Tuesday, August 12, 2014

Jampi.

Hari ni hari yang menggembirakan. Sebabnya pagi tadi masa pakai skirt biru yang aku baru beli kat Giant tu, aku terpaksa tarik belt dia kasi lepas 6 lubang. So evidently, perutku semakin mengecut. Cewah! Maka kaki dengan bahagia melangkah ke makmal dengan hati berbunga-bunga. Hari ni kerja lab pun tak banyak. Nak goyang kaki? Jangan nak berangan. Haha.




Pastu tengah-tengah syok buat sampel sambil layan tenet, handphone berbunyi, "Kting". Mesej masuk. Tengok-tengok Dr KA mesej!!! Dr suh jumpe dia. Duh. Berdebor rase. Aku takut kena marah je. Ayark. Semalam masa aku mesej nak jumpa Dr tak reply. Wargh. Tak tahu nape tapi everytime Dr ajak meeting aku mesti berdebar. Lol. Lepas measure glycerine, aku bawak buku nota dan pekakas lain lalu menuju ke bangunan lecturer dengan penuh debaran. Mujurlah debaran itu tidaklah terlalu kencang sampai trigger any irregular bowel movement. Sebelum kaki melangkah masuk ke bilik Dr, aku baca ayat kursi. Orang kata kalau tak nak bagi orang marah, kita baca ayat kursi banyak2, kasi lembut itu hati orang. Knock, knock, aku pun masuk.






Meeting bermula.


.....................








Lega..... Mujur tak kena marah wakakakakkaka... Mujur mood dia baik. And mujur bacaan ayat kursi ade untuk menyelamatkan ku. Jampi ayat kursi menjadi. Alhamdulillah. 








Yosshaaa!!!!

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers