Tuesday, April 28, 2015

Impak



"Wey nak makan ape ni?"

Soal aku saat melabuhkan punggung di restoran ayam penyet AP.

"Hm...mahalnya,"

Ujar seorang teman yang langsung membelek lembaran menu atas meja kayu itu.

"Tulah. Amik yang pakej lah. Murah skit."

Balas aku pula sambil jari menunjukkan pakej nasi bersama air teh.

Selesai menulis order atas kertas, aku lambai ke arah waitress. Waitress pon datang berlenggang kangkung.

"Ni skali sup ke"

Kataku sambil menghulurkan kertas.

"Kita tak ade dah soup. Yang ade dalam menu tu je. Menu baru."

Terpacul kata2 itu ke arahku.

What??? Sup kosong da takde?? Aik sup kosong je pom. Bukan susah nak buat.

Aku pon belek lah menu tengok sup dengan mood sado. Maunya terchekik makan nasi takdok sup. 
Belek punya belek, omak ai. Mahal! Paling murah RM8.90. Hamboi!


"Err.  Takpelah. "


Terus cancel order sup. Waitress berlalu.


Tak berapa lama lepas tu, datang lah waiter dengan 3 finggan nasi ayam fenyek. Sahabat aku berkata


"Nak makan macam mana ni takdok sup?"


Dia menjegilkan mata lalu tersengihh manja.


"Kita order jelah kan. Kongsi tiga,"


Aku berkata. Maka sekali lagi waiter dipanggil. Aku pon membelek menu sambil otak ligat memikirkan sup apa yg hendak dipesan.


"Emmm, sup yang paling murah sup apa ye?"


Selamba sahaja kata2 itu tersembur dari mulutku. Duo orang kawan aku tu terus tergelak besar. Muka waiter jugaklah yg jadi berkerut hahahahahah.



Last2 amik sup soto ayam. Very tak matching dengan nasi ayam fenyet menyet. Sup kosong jugak winner. Lools.


***


Sebelum melangkah keluar dari Mydin Mall, kami singgah di booth kek. Ade satu bekas plastik berisi tat. Menu baru agaknya, getusku dalam hati. Sambil menolak troli berisi barang itu, aku menghampiri kaunter lalu mencapai cawan kertas kecil yang kusangka sisa sampel makanan yg kulihat itu memandangkan ade serbuk kecil di dalamnya. Aku lantas bertanya,



"Mana taster?"

"Ni taster lah ni."

Aku terkejut. Takkan la bagi habuk je? Duh.

"La. Kecik sangat!"


Kawan aku terus tergelak dengan kespontanan aku. Aku pon tergelak sama. muka budak cashier terus masam kot! Aku terus tolak troli laju2 keluar pintu sambil tergelak. Kawan aku mengekori dari belakang sambil meninggalkan seorang lagi terkial2 membayar kek coklat sambil terkekek menahan hilai ketawa.


Hahahhahahaha. 


Boleh tak jangan laser sangat mulut tu jannah hoi!!!!

2 comments:

amer afizal azmee said...

rajin update blog. nice la. keep it up..

Jαnnαhツ said...

yeah i am crazy about blogging. waaupon cite merapu merapik hahaha

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers