jumpa dia. Draf tgah buat ni," sambil menekan tetikus di skrin laptop acernya. Jajan menarik nafas lega. Biar betul Wawan ni. Cepat bebenor dia siapkan manuskrip. Jajan sendiri sedang pending draf manuskrip. Jika Wawan terlebih dahulu submit draf itu, ia merupakan petanda buruk buat Jajan. Bimbang dimarahi supervisor.

Namun, hati Jajan mula berkecamuk dengan hayunan ombak perasaan berbaur kebimbangan. Fikirannya kusut dihujani pelbagai persoalan. Bimbang. Resah. Gelisah.

Terasa serba tidak kena sahaja hari ni. Is this her bad day? Mungkin. Sedang menunggu ketibaan supervisor Jajan di laluan sunyi tak berteman....


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers