Saturday, November 07, 2015

Demam Undercoat




Tadi aku beria tolong ayah ngan adik aku cat bilik. Actually, aku tolong cat asas je (undercoat). Boleh tahan seronok mengecat rupanya. Harhar. Yang aku tak paham nape aku tak berpeluh pun mengecat padahal dekat 2 jam jugak aku pulun mengecat, dengan terpaksa mendongak atas bawah. Dahla bilik tu dekat 15 kaki gak tingginya. Memang sakit tengkuk nie. Niat di hati asalnya nak kuruskan lengan berlemak nie, tapi memang tak berhasil sangat lah sebab tak berpeluh sangat pon. Berhuhu je lah.


Yang paling tak tahan bau dia lah - mak aiiiiii pedih hidung! Bahaya kan bau cat nie. Boleh rosak paru-paru. Nauzubillah.



Dalam pada syok mengecat tu, ralit pulak bercakap ngan ayah aku. Huhu. Rupanya trait suke bercakap tak berenti-renti ni datang dari papa ai. Hahahahaha. Memang anak ayah kot. Selalu menempel kat ayah. Masa kecik pun salu tido ngan ayah and main ngan ayah. Ayah ayah ayah! Sampai sekarang kamcing walaupun slalu gak gaduh pasal politik (harharhar). Aku kalu cakap pasal tu memang emo. Ayah aku pon boleh tahan berapi. Kihkih. Gaduh-gaduh pom baik jugak lepas tu. Asal hidang air teh sedap terus bleh berbaik semula. LOLSSSSS.




Dalam pada bercakap tu, ayah aku kata,




"Kakno biasa dok juppe orang hokk bbaiik ngan kite sebab nak mende ngan kite?"





Hmmm. Aku selalu dah jumpe manusia macam nie. Memang spesis ni jenis sombong, tegur kite pon sebab nakkan sesuatu daripada kite. Tu je. Kalau tak de apa-apa hal, memang langsung tak layan pom. Memang angin lah dengan orang macam nie. So aku tak boleh jadi macam tu. Akan dicop sombong nanti. Hahha.






"Sokmo doh juppe ngan orang gitu aboh. Ramai je."





Pahtu ayah aku sambung,




"Orang jenis gitu kalu mende molek ye kata dia buat, kalu mende uduh ye kata kita."



Okay yang ni aku tak boleh nak relate dengan diri aku. Sebab tak pernah kene ke aku. Hahha. Mungkin ayah aku penah kene dengan orang macam nie. Kesian pulak. Ragam manusia kan? Memang pening. 




Begitulah ceritanya antara intipati perbualan anak beranak. Lepas cat sebahagian, aku surrender. Terus masuk bilik pengsan. Hahahhaha! Letih okay?



.....












No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers