Thursday, July 09, 2015

My Honey Rumman & Manish Dayal





7 July 2015 - tarikh yang menyaksikan aku berhabis wang 1.5 K demi thesis. Terpaksa beli laptop baharu biar kerja edit thesis dapat berjalan lancar. Dek kerana laptop Asusku meragam, Lenovo lah menjadi peneman dan pengganti. Agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan laptop baru ni. Rasa kekok ya amat. Namun, hati merasa lega kerana tergerak mahu membeli lagi laptop. Mana nak siap kerja kalau tunggu laptop yang lagi satu siap baiki. Entah masih dalam warranty ke idok aku pon tak sure. Harap-harap masih warranty lah, kalau tak, maunya melayang 400 ++ ringgit malaysia yang semakin merudum nie. Ugh. Amoi kedai Alphatech tu pun bilang mungkin lepas raya baru laptop tu siap baiki. Kamu tunggu saja kami call bila da siap baiki, katanya. Hurmmm. Ada hikmah besar di sebalik kehilangan ini. Allah itu maha besar. Dia tahu apa yang terbaik untukku.



Okay, habis cerita laptop.




Sekarang aku sedang berdiet. Di bulan puasa yang mulia, aku cuba kurangkan makan nasi. Masa buka makan segenggam je nasi putih pastu makan lauk banyak. Memang langsung tak sebu. Kenyang pun berpadanan. Masa terawikh pun rilek je tak mengantuk. Sangat nikmat makan nasik sikit. Kalau nak ikut diet Atkins (haramkan nasik dan carbo yg lain) memang tak le. Da jenis hantu nasik nie memang tak boleh kalau tak sentuh nasik. So, bak kata coach kesayangan ramai, Kevin Zahri, makan la nasik berapa kali kau suka dalam sehari, asal sekali makan satu genggam. Ingat tu, SATU GENGGAM! Yeah. Dan alhamdulillah, berkat mengamalkan tips satu genggam nasi, aku mula perasan aku da kurang visceral fat! Yahooooo!!!! Dan buktinya, berat badan turun 2 kilo dari 70 kg ke 68 kg!!! Yahhhhhhooooooooooooooooooo! *excited* Yelah excitedlah sebab baru 2 bulan lebih da kurang 2 kilo. Maybe setengah orang 2 bulan bleh kurang 5-6 kilo, bahkan 10 kilo. Tapi bagi aku hilang 2 kilo tu pun satu perkara yang sudah cukup menggembirakan hati. Turun pun sebab berpuasa jugak. Berkat bulan Ramadhan.



Ha, lagi satu. Aku amal minum rumman. Apa tu? Rumman tu delima. Aku bancuh air delima and minum sebelum makan. Memang lawas, in sha Allah. Sebelum tidur pulak, amal minum air madu kelulut stevia keluaran Jabi yang superr berkhasiat. Manis masam. Waw amazing nectar! Namun, madu nie agak mahal la. RM140 untuk 1/2 kilo. Hmm. Madu memang mahal, Lagi-lagi yang pure. Bila dah makan madu nie, mestilah minum banyaaaakkk air kosong. Sebab madu kan panas. Yeah itulah diet aku skang nie- delima, madu, air masak, dan kurang portion nasik.



Eh eh lupa nak cakap. Aku skang amalkan invisible chair, senaman nak kuruskan pinggul dan peha. Kau sandar kat dinding and bengkokkan kaki macam posisi duduk atas kerusi tapi kerusi ni tak kelihatan. So dalam postur ni kau akan menahan berat badan menggunakan pinggul dan peha. Memang akan terasa pressure kat peha. Makin lama boleh tahan makin banyak lemak terbakar. Rekod aku sekarang 60 saat!! Memang tak dinafikan mula-mula susah nak buat. Dulu, 2 saat da kalah. Letih oooh. Pastu upgrade jadi 5 saat with unrelenting practice.  Then naik jadi 10 saat, kemudian 20 saat, 30 saat 40 saaat sampai lah laa nie 60 saat. Lepas ni nak cuba buat 5 minit lak. Ahaks. Pengajaran, jangan malas praktis!!! Praktis dan praktis lagi baru berjaya. yeeahhh.... 




senaman invisible chair untuk kuruskan peha!











p/s: entah kenapa cair je tengok mamat nie dalam 100 feet journey tuh. dahla ensem, pandai masak laktu. sexy betull. dugaan bulan puasa. haha.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers