Saturday, May 31, 2014

Pizzalicious

Careless sangat kalut punye pasal takut lewat masuk dewan auditorium PSNZ UMT sampai tertinggal kunci exora atas meja library sepanjang seminar berlangsung YA sepanjang seminar satu jam lebih tu! Gila budak ni. Gile cuai.  Alhamdulillah, Allah tutup hati-hati mereka daripada mengambil kunci kereta itu. Syukur.




How was the seminar? To me, frankly speaking memang agak deep content dia in the way that it was intended to be delivered to people from biological studies. DNA, RNA, ATGC - so many terminologies. I went spacing out after several minutes. It was specific and meticulous way of delivering a talk. I was actually hoping to hear a generalized view on diet, environment and cancers. Hurmmm.







Balik tu seme da stat lapar sbb rushing sampai x sempat breakfast terus menuju ke pizza hut.







Thursday, May 29, 2014

Double Threat

Pagi tadi bangun agak lewat. Dahla lewat, adik aku pulakkk datang menyibuk suh aku goreng nasi. Grrrr. Nak tak nak aku goreng je la. Maka terhasillah nasi goreng cincai mancai sebab kena rush. Jam da dekat kul 10. Peluh toksah nak cite lah. Dripping and falling like nobody cares. Dah nama pun rush. Rasa fresh lepas mandi tu macam sekejap je. Duh. 



Lepas makan tu, aku pun berkemas apa-apa yang patut dan stat enjin keta. Dalam masa tu lah nak kuatkan aircond kasi sejuk badan and muka yang tadinya berpeluh. Pastu baru leh pakai bedak Silky Girl (lol). 





Aku pun drive lah ke kampus. Dalam 5 minit je bhai. Nak dengar satu lagu pun tak sempat habis hehehe. Sampai-sampai terus reverse parking. Masuk-masuk nampak Bellasimo yang berselendang dan bercardigan belang duduk kat mikroskop inverted. Aku pun senyum kat Bella.





"Ha, akak. Saya pun baru sampai nie. Saya da thaw EMEM ngan MTS"



Ujar Bella sambil menunjuk ke arah water bath 37 degree. 





Rajin sungguh Bella nie. Memang student rajin dan helpful. Talkative lak tuh. Memang daebak.




Tadi aku rasa sangat positive dengan result antibacterial yang aku buat semalam. Besar inhibition woooooo. Memang besar. And we thought we were doing it right. Until si Bella told me something awful.





"Akak, semalam saya esaited cite kat Kak Ari pasal antibacterial study ni. Akak tau dak yang dia gelak je kat kita,"





And it was indeed awful. Hahahha. Bella told that we were doing it wrong since we didn't measure the kepekatan of the S. Aureus. Seriously?? I mean SERIOUSLY????!!!!!!!!! Serius aku ingat memang betul da method semalam tu. Ya Allah. Dugaan apekah ini??????? 





Rupanya memang salah pun method itu Jannah. Har Har Har. Hahahhahahahha. Kahkahkah!!! (gelak ramai-ramai jom).






Lepas tu aku da mula rasa down. Down sebab aku pikir kami da diajar method yang betul. Rupanya salah. Salah kami jugak sebab tak baca dulu proposal Dr nak kepekatan banyak mana. And even kalu in case tak ade pun state dalam proposal, boleh je nak ringankan mulut bertanya super senior kitorang si Arifah tu. LOLLLLLL~~~





Sedih tau sedih!!!!







Aku pun sambung pipette MTS untuk measure absorbance guna ELISA. Well plate di tangan ditenung kosong. Dalam kepala duk berkecamuk je sebab kekecewaan mula menguasai. Muka ni da mula tarik panjang da. Mulut mula membebel kat Bela sebab rasa sedih dan kecewa yang da sebati dalam dada. 






"Akak, jangan tension tension. Tengok saya rileks je."




Hahaha. Bagus la Bella. Akak je yang tak boleh nak relax kan? Sebab I think I am kind of a perfectionist so I am always seeking to be perfectionist even in the smallest matter. So dalam hal mcam tadi I felt it was somewhat intolerable---------------- my carelessness that is.






Lepas incubate 96-well plate, kitorang gi pantai pekena air sejuk. Dahaga bak ang. Dengan rasa stress silap buat test antibac lagi. Memang kene take a break. Tengok jam da pukul 11.45. Ha, apalagi, pekena lunch je la terus. Orang pon tak ramai.









Muka cover stress sempat lagi berselfie tepi pantai sambil disapa angin sepoi bahasa yang membawa aroma cow dung (erkkk). Sedap je layan kue teow sup telur spesial sure drooling tak hengat dunia. Enak dinikmati di kala merasa stress atau down berlabwork.... nyum nyum down the tummy.









Lama lepas tu budak berdua nie datang join lunch. Nasi kapaw dua!








Alahai antibac. Main mende ni memang gatal muka. Sebab S. Aureus ni kuman resdung.










Nasihat dari Bellasimo






Selipar lab IMB. Semua wajib beli selipar cover depan macam ni okay?




Tengahri tu bertambah stress sebab result cell ari untuk 72 hr sangat daebakk... Hmmm hence the title. DOUBLE THREAT. 





sape suh gatal pegi tanya result orang.





...

Tuesday, May 27, 2014

Women



Aduhai...



Tadi ajak adik pegi pasar malam nak beli selipar untuk lab Biologi. Alih2 tak jumpa pun selipar. Tapi bawa balik tudung. Ngahahahahahaa. Pompuan wey gile shopping dah kenapa?

Saturday, May 24, 2014

MuHaSaBaH.

Saat mata menatap dashboard blogger, hati kecewa melihat zero comment yang terpampang. Shoot. Ada sekelumit perasaan sedih sebab mengharapkan ada pembaca yang akan sudi mengomen post blogku. Ah, persetankan itu semua. Bak kata Prof Muhaya, orang yang benar2 bebas adalah orang yang bebas dari penghargaan manusia. Yes?




Aku mula menyedari bahawa hidup perlu berkawan. Kalau tak ada kawan, memang susah nak survive, mudah jadi lost. jUST like me when I was a new bud in UMT. I was a stray cat, roaming around like a fool acting like a cool person who needs no one, who'd rather minding her own business. Eventually I became secluded and isolated. I surround myself with a concrete wall which is impervious to any approaches. But then, I tried to pull myself together coz I know I can do this research. I knew it deep in my heart, an impetus which was triggered by my hippocampus. 





 
kau tau apa hippocampus? ni dia. mende biru yang bergelung tu. they say this part stores memories






Then slowly I break the wall that I created myself and stepped aside and rolled out like a wrecking ball. Yeah. I started to make friends and I started to take things positively. This research thangs isn't so bad after all. With my cheerful friends and modest supervisor, I think I can handle this well. All I can say is that, one needs to have guidance from friends in order to boost in anything he/she does. Yeah. You can never be alone. Just like the cell study that I am currently doing. Cells wont grow if they have no friends. Cells will expand and spindle once they got a hold of friends. Those who remain alone will be smaller and more inferior which eventually causes DEATH. Yeah, death.





okaylah, it ends here. lets get back to watching Scary Movie 3

Monday, May 19, 2014

Randomized.

Terkadang merasa benci dengan diri sendiri yang membenci sikap dengki pada orang lain walhal diri sendiri terpalit sikap durhaka itu. Merasa geram dengan sikap sendiri yang berhasad dengki dengan kebahagiaan orang lain sedangkan saat diri sendiri didatangi kebahagian, sendiri juga mengharap orang lain utk turut merasa kebahagiaan itu, bukan malah mendengki.




Nah, daripada dengki kat orang, baik fokus buat mende nie!

Saturday, May 17, 2014

bLuR







Having the courage to take challenges head on does not necessarily bring you good ending. Because the readiness to accept the challenges must also come with perseverance and utmost diligence.

Friday, May 16, 2014

Brink of Broken Bank






I'm seriously doomed. I'm idling around watching tv and laptops and waste time fantasizing things lols while at da same time got tonnes of works to do. Now committing nothing productive actually.


Just now I got this sudden engrossment with caramels that I went surfing the recipes on making caramel candy (which is actually sinfully delicious!) Drooling yall. Fluffy and chewy and sweety. Yum yum. Earlier this morning I had deposited money for the pretzels dipped in almond I ordered before. Talking about crazy crave.  Then I know why and what to blamed on -----> PMS.



I have avalanche of works but I opt for idling. I sat idly just for kicks. Just letting time pass by carelessly. I somehow feel that I'm traversing such a dangerous path. I just have the hunch.. hurmm....



Friday, May 09, 2014

Lacey Handsock

Salam JUMAAT semua.


Dah baca surah Kahfi belum.



Saya ade menjual handsock lace. Bagi kakak2, adik2, abang2, makcik2, nenek2 kat luar sana yang suka pakai handsock tu, why not cuba try this new lacey handsock yang cun melecun?? Ade banyak kaler, meh pilih meh. Hakak bagi harga kasih sayang RM15 sepasang yuols. Kalu beli 3 pasang, diskaun jadi RM40 yuols. Untung kan? Beli banyak lagi yuols akan dapat lagi bnyakk diskaun terlajak laris... ha apa lagi jamu mata jom??



Untuk dapatkan corak handsock lace terbaru, KLIK DI SINI: CORAK HANDSOCK BARU



P/s: kalau berminat bolehlah whatsapp saya 0199558169. Jannah














Contoh pemakaian





Thursday, May 08, 2014

W.O.O.L

Found another proverb from my daisuki no dorama (fav drama). Go after wool and came home shorn. Which means people seek to improve their live better but end up losing what they already have. Kalu dalam Bahasa, kita biasa ckap "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." 





Sapa cakap tengok drama membazir masa? Lalalalala~



 Eccentric cute young woman who was engrossed with watching the same cartoon again and again 










Handsome young conductor








p/s: interesting post this one 

Wednesday, May 07, 2014

The Art of Quenching

plum juice *gulp*





jus asam jawa *gulp gulp*







jus limau kasturi *GULPPPPP!*






Sememangnya sangat mengidam air masam-masam macam nie. Segar anak tekak. AAhhhhh~

Monday, May 05, 2014

Target Market

felixia yeap bertudung
Ini amoi manyak cantik ooooo pakai tudung maaaa~






Tadi masa aku tengok budak-budak nie seeding cell, kawan aku yang sorang ni tiba-tiba bercakap pasal plan dia dan siblings dia untuk buat bisnes tudung (read: shawl). Aku pun join sama. Punyelah kaki gosip kau cakap menda non-academic dalam lab. Dia bersemangat bercerita nak cari design la, buat promosi sana sini, siap nak launching lagi you. Gempak gile budak nie. Grand sangat kau Jah. Aku pun tadah jelah telinga. Dalam hati terdetik bagus jugak buat bisnes ni sebab boleh jana side income (er aku sendiri pun buat bisnes handsock lace even cikai2 punye pun lolsss). Kiranya dia pun masih dalam proses ke arah melaksanakan impian keusahawanan tersebut sebab kena cari supplier, pilih material and design yg macam mana. Yeah better start from scratch than never. 





Aku pun cakap lah, boleh aku beli buat raya. Hee. Da terbayang tudung chiffon kaler peach and soft chocolate untuk buat raye nanti. Woooooo.





Tidak lama kemudian, kawan aku ni pegi approach budak Cina laki (namanya Lam) dan elaborate pasal business plan dia. Lam ni jenis kelakar orangnya. Bila kawan aku mintak Lam promote kat kawan-kawan Lam pasal tudung ni (meaning kawan2 Islam la), dia buat ape kau tau? Dia pegi kat kawan Cina dia (perempuan) and cakap camni kat amoi yang manisss berkemeja kelabu tu,





"Eh, you pakai laa tudung. Mesti cantik ma," sambil tangannya thumbs up.





Dengan selambanya okay. Kawan aku tu yang dari tadi shiok cakap pasal tudung diam. Dia da stat buat muka pelik.Hairan dengan pe'el Lam ni. Ironi sungguh perbuatan si Lam ni yang lawak tak bertempat.




Amoi  tu pun buat muka sambil tunjuk penumbuk,





"Aku belasah nanti,"




Berkerut mulut amoi tu hahahhahaha. Lam ni agak2 ah nak aim customer pun tgok la background dia. Ni main shoot je. Suka hati.  Tapi muka amoi tu pun selamba saja. Tak de nak marah2. Kawan2 rilek sudah. Jangan terasa hati sangat. Dengan perangai kebudak-budakan si Lam ni jangan dilayankan sangat.





Pastu Lam cakap sesuatu yang agak memeranjatkan aku,




"Kan ade olang yang cakap kan, olang yang pakai tudung tak semestinya baik, tapi olang yang tak pakai tudung mesti tak baik maaa,"





(more or less of so)



Serius. Terkejut la jugak. Hohoho. Tabik ah Lam ni. Wa tabikk spring aaa sama lu Lam!!!!!!!!! You really get it right. Kalaulah dia cakap "Ala, orang yang tak pakai tudung ada yang lagi baik daripada yang pakai tudung" ataupun "Orang pakai tudung ni bukannya baik sangat" memang aku karate jurus empatratus juta. You really did the right choice hahah.




Sunday, May 04, 2014

HPS

Hari pening sedunia.




Today I woke up to a mild vertigo. I slept funny and my neck hurt so much. I tried to reach for my glasses. In the half-consciousness state, I dragged my feet to the door. Why does the room wobble? Or was it me who has spinning gasing in my brain (even the moment I write this I can feel vertigo). Oh this vertigo stuff really got me well. I prayed Subh and crawled on the prayer mat after salam. I felt sick. The nauseousness started to take me in. 




I felt like taking a day off but NO! I cannot. I struggled, took a bath and got ready to go to campus. Can I actually drive? With this dire state of health I was hesitating whether to go on or just stay at home. Thinking about those avalanche of works still undone, I erased the attempt of taking day off. I tried to bring myself together. Yep, you can do it.




Magically, when I was in UMT, I didn't feel as bad as when I was home just now. It was so weird. I just go along keeping less mind on that matter. It was lucky enough having the undesirable symptoms go away. I tended my works with all my fella. After completing all stuffs needed to be done, I drove home. However strangest thing happened. The vertigo struck again when I stepped into my room!!!!! Ya Allah. Even right now I can still feel the vertigo. I cannot turn too fast coz I will wobble. Vertigo is so dangerous you know. You can suddenly lose balance and fall unconsciously and may hit hard floor or the even wall. What more if you are holding a big heavy stuff in your hand. Just imagining what will happen makes me have goosebumps.





This thing is too mysterious..... Scary!





So they say ginger can treat vertigo?






Saturday, May 03, 2014

Perkebunan.

note: sila baca dgn menggunakan nada penceramah motivasi bag ceramah kat TV









Perkebunan ialah aktiviti hujung minggu yang berfaedah di mana satu kumpulan manusia akan masuk dalam kebun mereka untuk menebas semak-samun yang makin rakus menebal (dek kerana agak lama ditinggalkan ya) di samping menikmati kehijauan pepohon nan rimbun melambai-lambai tersimpul malu dek angin sepoi-sepoi bahasa. Aktiviti ini amatlah bagus kerana bukan sahaja ia dapat menghasilkan peluh-peluh masin yang sememangnya amat perlu untuk dirembeskan oleh liang roma di kulit mulusmu, malah ia dapat mendorong manusia2 geek (Geek- suka menempel depan laptop, henset, note, tab dan seangkatan tentera dengannya) untuk mengisi masa yang lapang dengan baik, lebih baik daripada mengasyikkan diri untuk baca post2 tak berguna dekat news feed facebook, main game online, blogging (karang mende merapu) dan sebagainya.






Lol.







Lagipun berbudi pada tanah kan digalakkan Islam, bukankah begitu kawan-kawan yang budiman sekalian alam? Errrr.










Buah ape???? Buah salak. Buah apa????? Salak, aku kata. Kau dah kenapa tak paham paham??? *lol*







Yes, inilah namanya bunga duku. Bunga duku ni malu yaa amat sihh harus di-zoom dalemm gituuuu langsung baru ngancem fotonyeeee *kau dah kenapa tibe-tibe cakap Indon?*









Dah macam nak berkelah kat Sekayu da iolsss, siap bawak tikar lagi. Iols tak bawak apa2. Cukup dengan kamera DSLR di tangan. Asyik tengok gambar sampai jalan tak pandang depan. Akibatnya, terjelopok atas tanah awww malu maknok.









Abang Long Fadil bawak parang tuhh. Jaga-jaga!









Air terjun yg xberapa nak terjun. Better be, a small stream of woterrr. I could faintly see those tiny ripples on water most probably caused by the water striders jumping for fun. Hebatla serangga nie. Selamba je dia landing atas permukaan air tapi tak tenggelam. Daebakk wannjang daebakkk.











Sekawan perkebunan nan berbungaaaaa~~~ *gaya ziana zain angkat kening*









Gedik. Menempel kat pokok bajet kaler tudung  match  ngan kulit batang pokok durian lols...











super gedik :P


Friday, May 02, 2014

Analogi Hidup

Muka hitam tapi kalau hati bersih lagi bagus daripada muka putih tapi hati busukkkkk




Kuali yang berkilat lama-lama kita guna mesti jadi hitam kan? Pastu masa basuh mesti susah nak tanggal, kan? Kalu macam aku tadi, aku tenyeh guna sabun mandi pun tak berkesan. Geram punya pasal, aku amik pisau aku toreh kerak kat punggung kuali tu. Berkesan! Tapi penat... Dan berbahaya. Takut luka tangan.



Bila aku surf, macam2 la jugak tips untuk kilatkan balik bontot kuali yang berkerak tu. Ada yang kata just jemur tengah panas utk several days biar panas matahari 'makan' kerak2 hitam sisa makanan terbakar tu. Lama2 pasti kerak tu merekah sebab panas sejuk panas sejuk (tapi berhari2 la takleh pakai kuali hahahah). Ada satu lagi cara. Basahkan serbuk baking soda dan lumur kat kuali. Balut ngan plastik makanan utk elakkan evaporation. Biar lama skit baru basuh. Ha satu lagi tips. Campur cola ngan baking soda pastu rendam kuali tu dalam campuran ni. Sounds good. Yeayy. Gonna try soon.



Hati manusia sama macam tu gak. Kalu banyak berdosa, sikit2 dosa akan menempel kat hati dan tanpa kita sedar hati menjadi gelap dek kerana dosa tersebut. Untuk putihkan balik hati macam warna asal, susah sebenarnya. Macam nak putihkan bontot kuali la. Jenuh menyental baru ilang. Inikan pula hati manusia.




*insaf sekejap*






mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers