Thursday, August 27, 2015

Oremonogatari



Hidup ni bukan percuma jannah. Kau harus berjuang demi menegakkan mimpi menjadi reality. Jangan harapkan pujian palsu. Baik kau tahan telinga kau menerima kritikan yg jujur daripada mendengar kata bicara manis yg pastinya akan backfire suatu hari nanti. Kritikan kutukan dan komen,  itu perkara biase dalam hidup. Nak tak nak, kau kene hadapi jugak.
Walaupun kadang2 kau bersusah payah usahakan sesuatu. Kau rasa kau da nampak hasil. Tapi mulut2 org di sekeliling masih berbunyi. Masih mengkritik. Tidak kira betapa penat dan betapa susah kau kerjakan bende tu. Manusia tetap mengata. Tetap menghina. Apa yg mereka nak sebenarnya? Kau sendiri masih tertanya-tanya.
Lantas kau pun tersedar. Kau selama ni mengharapkan appreciation org. Mengharapkan puji org. Sedangkan kau tahu jauh di sanubari manusia takkan pernah hadir puas. Takkan pernah merasa cukup. Selalu mahu lebih. Mereka lebih hiraukan selera mereka tanpa memikirkan penat kita. Tanpa mengira lelah kita. Ade apa lagi yang kau mahu harap daripada mereka.
Betul lah apa org kata. Janganlah dikejar puji org. Kejarlah Allah. Nak puaskan hati manusia ni payah. Nak dapatkan redha manusia ni susah. Tanya diri sendiri. Kau tahu maksud aku. Sedangkan utk kejar redha Allah itu mudah. Berdoa beribadah dan ikhlas melakukan amal di jalan-Nya. In sha Allah berjaya.
Aku agak terasa. Apa yg aku buat langsung tak timbul. Sebaliknya mende yg aku x buat pula dibangkitkan. Adilkah jika dalam satu team aku seorang sahaja diharapkan utk melangsaikan beban tugas? Sedangkan ramai lagi ahli lain yg sepatutnya bertanggungjawab pada waktu yg sama. Kenapa hanya aku disalahkan. Kenapa ahli lain seakan kebal dari tuduhan. Aku menggumam. Rasa dilayan dgn tidak adil. This is not fair! Ade juga perkara yg aku usahakan tidak dihargai. Terasa perit hati ini. Sebab aku berusaha sungguh2 buat mende tu tp org x pandang. Org anggap aku buat sambil lewa. Aku sedih.
Selalu saja perasaan ini hadir. Selalu saje menjadikan aku perang dingin dengan seseorang. Aku sedih. Aku sedih kerana selalu disalahkan. Mungkin kerana hatiku kotor? Mungkinkah kerana jiwaku kosong? Dan mungkinkah ini tandanya Dia sedang memanggilku utk memuja-Nya? Wallahuallam. Berilah aku petunjuk.


No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers