Wednesday, November 04, 2015

Kisah Donnatella Sharapova dan Muweela Jovovich




"Wey, aku tiba-tiba rasa nak kawen la," Donnatella Sharapova tersengih nakal. Dia mengukirkan senyuman pada sahabat baiknya Muweela Jovovich yang sedang menghirup air coconut shake kegemarannya itu.


"Isk, tiba-tiba je engkau nie. Dah kenapa gatal sangat nak berlaki?"


Muweela mengomel sambil membetulkan tudung corak abstraknye itu.


"Ala Muweela. Kau bukan tak tahu. Kawan-kawan kite ramai yang dah kawen dan bakal kawen. Kita bile lagi dowh?"



Ujar Donnatella. Donnatella memalingkan pandangan ke arah pantai. Terasa angin yang bertiup menerpa lembut ke pipinya. Dilihatnya sepasang suami isteri sedang bersiar-siar di tepi pantai sambil si suami mendukung anaknya yang pada perkiraannya berusia 1 tahun lebih. Macam pernah kulihat la lelaki tu, getusnya dalam hati.



"Donna. Kau sabar je lah. Jodoh itu pasti. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Nanti ade lah tu,"



Muweela cuba menenangkan sahabat karibnya. Donnatella hanya mampu sengih terpaksa. Masam.


"Yes, aku tahu. Tapi aku risau. Kau tahu kan, nanti kalu company demote aku kat Aussie, aku nak pegi ngan sape wey? Kalu kawen, ade gak suami yang nak  teman. Takyah dah nyusahkan kau macam masa konferens kat Switzerland tuari,"


Muweela mencubit bahu Donnatella dengan lembut.



"Demote kau cakap? Wey, brapa banyak staff yang harap dapat keje overseas. Kau boleh plak cakap demote??? Kau tak nak ke gaji 5 kali ganda dari yang skarang nie?"



Donnatella  menjuih mulutnya. Ada apa sangatlah dengan gaji banyak tu? Dunia tawu dok. DUNIA!



"Huh. Aku taknak ah kalu bleh kene pegi sana. Sesak ah. Serabut rase. Unless kalu ada someone yang boleh teman aku. Huhu,"



Donnatella menggaru kepala. Rungsing benar rupa Donnatellla. Seakan memikirkan masalah dunia.


"Kau senang la Eela. Kau tak payah cari, sekali petik jari 10 orang mai beratur amik number nak ngorat kau. Untunglah muka cantik macam artis,"




Muweela hanya sengih.


"Kau ingat semudah tu nak cari jodoh? Kau bukan tak tahu camne lelaki2 kat luar sana tu. Banyak yang takleh function."


Muweela menggeleng.



"Dahtu, si Franky tu. Kau tolak mentah-mentah ke ajakan dia? Sampai sekarang ke? Aku tengok baik je budaknya,"



Muweela buat muka.



"Baik kau cakap?? Kau biar betul Donna?"



Franky staff ofis Muweela yang dah lama duduk admire Muweela. Lelaki gatal. Habis awek hot satu ofis dia nak sapu. Memang creepy. Memang bukan husband material la mamat tu, even gaji dekat beratus ribu sekali elaun pom. Pakai Lambo pun aku tak heran la, getus hati kecil Muweela.




"Erm excuse me, awak ni Muweela Jovovich ke?"




Tiba-tiba ada suara dari belakang Donnatella . Muweela pun mendongak. kelihatan seorang lelaki kacak sedang tersenyum. Donnatella berpaling sambil mengerutkan dahinya.



Siapakah lelaki itu?


....




to be continued.

No comments:

mellow melodies

where you can reach me.

where you can reach me.

Followers