Friday, August 07, 2015

Of the Impending Matrimony III: Budget


Nanti pelamin nak buat lebih kurang macam nie lah. Cuma kain puteh yang belakang tu untuk backdrop nak pilih kaler cream satin (8 meter x RM4 = RM32.00). Mesti lawa. Pastu nak tambah beads string yang kilat tu. Yang se meter tu harga dalam RM4 ke RM5. Biar dia terurai dalam 10 columns dangling ke bawah waaawww mesti cantik!!! (RM4 x 10 = RM40.00). Kain nipis (chiffon georgette) warna soft turquoise ngan soft purple dalam 4 meter (RM5 x 4 meter  = RM20). Bunga dua pasu maybe sewa (RM50 x 2 = RM100). Bunga decorate atas sekali (RM5 x 6 = RM30.00) campur bunga DIY kaler ungu plus turquoise dalam RM30. Karpet puteh maybe dalam RM150. So total cost untuk pelamin sahaja baru dalam RM410. wow!! tu tak tambah bantal kecik2 tu. ayokk. kalu sewa kerusi mahal lagi kot. huhu.




so roughly, untuk pelamin DIY a.k.a self decoration ====> plus minus RM500


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers