Tuesday, July 21, 2015

Melancholy

Aku dok tahu bakpe. Rasa sayu je hati ppuangg aku nie. Dari bulang pose ritu agi. Pahtu ye mari teringat lirik lagu Sudirman dalam pale (Sudirman dok tahang tu, pelik nggohh ah). Kalu awok2 mung nok tahu, mood aku sangat berkait rapat ngan lagu. Kalau aku happy, akan kuar lagu happy lam pale nie. Kalau sedih, lagu sedih akan terpasang dalam kepala macam ade midget (orang kenit) dalam kepala hok duk kawal kaset dalam otok. Hidup aku jadi supe montaj doh. Aduih. Masalah betul. Kadang bangun tidur pun boleh tibe-tibe bergema bunyi lagu dalam pale lagi-lagi kalu lagu tu aku duk nyanyi dari siang ataupun aku dengor orang nyanyi atau pasang ulang-ulang. Jadi pening waseang. Sape dok au duk maing lam pale nie. Rajen pulok ye gi putor kaset lagu-lagu. Putor kaset ayat quran takmbboh (err sentap pulok doh).


Aku dok au gok bakpe otak aku cepat pick up irama dan melodi. Pahtu ye lekat cam cekelat gam. Bahaya gok. Kalau kene mende molek dakpe. Ni bile ye mari masuk mende dok mollek, rosok otok. Mende dok leh tapih, dokleh kawal. Doh peseng ye main serap je supe sepang (sponge). Maah lah ambe rase nok cakak ganu lok rini haha. Rasa dok pekak (pekat) mana. Ade agi hok pekak dari hok nieng. Dok pahang suddoh. Mung maing jauhh kalu dok pahang (kihkihkih ngenakk molek).



Lening duk ulang lagu Joget Kenangan Manis (mood happy). Pahtu duk dengor lagu Terasing ngan Merisik Khabar time mari mood sedih. Haduh lahh. Rasa nok nangis pun ade. Berabokkk dalam hati. Dulu masa jamang beringuh aku (zaman kecik-kecik), aku ingat agi masa ayoh aku pasang kaset lagu Sudirman. Masa tu Sudirman tak dok doh rase. Seingat aku masa surf Youtube ritu, tahun 1989 tu ada lagi konsert Sudirman. Tapi tahun tu aku baru lahir lah. Masa aku besorr doh dan boleh store long-term memory dalam hippocampus (ecewah sains ngak), Sudirman takdok doh. Dah dijemput Allah. Masa tu umur aku 6-7 tahun gamoknye. Aku ingat agi ayah aku sokmo pasang lagu arwah tiap kali masuk keta. Pendapat aku pasal lagu-lagu Sudirman? Aku kata dalam hati, suara tak sedap. Lagu kuno. Takde irama anak muda. Ecewah. Hahhaa. Judgy betul. Kerek betul masa budak pun da bajet poyo kahkah. Last-last dalam pada duk kutuk dok sedakk tu, aku membesar dan ended up menyukai lagu nyanyian arwah jugok - Ayah dan Ibu, Nilai Cintamu, Warisan, Selamat Hari Raya, Pelangi Petang etc. Lagu arwah sangat deep. Lirik dia sangat dan teramat dalam. Kalau hok jenis dengor lagu sebab irama sedap memang akan tak suka lagu arwah. Tapi kalu kita amati setiap bait lirik dalam lagu-lagu nyanyian arwah, feeling habis weyhhh. Meleleh lagi-lagi kalu dengar lagu sedih dia. Suara dia memang takdelah special sangat, tapi feeling dan kekuatan lontaran suara dia sangat memukau. Sebab tu lah dia dinobatkan penyanyi number satu Asia. Huhu. Berkapoh peminak dia. Bukan tu saje, dia ni lawyer by profession kalau mung tahu. Lulusan UM kalu dok silap. Hebat doh tu. Lawyar hok pandai nyanyi pandai nukihh (lukis karikatur), pandai jadi host rancangan ---- multi-skilled. Mung nok nape gi? Ce kabbo mollek kak aku.












"Sebuah cinta dan harapan, menjadi debu berterbangan, tersekat nafasku, kabur pandangan mataku, amat tersiksa jiwaku, kerna kehilanganmu, ohh  ohh ohhhh mengapakah harus terus mengharap menanti, walau cukup kusedari kau takkan kembali,"



"Terkapar-kapar ku kelemasan, sakit dilambung ombak kerinduan, di dalam tidur di dalam jaga, diulit mimpi yang serupa, mengapa aku jadi tidak menentu keranamu~~"




*sedih sobssss*






Sedih baca kisah dia mati penyakit misteri. Orang kata mati kena buatan orang. Wallahuallam. Kalau nyawa dia panjang, mesti umur dia dalam 50 ++ tahun. Tu kata, ajal maut sapa tahu. Tu seme keje tuhan. Rima mati tinggal belang. Manusia mati tinggal nama. Dan memori. Sedekah Al-Fatihah lah ke dia.







......................





on rather an unrelated topic, tadi pegi open house sekolah lama. all in all, hambar. sebab tak de kawan2 lama. sedih maknok.





open house raya SMKATJ





p/s: woi bila nak start edit paper????!!! (tengok jam da pukul 1.20 pagi!)



No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers