Friday, November 06, 2015

Braggadocio






Aku ni jenis yang suke berdendam. Actually, bukan suka. Tapi dah nature aku suka simpan perasaan benci tu kat orang kalu orang tu tak layan aku macam yg aku expect lagi2 kalu dia layan aku dengan buruk dah berpuluh2 kali. Dan benci tu lagi kaw bile orang tu jugak expect aku layan dia baik padahal dia layan aku mcm sampah. Mana boleh. Kau layan aku macam aku ni sampah, then expect aku layan kau bak raja. Memang tak ah. Kalu equation kimia pun tak balance okay? Meletup reaction kau nanti.

Tapi yang malangnya, even when aku tak suke kat orang tu, aku akan jadi FAKE/HYPOCRITE kat depan dia. Aku akan berlagak aku ni taka de apa-apa, macam aku takde harbour any hard feelings whatsoever dekat dia and layan dia macam aku layan kawan2 lain yang aku suke. Padahal dalam hati “kecik besar, kecik besar je aku tengok”. Hahaha. Memang jenis bukan pandai luahkan ketidakpuasan hati. Pun bagaimana walau, dalam hati je aku benci. Kat luar aku takdelah nak sabotage dia ke, malukan dia ke. Atau harap berlaku perkara buruk ke kat dia. Tak. Aku bukan macam tu. Aku cuba latih diri aku, sekuat manapun perasaan negative tu kat seseorang, aku akan cuba untuk kawal. Tak boleh biar negativity invades the heart sampai hati membusuk dengan dengki dan benci tak bersempadan. Ewah. Hati biarlah berbunga dengan pohon kasih sayang. Barulah hidup tenang. Belajarlah untuk memaafkan orang, duhai hati. Allah takdirkan kau jumpa orang macam tu sebab nak suruh kau rasa peritnya tidak diendahkan dan peritnya dipulaukan atau dilayan macam kau ni bukan siapa-siapa. So lepas ni, bila kau da tahu macam mana sakitnya perasaan dilayan sebegitu, seharusnyalah kau ambik pelajaran. Layan orang lain baik-baik. Tolong orang sehabis baik. Be mature lah lepas nie. Even when people give us hard times, we should try to stay calm and move on with our life and act as if nothing ever happened. As if whatever they do or whatever they say don’t even leave a scratch on you. Yeah. Revenge is like letting people renting a room in our head free of charge. What a waste would that be isn’t it? Better think about other good things.



Cuba cari muka paling kuat kebencian. Just so you know, dalam hati masa ni sangat happy okay? Tapi terjemahan ikut muka?? Memang 180 darjah beza. Hahahha. So just bayangkan kalu dalam hati tengah bara, muka macam mana.




You are what you think. What people say would not hurt you if you don’t allow yourself to be hurt by their words. Macam bagi aku, susah nak jadi macam tu. Kata-kata orang memang akan buat aku terkesan. Aku ni jenis mudah ambik pusing dengan mulut orang. Dan first impression biasanya sangat dalam dan sangat bahaya. Kalau da mula-mula kau dah buat hal ngan aku, memang sampai bile-bila otak aku akan programme kau macam tu. Nasib lah. Bahaya kan. Itulah yang dinamakan embedding. Embedding - first piece of info that we get made us believe in a probably a diverging way that no matter how other facts which may come after won’t change our belief. It is a term to describe our tendency to latch on to the very first piece of information making us ignore the successions of info coming after.

Maafkanlah orang lain. Even kau dengan Tuhan pun banyak dosa, Tuhan boleh ampunkan. Maafkanlah manusia. Semua ada masalah masing-masing. Sebab tu lah lahirnya personality yang banyak dan berbagai.


Aku ingin jadi matang. Aku ingin jadi manusia yang memaafkan dan sanggup korbankan perasaan ini demi orang lain. Namun, dalam hidup ni, kita takkan boleh satisfy semua orang. Memang akan ada waktu orang akan terluka sebab kita. Dan akan ada jugak lah waktu kita yang akan dilukai. Itulah dugaan hidup. What goes around comes around.



Sekian.

Ditulis dari katil empuk ketika hujan renyai-renyai .


p/s: tajuk memang langsung takde kene mengena dengan post okay?







No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers