Sunday, December 14, 2014

Chest Pain


Aku masih ingat hari tu, di kala diri ini sedang nekad untuk menyiapkan kerja yang masih bersisa. Iyalah, kalau dah siangnya kami sibuk melakukan kerja lab, masa selepas office hourlah yang akan digunakan untuk menyiapkan report ataupun menulis draf paper. Petang itu, aku dan Bella berniat untuk stay back di bilik siswazah untuk melakukan kerja masing-masing. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Perut merasa lapar namun tidak diendahkan demi menyiapkan kerja masing-masing. Niat di hati ingin makan selepas selesai kerja kami. Mungkin dalam jam 10 kami akan singgah di restoran sebelum pulang. 




Sejam berlalu. Mataku yang tadinya pegun ke arah skrin komputer mula terasa berpinar. Perut pula mula disinggahi angin. Dek kerana malu itu sebahagian daripada iman, angin itu diam dalam usus, tanpa melepaskan dirinya yang tidak disenangi orang ramai. Dalam pukul 8.30 malam macam tu, aku mula rasa tak sedap badan. Sakit sendi dan juga lenguh-lenguh badan mula menjengah. Rasa senak dada dan angin semacam tersumbat dalam perut. Angin yang tadi bergolak dalam perut mula naik ke bahagian ulu hati. The pain which started in the duodenum seemed to be radiating towards the upper chest. Kupicit-picit ulu hati ku, dengan harapan angin yang sumbat itu boleh dipaksa keluar. Namun apakan daya, angin itu masih di dalam. Sakit seperti ditumbuk-tumbuk. Sesak nafas dan rasa seperti dihenyak-henyak. Lalu aku cuba berdiri dan berjalan-jalan di sekitar bilik yang mulai panas dek kerana aircond yang ditutup oleh pihak pengurusan. Ya Allah, sakitnya! 



"Nape kak Jannah?"



Bella kehairanan melihatku mundar-mandir. Aku yang dari tadi kesakitan menyeringai gigiku sambil mengurut bahagian bawah dadaku yang sakit nian.



"Angin tak lepas,"



Aku mengaduh. Tak lama kemudian, aku kembali duduk dan menutup komputer ribaku. Barang-barang di atas meja lantas disumbat ke dalam beg galas Kipling yang berwarna maroon itu. Aku memandang Bella sambil berkata,



"Jom. balik. Sakit dada lah,"



Kami pun turun ke bawah setelah selesai mengemas meja masing-masing. Aku yang dari tadinya kesakitan berjalan tidak stabil, sambil tubuhku dibengkokkan sedikit ke hadapan. Dah macam nenek kebayan jadinya.



"Kak Jannah okay tak? Boleh drive ke ni?"


"Errr..... "


Aku tidak mampu berkata-kata. Setiap langkahku membuatkan dadaku bertambah sebu dan sakit. Aku cuba gagahkan diriku kerana kutahu, tidakkan mampu si dia untuk memapahku seandainya aku terjelopok di lobi Makmal Berpusat itu. Kalu ikutkan hati, mahu sahaja aku mintak Bella drive keretaku. 




"Tak jadi berhenti makan la Bella. Sorry sangat. Sakit gile dada saya,"



Aku bersuara sambil membetulkan dudukku di seat pemandu. Terasa payah sekali menarik tali pinggang keselamatan ke arahku lalu mengetatkan hujungnya. 





Maka aku pun memandu dalam keadaan yang sangat sukar. Terpaksa menahan sakit yang menusuk setiap kali aku menarik nafasku. Seksa Ya Rab. Seksa sungguh memandu dengan keadaan sebegitu payah. Mujur sahaja kakiku tidak kejang.




Sesampainya di rumah, aku berbaring. Sakit itu masih menekan jiwa ragaku. Ya Allah apa harusku buat Kucuba tarik dan hembus nafas beberapa kali. Aku cuba tenangkan diri dengan mengosongkan fikiran daripada perkara-perkara yang merimaskan.Tak lama kemudian dengan izin Allah, angin itu keluar!!! Alhamdulillah. Segala sakit sendi, lenguh badan dan juga senak dada langsung hilang! Ajaib sungguh. Sememangnya angin tersumbat tersangatlah bahaya. Disebabkan aku memaksa diriku bekerja dengan perut yang kosong, aku menjadi mangsa kepada kesakitan yang sangat menyeksakan.


 




Pengajaran: jangan bekerja jika lapar. 



p/s: failed attempt of writing in Malay. My malay seems weird


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers