Sunday, March 22, 2015

CAR WIN

"Kau tu Tipah, duduk biar la elok-elok sikit. Dah macam jantan mak tengok,"


Tegah Mak Minah sambil melabuhkan punggung di sebelah anaknya yang sedang menonton TV itu. Tipah yang tadinya duduk agak tidak senonoh kembali bersila. 



"Ni, rambut ni. Tak reti nak sikat ke? Serabai sangat dah nie. Berbulu mata mak menengoknya,"



Mak Minah menarik rambut Tipah sambil merengus kecil. Mulutnya ralit mengunyah daun sireh. Sampai merah bibir Mak Minah.



"Isk mak nie. Biar jelah. Sikat rambut lawa-lawa pun tak de org nak jugak,"



Pap! Satu tamparan lembut singgah di peha kiri Tipah. 




"Leklok sikit mulut tu. Aku tonyoh dengan daun sireh ni baru tau,"



Bulat mata Mak Minah menjeling anaknya. Tipah hanya tersengih macam kerang busuk. 




"Ha kau tu bila nak kawen? Aku tengok anak Mak Senah kau tu da beranak 3 da. Ni nak masuk anak 4. Ko tak rasa ke nak berlaki? Umur pon da nak masuk 30 tahun. Ayah ko tu kempunan nak cucu,"


Bebel Mak Minah sambil menggulung daun sireh. Mak Senah tu mak sedara Tipah. Mira yang sudah menikahi Johan pada umur 23 tahun kini sarat mengandung.




"Hum, mak tahu tak. Tipah bukan taknak kawen. Tipah ni, kalau ada yang masuk meminang, sure Tipah terima je mak,"



Mak Minah terkejut mendengar ucapan anak daranya itu.




"Hish engkau ni Tipah. Ade ke macam tu? Kena lah tengok dulu empunya badan. Jangan main rembat je. Kita nie kena ada harga diri. Tengok dulu peribadi, background famili dia, kerja apa, kereta apa, gaji berapa blablabla."



Tipah mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan mak aku nie melebih-lebih pulak nie? Aku ke dia yang nak kawen? Getus hati jantan Tipah sambil menyingsingkan lengannya.






"Ala mak. Harta boleh cari. Tapi kesediaan dan kesungguhan nak kawen tu susah nak cari. Bukan senang orang laki nak mai masuk meminang. Kene berani tau mak. Silap haribulan kene reject. Malu. Tu risiko yang depa sanggup amik. Saya respek tang tu."



Tipah mencantas kata-kata emaknya.




"Lagipun, ustaz kata, kalau dah kawen nanti rezeki murah. Nak kaya, nikah. Ni tidak. Orang melayu kita ni terbalik. Kalau selagi tak kaya, tak ade umah banglo sebijik, takde kereta besaw, tak ada at least 10 K wang hantaran, tak mahu kawen. Sampai ke tua la gamoknya takkan berlaki,"


Tambahnya lagi. Matanya kembali fokus pada siaran Spongebob kesukaannya.



"Humph, ustaz mana yang cakap tu? Iyelah tu. Asal nak kawen, terus kawen. Nak bagi makan apa anak bini kalu keje laki tu tak bagus? Gaji tak tinggi? Nak makan pasiaq?"



Aduhai mak. Apa punya fikiran la mak aku nie. Liberal sungguh.



"Mak, rezeki tu kita letak kat Allah lah mak. La ni, kawen jadi mahal. Sebab tu zina jadi murah. Permudahkan pernikahan, sure takde lagi dah zina,"



Ibunya terdiam. Tipah pun terus melayan siaran Spongebob kesukaannya, tanpa menghiraukan ibunya yang terus mengelamun memikirkan kata-katanya itu. Hahahah.







No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers