Thursday, June 25, 2015

Daging Masak Hitam Al-Legam

Assalam.

gambar hiasan (google)


Having received such flattering words from my father and mother for my simple dish really gets my nose flared out of utterly exaggerated happiness. Hahaha. Padahal makanan simple je --- daging masak kicap!


Nah, penangannya sampai ayah dan ibu menambah nasi! Biasanya tak ade nya nak menambah2 nasik tapi kali ni lain. Alhamdulillah. Syukur nikmat. Mungkin sbb semalam dah silap masak terlebih garam so hari ni terpaksalah jadi super careful masa taruk garam sbb taknak jadi tragedi gudang garam pecah atau lori bawak garam terbalik. Huhu.


Ini dia resepi daging masak lada hitam super legam (dah macam Ketuk-Ketuk Kepala kau eh, Ketuk-ketuk Ramadhan lah!):


1 mangkuk daging hiris ikut suka 
(direbus sampai empuk gitew dan air rebusan jangan dibuang okay!!!!!)
Bawang putih (4 cloves)
Bawang merah (3 cloves)
Serbuk bawang putih (beli kat Sabasun)
3 sudu besar serbuk lada hitam Sarawak mariiii
Setengah kiub stok ayam Adabi
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu teh tepung jagung (pemekat kuah)
Hirisan lada besar dan bawang Holland
1/2 tomato rangup (muda)
Garam



Okay dengan bismillah, tumiskan hirisan bawang putih dan bawang merah sampai separa garing. Then masukkan serbuk lada hitam atau black pepper disertai kiub adabi. Kalau xnak letak stok kiub pon xpe. Ai tak pakse you. And kalau rasa nak pedas silalah tambah amount lade hitam itu. Agak2 da garing tumisan keperangan, masukkan serbuk bawang putih dalam 2 sudu. Serbuk bawang putih kene letak lewat skit sbb dia cepat garing. Da nama pon serbuk. Biar garing skit. Bau dia semerbak aihhhh. Sampai adik aku yg laki tu tetibe menempwl kat sebelah sambil berkata, "Waw, smells delicious! ".


Err...


Selepas itu, masukkan daging yg ditoskan. Ingat! Air rebusan daging jangan buang dulu. Air itulah secret recipe masakan ni. Letak tepi air rebusan. Masukkan daging tu dulu.



Biarkan mereneh. Dalam setengah minit lepas tu, masukkan kicap manis diikuti sos lada hitam. Biar dia bergaul sebati. Kecikkan api. Kemudian masukkan air rebusan daging. Agak2 lah biar kena dengan selera. Kalau kau tu jenis makan nasi banjir, letak banyak skit air rebusan daging. Kalau jenis macam aku nie ha makan xbanyak kuah, sikit je lah letak air rebusan daging itu. Tapi dek kerana ayah dan adik jenis sukaaaaa makan nasik kuah banyak, kene lah letak banyak air daging, biar extra berkuah. Nahh gitu kekdohnya.



Okay ye lepas letak air tu, renehkan. Lepas da 2 minutes,  masukkan hirisan tomato. Kemudian, letak hirisan bawang Holland dan jugak lada besaq. Sebelum tutup api, tabur garam ikut suka mung. Nak darah tinggi letak la dalam 2 sudu besar. Nak jaga kesihatan, letak setengah sudu teh sudahhhh. Bulan poser ni jaga skit blood pressure hokay???



Bila da layu tomato,  tutup api. Apo lagi? Hidang sajo ateh mejo. Voila, Siapppp! Makanlah lauk ini dengan nasik puteh, gerenti kecur air liur..... peace yow.



Salam Ramadhan yuollsss...



TIPS:


1) air rebusan tu wajib letak baru sedap. kalau tak letak memang kurang oomph.

2) jaga api. jangan kuat sangat. hangit la weyh.

3) garam kena letak lassst skali. baru ada khasiat. silap orang kita masak sebab letak garam awal2.  garam kan potassium chloride @ sodium chloride. jadi zat potassium/sodium akan mati sebab over heated if letak garam awal2. tinggal chloride ion je. tu yg jadi racun.


4) tumis kena betul2 holiaww ehh dok dok. tumis kene betul2 garing baru sedap ye.



No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers