Friday, June 12, 2015

cinta pada huruf. cinta pada ilmu.



gambar hiasan



teringat kata-kata seorang kawan. dalam hidup nie, tidak semua yang kita nak, kita akan dapat. sebabnya? Allah nak uji. aku sangat lah setuju sebab dah banyak kali aku alami menda tu. banyak menda yang aku sangat-sangat harap Allah bagi, at the end memang tak dapat. Allah tak kasi. Nak marah sapa? Allah? Kau jangan. Allah maha mengetahui. Sabar dan redha - itu apa yang kita patut buat. 



macam aku nie. jenis suka bahasa inggeris. suka sangat. Aku dulu boleh dikatakan very diligent. seme buku BI yang mak aku beli, aku baca dengan tekun dan tenang (kira mak aku lah yang menyokong minat aku kat BI). aku belek kamus dan cari makna perkataan baru yang aku tak paham. siap ada buku nota kecik untuk catat perkataan baru pastu gigih hafal sebab nak kasi ingat. truthfully, it wasn't easy but all the efforts and hard works i made really benefit me till today. sukanya pada bahasa inggeris sampai jadikan kamus tu kawan baik aku. selalu belek macam buku novel. kalau orang lain siap ketawa lagi. ada ke baca kamus? "hebat" sangat lahhh *sarcastic*. ahhhh, aku persetankan. walau orang cakap "eleh apa hebat sangat bahasa penjajah. pigidah!" ye aku tak nafikan memang ni bahasa penjajah. tapi kau harus ingat, banyak buku-buku pelbagai bidang kat luar sana dalam bahasa inggeris sebab mereka yang monopoli dunia skang. so nak tak nak, kau kena belajar bahasa nie. dan alhamdulillah, aku memang mudah paham sebab aku MINAT. ye, capslock di situ. so kesimpulannya, kena minat baru mende tu jadi senang. 



maka atas dasar itulah aku memasang niat untuk menjadi seorang guru bahasa inggeris menginjak usia dewasa. namun apakan daya, takdir Allah mengubah segala. dek kerana terpengaruh dengan suara-suara orang di sekeliling dan juga kerana result SPM ku ohsem, maka aku tersilap amik bidang. "apa lah kau nie, result banyak A tapi nak amik TESL. rugi tau tak, RUGI!" dan juga "eh result cantik ni bleh amik medik nie. nanti bleh jadi doktor, bangga mak ayah kau," macam tu lah lebih kurang. aku yang ketika itu berdarah muda dan masih tidak matang telah membuat keputusan yang agak terburu-buru. aku sepatutnya ambil bidang yang aku minat. aku tak sepatutnya terpengaruh dengan kawan-kawan aku. walaupun kebanyakan mereka mengambil bidang kritikal seperti medik dan engineering. nah, sekarang menyesal. 



tapi sepatutnya kita jangan menyesal. kita teruskan hidup, mesti ada sebab Allah campakkan aku ke dalam bidang yang aku tak pernah terpikir pun akan ambil. sedih tau. even masa nak amik Master Bahasa Inggeris lepas aku grad degree KIMIA INDUSTRI dari USIM, mak ayah aku lah yang paling tak setuju. terus bergegar jiwa aku bak dipanah halilintar (ceh drama sangaattt efeknya). walaupun aku result okay untuk degree dulu (3.57), aku tetap nak alih ke bidang bahasa. muka mak ayah aku tu toksah cite lah dia punya frowning tu, macam nak makan aku. macam aku ni anak yang paling tak berguna. anak kutip pun tak sehina nie. ahhh, aku membentak! i mustered and directed all the moxie towards accomplishing my ultimate dream of life. aku punya ketegaq tu siap download borang, isi permohonan master UIA sendiri and sampai sanggup gi tanya pendapat lecturer BI aku masa USIM dulu. namun apakan daya, lecturer aku berfikiran sama macam mak ayah aku! nape nak amik master bahasa if degree kimia? bukan ke tak related ke tu? aku pun arghhhhh!!!! seksa jiwa raga. memang aku stress tahap menangis syahdu drama korea. kalau tak kerana aku ni Islam, da lama aku off diri sendiri. nauzubilah. sebab aku takut akhirat dan aku takut neraka sebab tu aku redah je mende nie. kawan aku pun cakap mende yang sama. redah je lah.... redha jelah. sebab redha Allah tu kan terletak kat redha mak ayah. sacred nya mak ayah. hmm.


maka begitulah aku. sekarang masih berjuang sampailah ke SEMESTER 4. tengah writing thesis. paper pun tak siap lagi. aku kena kasi gempak paper aku. baru leh publish ke jurnal yang Q1 tak pun Q2. aku kene kental! ye! mungkin jika Allah letak aku dalam bidang lain, hidup aku tak mencabar. aku mungkin akan jadi complacent sebab duduk dalam keadaan stagnant. dan mungkin juga aku akan bangga dengan apa yang aku ada. vainglorious orang kata. tapi aku yakin Allah dah bagi takdir terbaik untukku. walaupun aku tak duduk dalam bidang bahasa, aku still boleh salurkan minat aku dalam bidang aku sekarang nie. aku dapat cari ruang dalam bidang penulisan paper!!!! aku suka penulisan especially penulisan bebas macam cerita dongeng etc. kalu bidang penulisan paper ni dia akademik so perkataan tak bleh kebabom. kalu kebabom pun mesti tak bleh melangkaui skop akademik iaitu serius dan straight to the point. still, i love writing. it's the same thing that i told my friend, you need to like it before you can excel in it. 





No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers