Sunday, July 20, 2014

Envy.

Salam.


Terkadang merasa cemburu dan dengki saat melihat rakanku terlebih ke depan berbanding diriku sedangkan perlumbaan lari marathon itu berlaku serentak. Aku pincang. Tidak sepatutnya aku merasa sebegitu benci dan dengki kerana kami, walau berada pada landasan yg sama, namun masing masing menelusuri track yg berbeza. Maka halangan dan dugaan pon seharusnyalah berbeza.



Lagipun,  permulaan kami pun da berbeza. Aku bermula dengan rasa rebellious yg menebal. Mau atau tak mau-keduanya saling berperang tak mahu kalah. Maka kerjabuatnya jadi x menentu, tak ada tentu dan arah. Sedangkan dia permulaannya manis, lembut dan licin. Di mataku mungkin. Siapa tahu lara di hati, sedang luaran hanya manis terpangkin.



Nah maka perjalanan ini tidak wajar dibanding. Manakan sama rendang dengan serunding. Mungkin saja isinya daging, namun end product nya lain. Cukup lain. Mungkin perjalanan ku sebasah rendang. Dan perjalannya seorang sahabat itu sekering serunding. Maka jalan untuk rendang menjadi kering bak serunding memerlukan lebih usaha dan haba kesungguhan. Baru lah layak terbanding.

 
Sayang, tak seharusnya kau mula membanding dan merasa terkurang. Kamu berdua berbeda. Mana mungkin suatu yg berbeda pengakhirannya serupa. Ingat itu. Ingat pesanku




No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers