Saturday, July 25, 2015

Live in the Moment

Mcboulette Laparatomy turns sweet 26 on July 24, 2015. Err sweet ke? Awak tu dah tua. Tang mana sweetnye?? 



.
.
.



23 July 2015 bertolak ke Kuantan, beraya rumah nenek belah ma. Boleh tengok kebun, boleh makan duyanggg (read: durian), bleh main ngan burung tekukur, dan yang paling best kene kejar ngan ayam!. Hahahhhah hysterical! Punyalah gangsta and ganas ayam tu sampai kami bertiga dikejarnya dek kerana mendekati reban ayam. Adui, memang dia sangat gigih defend territory dia. Ini wilayah ayam, kata si ayam dalam kokokannya (lagi satu jangan ajuk dia mengokok, memang kene kejar). Lols. Akhirnya aku faham perasaan Sheldon Cooper yang fobia ngan burung especially ayam. Ayam patuk bleh tahan sakit. Tapi aku paling tak boleh lupa insiden kene kejar ngan angsa. Hahaha. Angsa pun bleh tahan samseng. Dengan leher jinjang dia. Selamba je nak sudu orang tanpa belas kasihan.








On the way ke Kuantan, sempatlah jugak menyinggah di Romantika. Naik gile tengok macam-macam barang hiasan rumah. Rasa nak pindah situ je. Hahahaha. Kalu da namanya perempuan memang nature suka membeli belah tanpa motif.




Rasa suasana kampung bile sampai kebun atuk nenek. Burung berkicau (eh berkukur lah) riang. 





Welcome and please proceed to the living room while I run tea brewing program (robotic Bobby)




Main enset pulok Koyah. Ohho~ Melayan perasaan syahdu lagu Ja Passou lah tu. 




Kopi siap!!! Sesi makan durian dan wefie berjemaah. ADIK aku sado ko hado?





On a parallel universe,  di kala puak-puak Gen Y sibuk berwefie, mereka di bawah ini bersama-sama wak tuppat. Haaa wak tuppakkk. Wak tuppak (read: mengumpat) doseee. Wahahahha. Actually depa menganyam ketupat palas, bukan mengumpat ye kawang-kawang. Hahaha (lame pun yeah I know). Wak tuppat baguh, mengumpat jangan sekali.



Lipat jangan tak lipat ewahhh!





Rare experience nie. Bukan senang nak ade skill anyam ketufat falas (read: ketupat palas). Maaflah ade lisp skit. Haha.




Semangat wak tuppakk oorh.



Sementelahan itu, terlihat sosok tubuh seorang budak main bunga api sorang-sorang. HAA! Gaya kpop ke apa ni bend separuh badan. Gigih ko mencari sisa lebihan bunga api. Let's see some mabushi no hanabi yowhh! (Hanabi: fireworks)





Mek tudung maroon yang ni pulak main senapang. Berlatih nak masuk brigade al-qassam ke? Muka penuh emosi betullah adik aku sorang nie. Emosi dalaman dan perasaan dia kuat orh memang transparent bila pandang muka dia. Hahaha.






Luncheon makan nasik gulai ayam cicoh budu beserta pulut durianggg sebagai dessert. Sedap weyhhhhh. 
Mantopppp perghhhhh! 





Sebelum balik, moh berwefie lagi jom! Budak birthday berbaju biru gelap esaited lebih sebab birthday dia ekpong (redundancy unavoidable). 









 Ha jom minum kopi mana camera ambik gambar jom? Tengok, lebah pun nak join berwefie. Sekelamin pulak tuh.






Inovasi monopod lampu kalimantang oleh Poksu kite. Cool huh? Bleh masuk 9GAG nie. Hahahaha.







Mode teratur. Lawa je langit. Biru cerah... Perfect for shooting.





Haha, apalah yang kelakar agaknya tu ye? Aku pun da lupa sebab ape aku gelok sampai terkeluar double chin. Adoi.




Tak cukup lagi sorang lah. Mana orang Volkswagen? Ce cari celoh pokok pisang rasa juppe kalu kelih mollek. 






Dengan Tokwan + Tokmek (mode kaku a.k.a skema)





Freestyle! Mode gila-gila hari rayer. Hok tengoh tu siap main angkat-angkat 
pulok aduiii (tepuk kepala)




Breakfast time! Di rumah Mok Cik Ayu ngan Pok Din








meme sedakkkk pom! sapa menamboh birthday girl



Semangat makan MI KARI awesome sampai semua diam tak terkata. Hahahhaa. Menamboh aje kita ye?? Mekasih la ke Mok Cik Ayu kita yang selamanya ayu. Sedap mi kari. Nora bagi LIMA bintang. Probably one of the memorable birthday presents lah sebab dapat makan mi kari best masa birthday.





Lepas nie boleh lah outing lagi ye? Lagi ramai lagi best. Pakat sembelih kambing pun sedap. Makan kambing bakar cicah black pepper sauce. Kecur ayaq liyoq.



p/s:

i) I am Lost in Madness (LIM) but I am trying my best to Live in the Moment (LIM). It should be reciprocal right? Then only it will balance each other. Hmmm, that's how much I figured out.


ii) Air dicincang takkan putus. Bersangka baik dan move on. Live your life happily and never let negativity invades you and consumes your sanity.



Adieu~

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers