Saturday, March 21, 2015

SUBUH GAJAH




Jamie bangun dari tidurnya. Mukanya berserabai. Dengan kesan pemetaan saliva di muka dan juga kusut rambut dia menahan nguap. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aduh! Subuh gajah lagilah nampaknya!!! Lekas dia bangun dari katil dan melempar selimutnya. Dia melangkah laju ke bilik air namun langkah itu terhenti saat mata rabunnya melihat adiknya di hadapan komputer.



"Aik, bangun pagi-pagi buta da mengadap DOTA. Apa nak jadi dengan mung nie?"



Jamie menggosok-gosok matanya. Ben yang dari tadi asyik bermain DOTA pura-pura tak dengar. 



Jamie mencapai tuala yang tersangkut di pintu bilik utama lalu dilemparnya ke arah Ben yang bagaikan pekak bila da dapat main dota. Memang nak gile agaknya budak nie abang sendiri pon boleh buat tak tahu.



"Woi, elok-elok ah! Ngah syok main nak menang ni!"


Ben membentak. Jamie menggeleng kepala. Tak tahu sampai bila adik bongsunya itu akan asyik bermain game. 



"Molek sangat lah tu main game pagi2 buta macam nie. Daripada layan menda nokharom nie baik mu gi tolong aboh cat umah tu ada gok pekdosnya."


Jamie memulas telinga Ben. Ben lantas menepis lengan kasar abangnya itu. 



"Ek eleh kerek ah mamat nie. Dia tu bangun subuh lewat nak ceramah orang. Apelah. Malu ah  sikit. Abang apa macam nie"



Ben mencebik sambil membetulkan headsetnya. Jamie bengang.



"Dah kau tu bangun2 terus mengadap benda haramjadah ni smayang subuh dok? Cakap macam nak makan kaki je."



"Hahahaha orang smyang doh lah.... Leklok skit sedap mulut je tuduh!"


Ben ketawa kecil, kemudian menyambung game dotanya.



Errr okay.




Jamie terus masuk ke bilik air dengan perasaan malu.





What???!




Setelah setengah jam dalam bilik air, Jamie keluar lalu mengqadakan solat subuhnya.



"Astaghfirullah, Ya Allah maafkan aku. Aku berjanji akan bangun awal esok hari untuk solat subuh tunai. Ameen,"





LEWL, nak nasihat orang diri sendiri lalok. HAHAHHAH!



No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers