Friday, January 30, 2015

Norma hati.

Hai Encik Hati. Apa khabar? Aku tanya apa khabar~






Macam lain macam dah rupa encik hati. Macam kurang mandi. Busuk dan kurang bermaya. Haha. Sembur perfume Davidoff skit boleh?






Hati ni memang susah nak jaga. Kadang dia okay. Kadang dia tunggang-langgang. Caca marba. Turbulence dalam hati sangatlah menggusarkan. Hati dengan akal fikiran adalah dua perkara berbeza. Kadang apa yang difikirkan logik oleh otak, tidak ditafsirkan hati dengan tafsiran yang sama. Hati kita ada otak dia sendiri. Hati atau heart dalam bahasa matsaleh ialah jantung bukan hati liver ye kawan-kawan? Ada paham. Pandanglah dengan mata hati. Mata jiwa. Mata yang dalam.




Pernah alami peperangan dengan perasaan dok? Otak kita tafsir ikut logik. Hati ikut emosi. Even dalam otak pun ada dua region yang tak tally dia punya reasoning. Contoh, prefrontal cortex yang deals with logical reasoning. Amygdala yang bentuk macam kacang badam plak deals with emotions. Kadang, prefrontal cortex (ubun-ubun) cakap sekian-sekian, tapi amygdala translate lain. Logical reasoning vs emotional stirs. So kita boleh rasa keliru dengan perasaan kita. Kita ni sedih ke kecewa ke content ke happy ke??? BEFUDDLING!






Amazing factoid huh? (macam betul tapi aku pon tak sure betul ke tak hahhhaha)





Well I am not a neuroscientist, but more to a violent sociopath (??!!!!!!!)






Kalau orang pompuan, akan ada masa dalam sebulan tu hati akan bermandi hormon. Estrogen namanya. Kalau hormon ni serang, memang akan angin tak tentu pasal. Haha! Biasalah perempuan kalau da PMS tu. Kau faham-faham sahajalah. Jangan dekat-dekat na?





At times, pompuan boleh je terkena mood swings. Tetiba rasa nak nangis. Tiba-tiba rasa cemburu tak pasal-pasal. Tetibe tergelak sorang-sorang. Jangan cakap kami ni gila, memang dah lumrah kalu bermandi hormon memang begitulah jadinya. Hari ni aku emo. Tiba-tiba rasa nak menangis. Rasa tak dihargai. Rasa cemburu dan dengki. Batinku meronta kau ulang semula menyayangi aku (aish kau dah kenapa letak lirik romancinta plak ni?). Ni mesti kes kurang hormon serotonin. Hahaha.... How to boost this hormone?? Go find friends and hug them! You will be dripping with sweet smell of serotonin, a good-feeling hormone. 





Rasa macam nak dancing. Kuar lemak-lemak degil bawah kulit ni (sambil belek spare tayar di perut). Duh.












p/s: somebody is changing. and i don't like changing. i am an advocate of homeostasis.


p/s/s: masalah utama aku ialah aku over-sensitive, especially about people around me. kalau orang sedih atau marah kat aku, aku boleh detect dengan cepatnya especially kalu orang tu jelas2 menampakkan perasaan nya tu. ada yang cuba sembunyikan tapi aku leh hidu awal2.aku ni boleh baca orang la kotnya hahaha. tapi certain orang tak suka orang macam aku nie. sebab aku suka tafsir orang. hahahahhahahaha~~~




orang instinct kuat nak buat macam mana




ripoff




No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers