Wednesday, June 11, 2014

rotten.

Orang yang selalu melihat keburukan orang lain menunjukkan hatinya yang kotor dan busuk. Nauzubillah. Kerjanya ialah meng-highlight keburukan orang dan juga perkara kurang bernasib baik dalam hidup orang lalu dengan senang hati membuka mulut seluas-luasnya, gebang-gebang pasal tu biar satu dunia dengar. Lemas la dengan orang macam ni. Mende baik tak pernah diungkitkan. Menda buruk, sekecik-kecik zarah pun dia nak focus and zoom guna kanta pembesar. Hati2 nanti lama-lama terbakar dek kerana panasnya mentari akan sebabkan ignition due to the effect of using kanta pembesar. 




Memanglah, bukan senang untuk seseorang merasa bahagia dan berkongsi kegembiraan atas kejayaan atau nikmat orang lain. Tapi, belajarlah untuk menghargai orang lain dan cuba melihat kebaikan dalam diri orang lain. Selalulah bersikap positif. Jaga adab. Mulut pun jangan laju sangat tuturkan kata-kata. Fikir sebelum berbicara, atau baik remain silent. Kan lagi elok. Nabi kita pun larang kita daripada bercakap menda sia-sia, apatah lagi menda yang menyakiti hati orang lain. 





p/s: kalu kita sokmo tengok buruk orang lain, kita akan selalu merasa diri kita lebih baik daripada orang lain membuatkan kita tidak cuba untuk improve diri kita secara totalnya.






currently absorbed watching TBBT *the big bang theory* a geeky yet entertaining sitcom

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers