Friday, November 21, 2014

Not one Lesson.

Hari ni kisah sadis berulang kembali. Buat proceeding last minute pastu stress kene edit ADHOC! Berpeluh-peluh dibuatnya. Kepala pon pening berdenyut-denyut. Stress! Stressed!!



Sampaikan masuk bilik air pon bawak phone!!! Sebab nak chatting ngan SV pasal mende kene edit. Besar bebenor bahana hari ni. Sebab salah sendiri la sapa suruh tak check email tengahari tadi. Dahla tak cek email, balik umah pi bantai tido, enset off, charging, sampai Dr mesej ngan wasap pun tak sedar. Memang sengaja cari nahas jalan raya la budak nie. Pukul 2.39 pm baru bukak phone baru sedar Dr da email correction. Kena hantar updated version before 5 pm hari nie. Kau bayangkan tahap stress tu macam mana.




Lepas edit, kene bagi balik SV tengok sebelum antar. Lepas tu baru bleh submit. Dang the painful one and a half hour of my life. Sampai sakit skapula kanan aku sbb stress punya pasal. Sampai sekarang ni pun sakit tu masih ada. Bila aku bend over atau stretch out nak amik barang atau sujud, mesti sakit sangat kat belikat kanan ni. Aduh, sakit macam lepas baru angkut beg besar naik tangga dari tingkat 1 ke tingkat 10! Bloated tangan aku. Sakit sebab pengumpulan asid laktik dek kerana hutang oksigen yang berlaku semasa badan terpaksa bekerja keras memerah otak dan tenaga. Ugh.



Inilah akibatnya tidak mengambil pengajaran daripada kisah lalu, edit proceeding sampai demam seminggu. Batuk teruk sampai tersengguk-sengguk. Batuk teruk sampai terkeluar air mata dan cramped  otot belakang dan perut. Sampai kene MC kau. Sebab paksa diri stay back kat lab sampai kul 8 malam dengan sejuk aircond bilik siswazah central lab yang spooky tu. Balik edit lagi. Edit edit pon, salah lagi. Lepas betulkan yang salah, kene maki lagi dengan diri sendiri. Kena marah ngan SV sebab dia takleh bukak fail dalam emel la. Fail aku tertukar format la macam-macam la dugaan. Hantar lewat but expect SV to do the checking adhoc? What da fcuk? Jangan jadi begini. Bad attitude. Jangan susahkan SV macam apa yang aku buat. Cuma mujur kesilapan tu tak banyak so dia takde lah nak mendidih sangat (hopefully this make believe session does make up for the real thing). Tapi even tak banyak pun, mende tu buat aku jadi penat sebab kene fokus tahap gaban nak mengedit dalam limited time frame. Siyes sakit dada dah skang ni skali ngan belikat yang cramped. Sabawww skit boleh dok??



Konon boleh hilang stress la tu bila browse beg Fossil online. DUH pathethic.


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers