Monday, August 24, 2015

propriety.

Hai.

Hari nie aku pergi Kedai Ubat Shisen Poh Ann kat bandar teganung yang. Bangunannya kuning terang. Sebelah pasar payang. Sebab nak cari ubat herba utk sakit bengkak leher ma aku yang tersayang. Wahaaha so funny they even rhyme!!!


Tupun tau kewujudan kedai tu sebab cari kat Google lerr.  Masa aku taip "ubat sakit leher" ngan "ubat bengkak leher" xde plak keluar suggestions kedai tu. Tapi once I typed "ubat bengkak keng" terus keluar suggestions kedai yg disebut di atas READ HERE. Urm. Kene type bahasa ganung jugoklah nampok gayanya. Alohaii. 


Masa masuk kedai, ade lelaki dewasa Cina tengah baca paper. Aku pun dgn langkah gagah berani terus approach si leng chai. Muka da ala2 retis KPop. Dengan berani aku pun mengayat,


"Hai leng chai. Lu manyak ensem lah. Macam itu lee minho lah. Jadi boyfriend ai la, mau ka?"




Lols. 




Mestilah tak. Kan? 



Aku cakap macam ni,


"Er hye. Emm boleh tak saya nak jumpa dokter...??"

With utterly awkward face. Meh!



Lalu si lengchai memanggil stafnya (malay) yg sedang makan di meja. Kawannya yg  duduk di sebelah berbaju kurung berambut percuma (freehair) lantas bangkit lalu menjemput kami tunggu di dalam. Tabib sulah pulang, jumpa sama itu MA pun boleh. Boleh ka? Boleh la amoiii. Kami pun mengikuti staf itu yg berbadan gempal dan comel. Staf tu x banyak senyum. Kurang mesra.


Dari kejauhan aku mendengar lengchai menjerit kepada stafnya dari kaunter  "buka kipas lah," untuk kami yg duduk di ruang menunggu. Memang bahang la jugak kedai. Courtesy si lengchai manyak bagus. Cuma stafnya kurang bagus. Haiyaaaa. Talak paham bahasa melayu itu punya staf melayu. Aku pulak yg pegi on switch kipas yg ade kat situ. Bau herba2 menusuk hidung. Semacam ade orang tengah brew ubat ubatan. Bau macam rebusan lada kering pun ade. Haha...


Dek kerana bosan, kutilik papan maklumat di ruang menunggu itu. Banyak keratan akhbar memaparkan testimony pelanggan yg berpuas hati - ade yang datang sebab buasir, mandul, goiter dan juga banyak lagi penyakit2 org kebanyakan. Hurmm. Impressive. Acupuncture pun hado kat sini.


Ade jugak satu artikel ni pasal longan cina utk tambah susu ibu. Hm. Teringat blog irinenadia pasal nak tambah susu. Memang bagus la ubat2 Cina ni. Hoo liowww lorh!!!


Dari jauh aku nampak seorang wanita cina yang sedang mengeringkan rambutnya. Rambutnya hitam kerinting. Paras bahu. Skirt senteng yg dipakainya bercorak bunga. Ade seekor anjing yg sedang lena tidur di ruang belakang.


Tak lama kemudian, wanita tersebut panggil kami masuk ke bilik rawatn. Lar, dia rupanya MA yg disebut tadi. Kami pun masuk ke bilik tabib. Kukira umurnya macam dalam lingkungan 40-an. Lantas dia memeriksa ibuku. Ditanya berapa umur ibuku, berapa orang anak dan medical history.
Ma tanya dia umur berapa. Dia cakap 56. Aku dan ma were like "what??? Mudanya!!!!".


Tiba tiba dia pandang aku lalu bertanya

"Ini anak you number berapa? "

Ma pun jawab

"Anak number dua,"

"Belajar lagi ka?"

"Ya. Belajar lagi."

"Umur brapa?"

"Dua puluh nam," jawabku.

Apa? Dua puluh nam? Ingatkan 16 tahun!!





Wahahhahahahahahaa. Aku tergolek2 kegembiraan. Tak cukup tanah aku golek. Dalam hati lah. Hahahahaa. Berbunga2 hati ni tau dok. Boleh pulak orang cakap umur 16 tahun. 10 tahun lagi muda dari umur asal kot. aahahahahhhhahahha~ *blushing*


Pandai la lu amoi. But seriously you made my day. Hahahah.



p/s: amoi itu pesan, mesti mau berak hari-hari baru sihat maa.. 

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers