Friday, May 02, 2014

Analogi Hidup

Muka hitam tapi kalau hati bersih lagi bagus daripada muka putih tapi hati busukkkkk




Kuali yang berkilat lama-lama kita guna mesti jadi hitam kan? Pastu masa basuh mesti susah nak tanggal, kan? Kalu macam aku tadi, aku tenyeh guna sabun mandi pun tak berkesan. Geram punya pasal, aku amik pisau aku toreh kerak kat punggung kuali tu. Berkesan! Tapi penat... Dan berbahaya. Takut luka tangan.



Bila aku surf, macam2 la jugak tips untuk kilatkan balik bontot kuali yang berkerak tu. Ada yang kata just jemur tengah panas utk several days biar panas matahari 'makan' kerak2 hitam sisa makanan terbakar tu. Lama2 pasti kerak tu merekah sebab panas sejuk panas sejuk (tapi berhari2 la takleh pakai kuali hahahah). Ada satu lagi cara. Basahkan serbuk baking soda dan lumur kat kuali. Balut ngan plastik makanan utk elakkan evaporation. Biar lama skit baru basuh. Ha satu lagi tips. Campur cola ngan baking soda pastu rendam kuali tu dalam campuran ni. Sounds good. Yeayy. Gonna try soon.



Hati manusia sama macam tu gak. Kalu banyak berdosa, sikit2 dosa akan menempel kat hati dan tanpa kita sedar hati menjadi gelap dek kerana dosa tersebut. Untuk putihkan balik hati macam warna asal, susah sebenarnya. Macam nak putihkan bontot kuali la. Jenuh menyental baru ilang. Inikan pula hati manusia.




*insaf sekejap*






No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers